Jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional

Jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional. TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Lantikan secara kontrak untuk menjadi Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional yang ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja dan tugas sebagai pegawai Shariah dalam urusan Tadbir Urus Syariah (Sharia Governance) dan Semakan & Pematuhan Shariah (Shariah Review & Compliance).

TEKUN Nasional telah membuka peluang kerjaya ini dan mempelawa semua warganegara yang layak untuk memohon jawatan seperti dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional (Syariah)

Lokasi Jawatan : Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur

Nama Majikan : TEKUN Nasional

Gaji : Minima RM 2,000| Maksima RM 2,499

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2021

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional ini adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN PEGAWAI EKSEKUTIF DI TEKUN NASIONAL

Untuk menyandang jawatan ini, pemohon haruslah mempunyai syarat lantikan penting seperti :

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Degree)
    ATAU
  2. Diploma dalam bidang berikut:
    – Shariah (Fiqh & Usul)
    – Muamalat
    – Kewangan Islam
    – Perbankan Islam
    – Ekonomi Islam

DESKRIPSI TUGAS

  1. Sebagai seorang Pegawai Eksekutif Shariah, objektif tugas calon adalah untuk memastikan instrument dan perniagaan yang dijalankan oleh TEKUN Nasional adalah mematuhi prosedur kawalan dalaman dan berlandaskan hukum syarak.
  2. Memastikan pematuhan dengan Prosedur Kawalan Dalaman (SOP) yang telah ditetapkan dengan memeriksa rekod, laporan, amalan operasi dan dokumentasi.
  3. Mengesyorkan dasar dan prosedur baru
  4. Menyampaikan penemuan audit dengan menyediakan laporan akhir, membincangkan penemuan kepada Jabatan Shariah serta pihak Pengurusan TEKUN Nasional
  5. Memenuhi keperluan undang-undang negara, negeri, dan syarikat dengan mengkaji undang-undang keselamatan sedia ada dan baru, menguatkuasakan pematuhan kepada keperluan.
  6. Menasihati pengurusan mengenai tindakan susulan yang diperlukan bagi mencegah dan memperbaiki penemuan audit
  7. Menyediakan laporan audit dan kawalan khas dengan mengumpulkan, menganalisis, dan meringkaskan maklumat operasi dan trend
  8. Mempunyai pengetahuan asas dan teknikal mengenai sektor kewangan, terutamanya dengan prosedur kutipan, pinjaman & pengurusan kewangan

PERMOHONAN JAWATAN

Untuk membuat permohonan jawatan ini, pemohon perlu ke pautan “MYFutureJobs” [Klik Disini]

Sebelum memohon jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional ini, pemohon perlulah log masuk terlebih dahulu.

Setelah log masuk selesai, pemohon boleh memohon jawatan di atas dengan menghantar ‘Resume’ hasil tangan sendiri dan bukan ‘summary resume MYFutureJobs’

Diingatkan supaya pemohon perlu meletakkan gambar berukuran passport di Resume yang dihantar

Setiap ‘resume’ akan dinilai melalui maklumat pendidikan, skill dan semua kemahiran yang pemohon ada untuk menyandang jawatan ini.

Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Pegawai Eksekutif Di TEKUN Nasional" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment