Kerajaan Umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Bermula 25 April 2022

Berita baik bagi semua rakyat Malaysia kerana pihak kerajaan Malaysia baru sahaja mengumumkan satu lagi bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM500. 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 ini sila rujuk di bawah ini. 

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM500

Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Services, Contract for Service, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTep.

BANTUAN KHAS RM250 KEPADA PESARA KERAJAAN

Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berkata bahawa pihak kerajaan juga akan memberikan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Untuk makluman, pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022

BANTUAN MELIBATKAN PERUNTUKAN SEBANYAK RM923 JUTA

Bantuan khas tersebut akan melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui kenyataan beliau pada hari ini. 

Datuk Seri Ismail Sabri berkata pengunguman Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dilakukan lebih awal sebagai langkah keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu rakyat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.

TANDA PENGHORMATAN & PENGORBANAN PENJAWAT AWAM

Perdana menteri mengatakan bahawa pemberian itu juga adalah sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan para penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia. 

Pihak kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas tersebut dapat membantu meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. 

Sumber : BERNAMA

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Kerajaan Umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Bermula 25 April 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment