Jawatan Kosong Peronda Lebuhraya Di PROLINTAS

Jawatan Kosong Peronda Lebuhraya Di PROLINTAS. Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) diperbadankan pada 19 Januari 1995 sebagai syarikat pemegangan pelaburan yang berminat dalam pembangunan infrastruktur. Kegiatan utama anak syarikatnya adalah reka bentuk, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan lebuh raya. PROLINTAS dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). PROLINTAS mempelawa waraganegara malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongonan jawatan sebagai peronda lebuhraya di PROLINTAS yang bertempat di Kuala Lumpur:

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Peronda Lebuhraya (Polis Bantuan)
Lokasi Jawatan : Kuala Lumpur
Nama Majikan : PROJEK LINTASAN KOTA HOLDINGS SDN BHD (PROLINTAS)
Gaji : Minima RM1,500 dan Maksima RM1,999
Kelayakan Minima : (Tidak Dinyatakan)
Taraf Lantikan : Tetap
Tarikh Tutup Permohonan : 20 Oktober 2021

Bidang Jawatan :

  1. Polis Bantuan
  2. 3 Shift kerja

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Peronda Lebuhraya (Polis Bantuan) adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SKOP KERJA PERONDA LEBUHRAYA (POLIS BANTUAN) DI PROLINTAS

Skop kerja untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon :

  • Membuat rondaan di sepanjang lebuhraya termasuk susur masuk dan keluar untuk mengenalpasti kesesakan, kenderaan bermasalah, kemalangan halangan atau kecacatan pada bahagian lebuhraya.
  • Membantu pengguna lebuhraya yang mengalami masalah, sama ada membantu membaiki kerosakan ringan atau menunda kenderaan yang rosak teruk.
  • Membantu menjaga keselamatan komponen lebuhraya sama ada dari kecurian, kerosakan dan kehadiran bahan, objek atau halangan yang membahayakan pengguna lebuhraya.
  • Memberi pertolongan cemas dalam keadaan yang memerlukan di mana tiada pihak polis, bomba, ambulans atau penyelamat.
  • Menguruskan perlaksanaan lencongan dan membuat kawalan lalulintas bila keadaan memerlukan.
  • Menangani kes-kes kemalangan dan memastikan semua langkah keselamatan diambil bila berlaku kemalangan.
  • Memantau pematuhan pihak lain yang bekerja di lebuhraya terhadap garis panduan keselamatan.
  • Merekodkan data berkaitan dengan tugasan yang dijalankan termasuk membuat laporan kepada pihak polis jika perlu.
  • Menjadi penghubung yang menyampaikan maklumat antara pengguna, pusat kawalan atau pihak lain di lapangan.
  • Membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin kenderaan rondaan serta mengenalpasti masalah atau kerosakan yang memerlukan kenderaan dihantar ke bengkel.

BERNAMA - PROLINTAS uses smart system to monitor its highways

PERMOHONAN JAWATAN

  • Untuk Permohonan Jawatan Peronda Lebuhraya (Polis Bantuan) ini,  anda boleh terus klik ke pautan ini : [Klik Disini]
  • Untuk Info lanjut berkenaan jawatan kosong lain di PROLINTAS boleh terus ke portal rasmi di [Klik Disini]
  • Permohonan boleh dihantas melalui email dan penyerahan “personal vitae” melalui format fail “PDF” ke [email protected]

Klik Disini untuk lagi info berkaitan kerjaya dan jawatan kosong untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Peronda Lebuhraya Di PROLINTAS" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment