Jawatan Kosong Di UiTM Terengganu

Jawatan Kosong Di UiTM Terengganu 2021 kini dibuka. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon yang layak dan Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu.

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan :

  1. Profesor Gred VK7
  2. Profesor Madya Gred DM53
  3. Pensyarah Kanan Gred DM51
  4. Pensyarah Gred DM45

Lokasi Jawatan : UiTM Terengganu
Nama Majikan : Universiti Teknologi MARA
Gaji : (Rujuk Info Dibawah)
Kelayakan Minima : (Rujuk Info Dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : 24 November 2021

Bidang Jawatan :

  1. Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

Capture

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Di UiTM Terengganu adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN JAWATAN KOSONG DI UITM TERENGGANU

Syarat lantikan untuk jawatan kosong di UiTM Terengganu ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

  • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45
    Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
    (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi – Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 : RM3,070.00); atau
    (ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 : RM3,070.00); atau
    (iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 : RM3,380.37)
  • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51
    (i) mempunyai kelayakan seperti di atas dan
    (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
    (iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang – bidang yang berkenaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DM51 : RM5,855.00).
  • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)
    (i) mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
    (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
    (iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang – bidang yang berkenaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00).
  • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)
    (i) mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
    (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
    (iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang – bidang yang berkenaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C : RM7,676.00).

SYARAT PERMOHONAN JAWATAN

Syarat untuk membuat permohonan jawatan kosong di UiTM Terengganu adalah :

  1. Pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun (MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI)
  3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN DOKUMEN berikut yang telah DISAHKAN TERKINI:
    ● Kad Pengenalan
    ● Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
    ● Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
    ● Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
    ● Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat)
    ● Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun berturutturut (penjawat awam) yang sedang berkhidmat
    ● Laporan Rujukan (bukan penjawat awam – borang seperti di lampiran 1)
    ● Bukti Hasil Penulisan dan Penerbitan (jika ada)
  4. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
    ● Ijazah Sarjana hendaklah mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dan ke atas (Kelas Kedua Tinggi) /Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
    ● Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
  5.  Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan / badan berkanun / separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
  6. Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk proses temu duga.
  7. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak Universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  8. Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu selepas berjaya didalam temuduga untuk jawatan kosong di Uitm Terengganu ini.

CARA PERMOHONAN JAWATAN

Untuk membuat permohonan jawatan kosong di UiTM Terengganu adalah :

  1. Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
  2. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pensyarah (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (lll) Pindaan 8/2007) (Jawatan Akademik) [Klik Disini] yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Terengganu di [Klik Disini]
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 November 2021 (Rabu)
  4. Sila muatnaik borang permohonan dan dokumen berkaitan (PDF) melalui pautan berikut : [Klik Disini]

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan jawatan kosong di UiTM Terengganu ini boleh terus hubungi :

Tel : 09-8400 113 (Jawatan Akademik)(Whatsapp Business)

Emel : [email protected]

Iklan Penuh : [Klik Disini]

Klik Disini Untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Di UiTM Terengganu" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment