Jawatan Kosong Di FELCRA Berhad Februari 2022

Jawatan Kosong Di FELCRA Berhad Februari 2022. FELCRA Berhad merupakan sebuah syarikat milik Kerajaan “Government Owned Company (GOC)” yang terlibat dalam aktiviti perladangan serta yang berkaitan dengannya. FELCRA Berhad telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong kepada semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyandang jawatan seperti maklumat dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan :

  1. Pengurus Pertanian Gred Band 3 (A)
  2. Eksekutif Perladangan Gred Band 1(A)
  3. Penolong Eksekutif Perladangan Gred A&T2

Lokasi Jawatan : Tidak Dinyatakan

Nama Majikan : FELCRA Berhad

Gaji : Rujuk Syarat Kelayakan

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2022

Syarat Utama Lantikan

Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Di FELCRA Berhad Februari 2022 adalah :

  1. warganegara Malaysia
  2. Beruur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
SERTAI KAMI SEBAGAI PERANTIS PAKAR PENUAIAN KURSUS PENYELIAAN & OPERASI  LADANG KELAPA SAWIT (KPOLKS) BAGI SESI JUN/JULAI 2021 - Lembaga Kemajuan  Terengganu Tengah
Jawatan Kosong Di FELCRA Berhad Februari 2022 3

Syarat Lantikan Khusus Jawatan Kosong Di FELCRA Berhad

Pengurus Pertanian Gred 3 (A)

  1. Memiliki ijazah Sarjana Muda bidang Sains Pertanian/ Perladangan/ Pengurusan Perladangan atau lain-lain kelayakan daripada Universiti Tempatan/Swasta yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Kepujian Bahasa Malaysia (Termasuk Lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat.
  3. Tawaran gaji asas bagi jawatan Pengurus Pertanian gred Band 3(A) adalah bermula daripada RM2,600.00/bulan.

Eksekutif Perladangan Gred Band 1 (A)

  1. Memiliki Diploma Pengurusan Ladang atau Diploma Sains Pertanian dan kelayakan daripada Universiti Tempatan/Swasta yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Kepujian Bahasa Malaysia (Termasuk Lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat.
  3. Tawaran gaji asas bagi jawatan Eksekutif Perladangan gred Band 1(A) adalah bermula daripada RM1,800.00/bulan

Penolong Eksekutif Perladangan Gred A&T2

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh syarikat; dan
  2. Kepujian Bahasa Malaysia (Termasuk Lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat.
  3. Sijil Kemahiran khas (Pertanian) daripada Institusi Pertanian atau daripada lain-lain institusi yang diiktiraf oleh syarikat.
  4. Tawaran gaji asas bagi jawatan Penolong Eksekutif Perladangan gred A&T2 adalah bermula daripada RM1,320.00/bulan

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan Jawatan Kosong Di FELCRA Berhad, anda boleh layari laman web rasmi FELCRA Berhad, isi borang atas talian dan sertakan resume dan beberapa dokumen yang diperlukan :

Muat naik juga dokumen dibawah bersama borang permohonan :

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Sijil-Sijil berkaitan
  3. Dokumen sokongan yang telah disahkan
  4. Gambar Berukuran passport yang terkini

Borang permohonan Jawatan Kosong Di FELCRA Berhad yang lengkap diisi dan dokumen-dokumen tersebut hendaklah diubah kepada bentuk Portable Document Format (PDF) dan dikemukakan ke alamat emel :

mailto:[email protected]

mailto:[email protected]

Klik Disini untuk lagi maklumat dan info terkini berkaitan jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Di FELCRA Berhad Februari 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment