i-Sayang KWSP : Semakan Dan Permohonan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan KWSP dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
i-Sayang KWSP
i-Sayang merupakan kemudahan terbaru yang akan dilancarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kemudahan ini telah diperkenalkan pada bulan November 2021 lepas.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir menyatakan, kemudahan itu membolehkan pemindahan sukarela 2% (Dua Peratus) caruman KWSP daripada akaun Suami ke akaun Isteri
Tarikh Bayaran i-Sayang
Menurut Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, i-Sayang akan dilancarkan pada suku pertama 2022. Tetapi, buat masa sekarang belum ada tarikh rasmi berkaitan bayaran akan dilakukan.
Jumlah Bayaran i-Sayang
- Pemindahan caruman sukarela daripada akaun suami kepada akaun isteri
- Jumlah bayaran yang akan diberikan kepada isteri ialah dua peratus (2%) caruman
- KWSP turut menyokong skim caruman lebihan yang sukarela yang mana ahli boleh meminta para majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka lebih 11% kadar berkanun
Permohonan i-Sayang
Permohonan i-Sayang masih belum lagi dibuka untuk permohonan, kami MyPermohonan akan terus kemas kini kepada anda info terkini dan terbaru berkenaan i-Sayang
Untuk Maklumat lanjut berkenaan i-Sayang KWSP akan datang, anda boleh terus ke portal rasmi KWSP di pautan dibawah :
[adinserter block=”11″]
Klik Disini untuk info terkini semakan permohonan dan bantuan untuk anda