Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Pekan. Majlis daerah Pekan telah membuka peluang kerjaya dan juga jawatan kosong kepada semua warganegara Malaysia terutama anak jati Negeri Pahang untuk menyanda jawatan seperti dibawah :
MAKLUMAT JAWATAN
Jawatan :
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
- Penolong Juruukur Bahan Gred N19
- Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
- Pembantu Penilaian Gred W19
- Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi Gred N19)
- Penolong Arkitek Landskap gerd J29
- Juruteknik Komputer Gred JTK19
- Pereka Gred B19
- Pembantu Operasi Letak Kereta Gred N19
Lokasi Jawatan : Pekan Pahang
Nama Majikan : Majlis Daerah Pekan
Gaji : (Rujuk Iklan Penuh)
Tarikh Tutup Permohonan : 24 Disember 2021
SYARAT UTAMA LANTIKAN
Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Pekan adalah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH PEKAN
Untuk syarat lantikan dan taraf lantikan untuk jawatan kosong di Majlis Daerah Pekan, anda boleh terus ke pautan ini untuk IKLAN PENUH :[Klik Disini]
CARA PERMOHONAN
Untuk membuat permohonan Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Pekan ini, pemohon haruslah memuat turun dan mengisi borang permohonan di pautan : [Klik Disini]
- Borang permohonan jawatan hendaklah diisi dengan selengkapnya dengan disertakan resume bersama salinan sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
i) Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
ii) Sijil kelahiran
iii) Sijil Berhenti Sekolah
iv) Sijil-sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan)
v) Sijil kegiatan luar (jika ada)
vi) Lain-lain dokumen sokongan
vii) Gambar berukuran pasport
- Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen ASAL semasa menghadiri temuduga tersebut.
- Sila tulis `nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :
YANG DI PERTUA
MAJLIS DAERAH PEKAN
JALAN MAHKOTA
26600 PEKAN BANDAR DIRAJA
PAHANG DARUL MAKMUR
(U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)
CATATAN AM
Permohonan jawatan kosong di Majlis Daerah Pekan berikut AKAN DITOLAK sekiranya:
- Tidak mengguna Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Pekan
- Tidak menyertakan salinan dokumen/sijil yang disyaratkan
- Menyertakan salinan dokumen/sijil yang tidak dibuat pengesahan
- Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap dan tulisan tidak terang/jelas
- Memohon jawatan yang tidak diiklankan
- Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
- Borang permohonan tidak ditandatangani
- Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan
- Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga
- Segala perbelanjaan berhubungan permohonan ini dan bagi menghadiri temuduga sekiranya dipilih tidak akan ditanggung oleh Majlis Daerah Pekan.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
- Sila ambil maklum pengambilan bagi jawatan Contract For Services
(CFS) dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) bukan suatu jaminan
untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap.
Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda