Jawatan Pembantu Tadbir Gred N41 Di UPSI

Jawatan Pembantu Tadbir Gred N41 Di UPSI. Jawatan kosong Pembantu Tadbir  Gred N41 Di Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dibuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon. Berikut adalah butiran berkaitan jawatan kosong tersebut :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41
Lokasi Jawatan : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Nama Majikan :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Gaji : Minima RM2,080 dan Maksima RM9,546
Taraf Jawatan : Kontrak
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : (Tidak Dinyatakan)

Bidang Jawatan :

  1. Pengurusan Dan Profesional

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred N41 Di UPSI adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN PEMBANTU TADBIR GRED N41 DI UPSI

Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  •  Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
  • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).

PERMOHONAN JAWATAN

Untuk membuat permohonan jawatan Pembantu Tadbir Gred N41 di UPSI ini, disertakan panduan permohonan untuk anda :

PANDUAN PERMOHONAN

  1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI [Klik Disini]
  2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  3. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
  4. Setelah permohonan lengkap diisi :
    4.1   Sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;
    4.2  Sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas);
    4.3  Cetakan permohonan dihantarkan ke alamat seperti di bawah;
    4.4  Pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf kontrak / sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).
  5. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.
  6. Pemohon diminta mengisi alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
  7. Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.
  8. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  9. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
  10. Sila hantarkan permohonan ke:

Unit Perjawatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan jawatan Pembantu Tadbir Gred N41 Di UPSI , sila hubungi Unit Perjawatan, BSM
05 – 450 6328 / 6338 / 6399

Iklan Penuh Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N41 Di UPSI : [Klik Disini]

Klik Disini Untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Pembantu Tadbir Gred N41 Di UPSI" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment