HARI ROCK NEGARA EDISI SELATAN DIADAKAN BERSEMPENA SEARCH VOYAGE OF ASIA 2023.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-7-1024x576.png

Sudah berdekad lamanya, nama dua band legend ini tidak lekang disebut para peminat fanatik rock tanah air, SEARCH dan XPDC adalah dua band legend yang  tidak lagi perlu diperkenalkan di arena industri rock negara. Pertemuan Pertama Kali yang dinantikan oleh semua peminat fanatik rock Malaysia. C&M MUSIC CENTRE membawakan kepada anda peminat rock khususnya satu konsert pertembungan 2 band gergasi negara iaitu SEARCH & XPDC yang akan berlangsung pada 25 November 2023 bertapak di Educity Sports Complex Johor Bahru. Konsert yang akan berlangsung selama 2 jam setengah ini akan diacarakan oleh Ismahalil Hamzah pengacara rock popular.

C&M dipetik ingin menyempurnakan misi mereka iaitu mereka ingin menghadirkan pengalaman hiburan rock yang luar biasa kepada peminat mereka yang mana akan melibatkan pemilihan artis dan band rock yang berkualiti, pengaturan pentas yang professional dan penggunaan teknologi bunyi dan cahaya yang canggih. Pihak C&M juga akan terus berinovasi dalam elemen kreatif dalam penganjuran  acara mereka nanti. Menjadi impian mereka juga untuk menjadi pihak perantara yang dapat menghubungkan komuniti peminat Rock Malaysia yang mana mereka dapat berkumpul, berinteraksi dan berkongsi pendapat dan minat mereka bersama. Program ini diharap dapat memperkuatkan hubungan sosial dalam komuniti serta membentuk satu jaringan yang positif bagi muzik rock.

Bersempena dengan konsert ini juga, satu aktiviti perkumpulan telah dirancang bagi menambah kemeriahan penganjuran konsert iaitu ‘Hari Rock Negara Edisi Selatan’. Hari Rock Negara bertujuan diadakan bagi menjadi tempat perkumpulan peminat peminat muzik rock negara. Bermula pada tahun 2022 Hari Rock Negara telah membuktikan pentingnya ia sebagai sebuah acara rock yang significant dengan lebih 16,000 orang pengunjung pada pertama kali diadakan. Program ini tampil dengan pelbagai aktiviti termasuk gerai jualan usahawan tempatan, pelancaran album, forum kartun dan rock, qasidah, wayang pacak, showcase serta Acara Battle of The Bands. Mempunyai visi yang sama pada tahun kedua penganjuran, Hari Rock Negara Edisi Selatan ini akan bekerjasama dengan pihak C&M untuk menganjurkan Festival Hari Rock Negara yang akan berlangsung pada 24 & 25 November 2023 di perkarangan Educity Sports Complex. Di kemuncak acara Festival Hari Rock Negara akan menampilkan Konsert Ulung SEARCH VOYAGE of ASIA dn penampilan ikhas Kumpulan 0XPDC-Kita Pengyu serta paling istimewa, kami akan memberikan penghargaan berupa pengiktirafan, Anugerah kepada artis artis rock negara yang terpilih mengikut kategori yang akan diumumkan kemudian. Undian dari public juga akan di ambil kira. Undian ini hanya akan di buat di Radio Internet Bapakku FM.

This image has an empty alt attribute; its file name is rock-4.jpgBuat julung kali juga, ‘ ROCK KARPET’ akan diadakan bagi menghargai dan memberi kemeriahan kepada VOA ini.

Tiket tiket dijual mengikut kategori zon seperti di bawah.

RM 98 (Voyage Zone)

RM 198 (Rock Zone)

RM 238 (Legend Zone)

RM398 (VIP Zone)

Tiket tiket boleh didapati secara online melalui pembelian di laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/event/31727 atau boleh dibeli secara fizikal di C&M Music Centre Plaza Pelangi & Plaza Angsana Johor Bahru dan beberapa lokasi siri jelajah yang akan diadakan di sekitar Johor Bahru dan beberapa lokasi siri jelajah yang akan diadakan di sekitar Johor Bahru seperti tarikh di bawah :

10 November 2023 (Jumaat)

– Inhal Fest Taman Universiti JB – 9:00pm

– Pasar Karat Johor Bahru – 11:00pm

11 November 2023 (Ahad)

– BBC Corner Larkin – 9:00pm

– The M Restaurant Bandar Baru Uda – 11:00pm

18 November 2023 (Sabtu)

– Kluang Mall – 3:00pm

– Batu Pahat Mall – 8:00pm

19 November 2023 (Ahad)

– Plaza Angsana Johor Bahru – 3:00pm

Para pembeli tiket VIP juga akan menerima pelbagai cenderahati menarik Search Voyage of Asia seperti t-shirt, lanyard, bandana, poster dan pass istimewa berjalan melalui Rock Karpet. Manakala untuk semua pembeli tiket (semua kategori) juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah gitar elektrik jenama Bacchus pada malam itu nanti. Pemenang akan diumumkan di akhir konsert nanti.

Pihak penganjur juga turut berterima kasih kepada barisan rakan kerjasama dan penaja yang telah sudi memberikan komitmen kepada Konsert Search Voyage of Asia featuring XPDC yang akan berlangsung pada 25th November 2023 ini. Antara barisan rakan Kerjasama dan penaja seperti berikut :

  1. Tourism Malaysia
  2. Nature Asia
  3. Ibis Hotel
  4. Atria Shopping Gallery Damansara Jaya
  5. Bapakku FM
  6. Persatuan Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)
  7. Chenta Relektro & Kombatt Records
  8. Syria Care (NGO partners untuk kutipan Tabung Search XPDC Voyage of Asia for Palestine)

Selain dari itu, selain dari berhibur dengan aktiviti dan konsert yang telah dirancang, bagi mengenang kesusahan dan penderitaan saudara muslim kita di Gaza, pihak penganjur turut bekerjasama dengan NGO Syria Care bagi sama sama mengutip sumbangan bagi tabung Search XPDC Voyage of Asia for Palestin,Selain itu, satu majlis tahlil untuk allahyarham Mael XPDC dan Yazid Search akan diadakan sekaligus mengutip sumbangan bagi meringankan beban keluarga allahyarham. Info lanjut boleh didapati di sosial media platform kami.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-4-1024x627.pngUntuk sebarang info lanjut dan perkembangan terkini Search Voyage of Asia featuring XPDC para peminat boleh melayari semua sosial media platform Search Voyage of Asia seperti Facebook, Instagram & Tiktok.

Untuk sebarang persoalan menegenai tiket, atau pembelian secara pukal boleh hubungi nombor telefon seperti yang tertera :

+60127115850/ +60125530149 – C&M Music Centre

Sekian, Terima Kasih

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "HARI ROCK NEGARA EDISI SELATAN DIADAKAN BERSEMPENA SEARCH VOYAGE OF ASIA 2023." adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment