Jawatan Pensyarah Di Kolej Ketengah

Jawatan Pensyarah Di Kolej Ketengah. Kolej Ketengah telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong sebagai Pensyarah (Kursus Penyeliaan Dan Operasi Kelapa Sawit) seperti maklumat dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pensyarah Di Koleh Ketengah
Lokasi Jawatan : Kolej Ketengah
Nama Majikan : Kolej Ketengah
Gaji : Minima RM 2,081| Maksima RM 2,285
Kelayakan Minima : (Rujuk Info Dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : 15 Disember 2021

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Pensyarah Di Kolej Ketengah adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN PENSYARAH DI KOLEJ KETENGAH

Syarat untuk memohon jawatan ini adalah seperti berikut :

  1. Mempunyai kelayakan Ijazah atau Diploma dalam bidang Perladangan, Pertanian atau bidang-bidang berkaitan yang diiktirafkan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya.
    Atau,
  2. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 atau Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 dalam bidang Penyeliaan & Operasi Kelapa Sawit yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    Dan,
  3. Lulus dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang peladangan kelapa sawit
  5. Calon-calon yang mempunyai Sijil Vocotional Training Officer (VTO) dalam bidang berkaitan adalah diberi keutamaan.

FIESTA KONVOKESYEN KALI KE 2 KOLEJ KETENGAH DISAMBUT MERIAH — Ketengah  Holding Sdn. Bhd.

SYARAT AM PERMOHONAN JAWATAN

Syarat am untuk memohon jawatan ini adalah seperti berikut :

  1. Bersedia untuk bertugas di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu
  2. Sanggup bekerja lebih masa dan dibawah tekanan
  3. Mempunyai sikap yang baik dan terpuji
  4. Keperibadian yang matang

CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, pemohon yang berminat boleh mengemukakan resume secara terperinci dan terkini, nombor telefon, dan gambar bersaiz passport (tidak dikembalikan) ke alamat email : [email protected]

Selain itu juga, permohonan juga boleh dihantar melalui alamat dibawah :

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah
Bandar Al Muktafi Billah Shah
Jalan Sultan Sulaiman
23400 Dungun
Terengganu
 
Untuk maklumat lanjut berkaitan jawatan pensyarah di Kolej Ketengah boleh terus ke pautan rasmi Kolej Ketengah : [Klik Disini]

Klik Disini Untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Pensyarah Di Kolej Ketengah" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment