Skim Bantuan Kanak-Kanak 2021

Skim Bantuan Kanak-Kanak 2021. Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh mohon Skim Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.

SKIM BANTUAN KANAK-KANAK

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

AVvXsEgP616aiz08S XlDNWYNY8Gikxu0DbIKukA9lrzzCkDqxPTcH4tQV6IQ gUB9pZwggcwvuZKmExUZdtVG5om YxI3vGbGZmo hXAj4bfp 5tf DzIylqZuQi5MpdDni4kzkkBBZBdqIPrdNec8pHGARWRr Tbl2H2YtCWjlJQdmF2JEE4UuJvJPqrk=w466 h516

SYARAT KELAYAKAN KHAS

Antara syarat untuk melayakkan anda menerima skim bantuan kanak-kanak ini adalah :

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

AVvXsEhHSues2sHRKYlg6 p GiVn3KQe Q2kbiGXfjcBwMMZWs0JE3Uuvo4ym IloB5edYHQ3YLiRGnjaWuF5v7h6RsuzCw DBpRQtjKRQ7Ok9R6LOQgHYGNGR3WMfmPOSri3K2Y4u09shG61xmKzkECIf4VJLEi0jLBAuVbF6hVwsLxtF4nxxFp9hTBDoOV=w413 h476

CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, anda boleh ikut langkah-langkah ringkas dibawah :

  1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Klik pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian”
  3. Isi kedua-dua borang A dan borang B dengan info dan maklumat anda yang terkini dan sahih
  4. Kemudian, klik pada butang “KEPUTUSAN”

Selain melalui borang atas talian seperti di atas, anda juga boleh terus hadirkan diri ke pejabat JKM terdekat :

  1. Pergi ke pejabat JKM terdekat bagi tujuan verifikasi permohonan BKK
  2. Bawa dokumen ini bersama anda:

-Salinan kad pengenalan pemohon

-Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama

-Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)

-Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)

-Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)

-Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

  • Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan dibawah :
  1. Borang Permohonan bantuan : [Klik Disini]
  2. Borang Kemaskini jika ada perubahan maklumat : [Klik Disini]

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan skim bantuan kanak-kanak ini, boleh terus hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.

Klik Disini Untuk lagi info berkenaan semakan permohonan dan bantuan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Skim Bantuan Kanak-Kanak 2021" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment