Tag: SEARCH

  • Rock Warrior Music Festival 2024: Perhimpunan Epik Peminat Rock Malaysia

    Rock Warrior Music Festival 2024: Perhimpunan Epik Peminat Rock Malaysia

    Rock Warrior Music Festival 2024 dijangka menjadi acara paling epik untuk peminat muzik rock tempatan. Dato’ Awie, ikon rock Malaysia dan pemilik Rumah Produksi Merah, kembali dengan inisiatif baharu melalui festival ini yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 November 2024 di KL Base, Sungai Besi.

    Festival ini adalah penghormatan kepada kegemilangan muzik rock Malaysia, membawa semula barisan artis terkenal yang telah mencipta sejarah dalam industri ini. Dengan dua hari penuh persembahan yang mendebarkan, peminat boleh menjangkakan pengalaman muzik yang mengembalikan nostalgia serta memperkenalkan bakat baharu kepada pentas.

    Pada hari pertama festival, Wings, Search (Kid & Din), dan XPDC akan mengetuai barisan persembahan. Kumpulan rock lagenda ini dijangka membawakan lagu-lagu hits yang pernah mendominasi carta muzik tempatan dari zaman kegemilangan mereka hingga kini.

    Persembahan mereka bukan sahaja akan mengingatkan peminat kepada detik-detik emas muzik rock, tetapi juga akan memukau generasi baharu yang mungkin baru mengenal nama-nama besar ini. Kombinasi alunan gitar ikonik dan vokal bertenaga pasti akan menjadikan setiap detik persembahan itu satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

    Dato’ Awie menjelaskan bahawa Rock Warrior Music Festival bukan sekadar mengimbau nostalgia, tetapi juga satu usaha untuk menghidupkan kembali semangat rock yang merentasi generasi. “Festival ini adalah platform untuk menyatukan peminat lama dan baharu.

    Ia bukan hanya sekadar hiburan, tetapi satu cara untuk kita menyemarakkan kembali semangat rock di Malaysia,” kata beliau. Selain menghormati legasi rock tempatan, penganjur juga berharap festival ini dapat menarik generasi muda yang mungkin baru menjelajahi dunia muzik rock.

    Ini adalah bukti bahawa genre ini masih relevan dan mampu mencetuskan inspirasi dalam kalangan peminat muda.

    warrior

    Salah satu tarikan utama Rock Warrior Music Festival adalah peluang yang diberikan kepada band-band rock muda untuk menyerlah. Dengan pentas yang besar dan audiens yang luas, kumpulan-kumpulan ini dapat memperkenalkan karya mereka kepada dunia dan berpeluang untuk beraksi di samping nama-nama besar dalam industri.

    Dato’ Awie yakin bahawa festival ini akan menjadi titik permulaan bagi bakat-bakat baru yang mahu menempa nama dalam dunia rock. “Kami percaya kepada potensi kumpulan muda. Festival ini adalah tempat mereka menunjukkan kreativiti dan bakat kepada dunia,” tambah beliau. Ini sekali gus memberi nafas baru kepada dunia muzik rock tempatan yang penuh warna-warni.

    Selain daripada muzik, Rock Warrior Music Festival juga menjanjikan pelbagai aktiviti sampingan yang akan menambah kemeriahan acara. Para pengunjung boleh menikmati pelbagai gerai makanan dan minuman, booth yang menjual barangan eksklusif rock, dan aksesori berkaitan budaya rock.

    Suasana yang dihidupkan oleh pelbagai elemen ini bukan sahaja akan menggembirakan peminat, malah mewujudkan satu komuniti yang meraikan kecintaan mereka terhadap muzik rock. Aktiviti-aktiviti ini turut direka untuk membawa pengunjung lebih dekat dengan budaya rock, menjadikan setiap detik di festival ini sesuatu yang bermakna dan istimewa.

    Tiket Rock Warrior Music Festival kini telah mula dijual sejak 7 September 2024. Harga tiket untuk dua hari persembahan ialah RM250 untuk kategori Gold (seated), RM200 untuk Silver (standing), dan RM150 untuk Bronze (standing).

    Pembelian tiket boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi festival di https://rockwarrior.ubertickets.asia/. Dengan persembahan mantap daripada kumpulan legenda, peluang untuk bakat baharu bersinar, serta aktiviti yang pelbagai, Rock Warrior Music Festival dijangka menjadi acara muzik rock paling dinanti-nantikan tahun ini.

    Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada sejarah rock tanah air, dan saksikan sendiri bagaimana semangat rock membara di KL Base, Sungai Besi!

  • Search Mengukuhkan Kembali Tradisi Lagu Raya dengan ‘Sujud Aidilfitri’

    Meskipun tidak pernah mengeluarkan karya khas bersempena hari perayaan Aidilfitri, bukan bermakna kumpulan legenda rock tanah air, Search enggan ikut serta meramaikan pasaran dengan lagu-lagu sedemikian.

    Ironi, usia lebih tiga dekad Search meski tanpa kelahiran lagu Raya juga sudah cukup bermakna buat peminat.

    Namun, 2024 menjadi tahun bersejarah buat Search dan peminat apabila kugiran yang dianggotai Datuk Amy, Nasir, Man Kidal dan Hillary ini terbit dengan karya perdana sempena meraikan hari kemenangan umat Islam.

    Sujud Aidilfitri menjadi karya Aidilfitri ulung yang akhirnya diterbitkan Search sempena merayakan bulan penuh berbahagia ini.

    Tidak meninggalkan kentalnya genre rock dan balada serta ciri khas vokal Amy yang sudah sebati dengan Search menerusi lagu-lagu yang telah dihasilkan sejak lebih 30 tahun lalu, Sujud Aidilfitri juga dibalut dengan nuansa serupa.

    Tidak ada yang extravaganza mengenai Sujud Aidilfitri namun mesej yang ingin disampaikan Search kepada seluruh pendengar sampai menerusi bait lirik yang dihasilkan.

    “Sujud Aidilfitri memiliki lirik yang lebih menyentuh dan beremosi sesuai dengan suasana Hari Kemenangan itu sendiri.

    “Lirik dalam Sujud Aidilfitri lebih bersifat kepada muhasabah diri, merenung kekhilafan yang telah dilakukan seterusnya dengan rendah hati memohon kemaafan.

    “Ini Aidilfitri, hari kemenangan dan 1 Syawal secara tradisi dimulakan dengan bermaafan sebelum umat Islam menyambutnya dengan penuh bahagia.

    “Inilah yang disampaikan dalam Sujud Aidilfitri. Sebuah sengketa dapat terhapus dengan satu kemaafan yang sejati,” ujar vokalis Search, Amy.

    Menurut Search lagi, keputusan merakamkan Sujud Aidilfitri adalah sebagai sebuah usaha menghidupkan budaya memiliki lagu raya yang semakin jarang dirakamkan kerana pendengar lebih memilih mendengar lagu raya lama yang bersifat malar segar.

    “Tidak dinafikan saban tahun akan ada lagu raya baharu dirakamkan tetapi dengan genre atau suasana lagu yang lebih cenderung meriah atau bersifat keraian.

    “Jadi Search memilih nuansa yang lebih kental dari melodi dan liriknya sesuai dengan kematangan kami,” ujar pemain bass, Nasir pula.

    Sujud Aildilfitri diilhamkan sepenuhnya oleh Jun dan Search dengan Rie Tsuji menghulurkan kepakaran sebagai arranger, Rozhan (mixing & mastering). Dipasarkan oleh Universal Music, Sujud Aidilfitri yang kini sudah mula boleh didengari di corong radio turut memiliki klip video yang dijalankan di Terengganu.

    “Search amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu kerana kolaborasi yang terjadi untuk melancarkan klip video Sujud Aidilfitri.

    “Kami sengaja memilih Terengganu kerana mahu memiliki suasana desa, damai dan bersesuaian dengan keseluruhan konsep lagu Sujud Aidilfitri,” ujar Search mengenai klip video yang diarahkan oleh Datuk M. Razlan Ismail.

    Jangan terlepas untuk mendengarkan Sujud Aidilfitri di semua corong radio atau platform digital dan klip video juga boleh ditonton di laman YouTube Universal Music.

    INFOMASI MENGENAI LAGU SUJUD AIDILFITRI DAN MUZIK VIDEO

    MUSIC VIDEO ~ SUJUD AIDILFITRI
    Lagu : Jun & Search
    Lirik : Jun
    Artis : SEARCH – Amy, Nasir, Man Kidal & Hillary
    Arranger : Rie Tsuji
    Mixing : Rozhan
    Mastering : Rozhan
    Executive Producer : Nourish Hassan
    Penerbit : Search
    Pengarah : Datuk M. Razlan Ismail
    Pen. Pengarah : Jeep Rahim
    Pengarah Fotografi : Takeem
    Pen. Fotografi/Teknikal : Amir
    Pengurus Produksi (PM) : Tasha Sivan
    Pen. Pengurus Produksi (Asst) : Syed Mohd Ridzuan Syed Kamil
    Penyunting : Takeem
    Terbitan : GoSearch Record
    Distributor: Universal Music

    Dengan kerjasama :
    Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu
    AirAsia Berhad
    DreamAtWork Sdn Bhd

    LIRIK SUJUD AIDILFITRI – SEARCH

    DI AIDILFITRI YANG MULIA INI
    HAPUSKAN DUKA LARA
    INSAFKAN SENGKETA ANTARA KITA

    SYAWAL MENJELMA
    SUJUD KU PINTA
    KEAMPUNAN RAHMAT DARI NYA

    SETAHUN SENJA
    MENITI ARUS
    LESAP MENGALIR AIRMATA

    HALAMAN KISAH KITA
    MUNGKIN TERCORET PRASANGKA
    YANG DUKA
    KU SUSUN SEPULUH JARI
    TANDA KEMAAFAN

    ( pre chorus )
    DI AIDILFITRI YANG MULIA INI
    HAPUSKAN DUKA LARA
    INSAFKAN SENGKETA ANTARA KITA

    SALAM KEDAMAIAN
    BAGI SETIAP INSAN
    MAAF ZAHIR DAN BATIN
    IKHLAS DARI HATI YANG TERDALAM

    ( chorus )
    SELAMAT OH… SELAMAT HARI RAYA
    SELAMAT… SELAMAT HARI RAYA

  • HARI ROCK NEGARA EDISI SELATAN DIADAKAN BERSEMPENA SEARCH VOYAGE OF ASIA 2023.

    This image has an empty alt attribute; its file name is image-7-1024x576.png

    Sudah berdekad lamanya, nama dua band legend ini tidak lekang disebut para peminat fanatik rock tanah air, SEARCH dan XPDC adalah dua band legend yang  tidak lagi perlu diperkenalkan di arena industri rock negara. Pertemuan Pertama Kali yang dinantikan oleh semua peminat fanatik rock Malaysia. C&M MUSIC CENTRE membawakan kepada anda peminat rock khususnya satu konsert pertembungan 2 band gergasi negara iaitu SEARCH & XPDC yang akan berlangsung pada 25 November 2023 bertapak di Educity Sports Complex Johor Bahru. Konsert yang akan berlangsung selama 2 jam setengah ini akan diacarakan oleh Ismahalil Hamzah pengacara rock popular.

    C&M dipetik ingin menyempurnakan misi mereka iaitu mereka ingin menghadirkan pengalaman hiburan rock yang luar biasa kepada peminat mereka yang mana akan melibatkan pemilihan artis dan band rock yang berkualiti, pengaturan pentas yang professional dan penggunaan teknologi bunyi dan cahaya yang canggih. Pihak C&M juga akan terus berinovasi dalam elemen kreatif dalam penganjuran  acara mereka nanti. Menjadi impian mereka juga untuk menjadi pihak perantara yang dapat menghubungkan komuniti peminat Rock Malaysia yang mana mereka dapat berkumpul, berinteraksi dan berkongsi pendapat dan minat mereka bersama. Program ini diharap dapat memperkuatkan hubungan sosial dalam komuniti serta membentuk satu jaringan yang positif bagi muzik rock.

    Bersempena dengan konsert ini juga, satu aktiviti perkumpulan telah dirancang bagi menambah kemeriahan penganjuran konsert iaitu ‘Hari Rock Negara Edisi Selatan’. Hari Rock Negara bertujuan diadakan bagi menjadi tempat perkumpulan peminat peminat muzik rock negara. Bermula pada tahun 2022 Hari Rock Negara telah membuktikan pentingnya ia sebagai sebuah acara rock yang significant dengan lebih 16,000 orang pengunjung pada pertama kali diadakan. Program ini tampil dengan pelbagai aktiviti termasuk gerai jualan usahawan tempatan, pelancaran album, forum kartun dan rock, qasidah, wayang pacak, showcase serta Acara Battle of The Bands. Mempunyai visi yang sama pada tahun kedua penganjuran, Hari Rock Negara Edisi Selatan ini akan bekerjasama dengan pihak C&M untuk menganjurkan Festival Hari Rock Negara yang akan berlangsung pada 24 & 25 November 2023 di perkarangan Educity Sports Complex. Di kemuncak acara Festival Hari Rock Negara akan menampilkan Konsert Ulung SEARCH VOYAGE of ASIA dn penampilan ikhas Kumpulan 0XPDC-Kita Pengyu serta paling istimewa, kami akan memberikan penghargaan berupa pengiktirafan, Anugerah kepada artis artis rock negara yang terpilih mengikut kategori yang akan diumumkan kemudian. Undian dari public juga akan di ambil kira. Undian ini hanya akan di buat di Radio Internet Bapakku FM.

    This image has an empty alt attribute; its file name is rock-4.jpgBuat julung kali juga, ‘ ROCK KARPET’ akan diadakan bagi menghargai dan memberi kemeriahan kepada VOA ini.

    Tiket tiket dijual mengikut kategori zon seperti di bawah.

    RM 98 (Voyage Zone)

    RM 198 (Rock Zone)

    RM 238 (Legend Zone)

    RM398 (VIP Zone)

    Tiket tiket boleh didapati secara online melalui pembelian di laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/event/31727 atau boleh dibeli secara fizikal di C&M Music Centre Plaza Pelangi & Plaza Angsana Johor Bahru dan beberapa lokasi siri jelajah yang akan diadakan di sekitar Johor Bahru dan beberapa lokasi siri jelajah yang akan diadakan di sekitar Johor Bahru seperti tarikh di bawah :

    10 November 2023 (Jumaat)

    – Inhal Fest Taman Universiti JB – 9:00pm

    – Pasar Karat Johor Bahru – 11:00pm

    11 November 2023 (Ahad)

    – BBC Corner Larkin – 9:00pm

    – The M Restaurant Bandar Baru Uda – 11:00pm

    18 November 2023 (Sabtu)

    – Kluang Mall – 3:00pm

    – Batu Pahat Mall – 8:00pm

    19 November 2023 (Ahad)

    – Plaza Angsana Johor Bahru – 3:00pm

    Para pembeli tiket VIP juga akan menerima pelbagai cenderahati menarik Search Voyage of Asia seperti t-shirt, lanyard, bandana, poster dan pass istimewa berjalan melalui Rock Karpet. Manakala untuk semua pembeli tiket (semua kategori) juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah gitar elektrik jenama Bacchus pada malam itu nanti. Pemenang akan diumumkan di akhir konsert nanti.

    Pihak penganjur juga turut berterima kasih kepada barisan rakan kerjasama dan penaja yang telah sudi memberikan komitmen kepada Konsert Search Voyage of Asia featuring XPDC yang akan berlangsung pada 25th November 2023 ini. Antara barisan rakan Kerjasama dan penaja seperti berikut :

    1. Tourism Malaysia
    2. Nature Asia
    3. Ibis Hotel
    4. Atria Shopping Gallery Damansara Jaya
    5. Bapakku FM
    6. Persatuan Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)
    7. Chenta Relektro & Kombatt Records
    8. Syria Care (NGO partners untuk kutipan Tabung Search XPDC Voyage of Asia for Palestine)

    Selain dari itu, selain dari berhibur dengan aktiviti dan konsert yang telah dirancang, bagi mengenang kesusahan dan penderitaan saudara muslim kita di Gaza, pihak penganjur turut bekerjasama dengan NGO Syria Care bagi sama sama mengutip sumbangan bagi tabung Search XPDC Voyage of Asia for Palestin,Selain itu, satu majlis tahlil untuk allahyarham Mael XPDC dan Yazid Search akan diadakan sekaligus mengutip sumbangan bagi meringankan beban keluarga allahyarham. Info lanjut boleh didapati di sosial media platform kami.

    This image has an empty alt attribute; its file name is image-4-1024x627.pngUntuk sebarang info lanjut dan perkembangan terkini Search Voyage of Asia featuring XPDC para peminat boleh melayari semua sosial media platform Search Voyage of Asia seperti Facebook, Instagram & Tiktok.

    Untuk sebarang persoalan menegenai tiket, atau pembelian secara pukal boleh hubungi nombor telefon seperti yang tertera :

    +60127115850/ +60125530149 – C&M Music Centre

    Sekian, Terima Kasih