Jawatan Pegawai Geosains Gred C41 Di JMG

Jawatan Pegawai Geosains Gred C41 Di JMG. Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan seperti senarai dibawah.Kepada sesiapa yang berminat bekerja di sektor Kerajaan dan swasta yang berkelayakan dipelawa untuk memohon sekarang juga iaitu :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pegawai Geosains Gred C41 Di JMG (KIMIA)
Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia
Nama Majikan : Jabatan Mineral Dan Geosains malaysia
Gaji : Minima RM 2,317 | Maksima RM 9,620
Kelayakan Minima : (Rujuk Info Dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2021

se 1

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Pegawai Geosains Gred C41 Di JMG adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN PEGAWAI GEOSAINS GRED C41 DI JMG

Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kaji bumi, geofizik, fizik (geofizik), kaji bumi (geofizik) atau kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau
  4. Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang perlombongan, mineral atau kaji logam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,524.01).

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Geosains adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Geosains Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan seperti di atas atau lulus Peperiksaan Khas dan tidak melebihi had umur lantikan.

PERMOHONAN JAWATAN

Untuk pemohon yang berminat dengan jawatan Pegawai Geosains Gred C41 Di JMG dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui :

Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) : [Klik Disini]

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

Calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup ikaln. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengamblan ini adalah sebelum atau pada 30 November 2021.

Klik Disini untuk lagi info peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Pegawai Geosains Gred C41 Di JMG" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment