Ernie Zakri Berikan Kita ‘Aura’ yang Menyegarkan!

rsz u0487

Kejutan besar bagi peminat muzik tempatan! Ernie Zakri, bintang yang semakin bersinar dalam industri muzik Malaysia, kini muncul dengan album solo pertamanya yang diberi tajuk “AURA”. Dengan perpindahan ke Universal Music Malaysia, kini Ernie sedang bersiap sedia untuk memberikan pengalaman muzik yang luar biasa.

AURA merupakan sebuah album yang membawa pesan tentang peneguhan diri dan sikap positif. Ia diolah khas oleh Ernie sendiri untuk memberi keyakinan kepada mereka yang rasa terluka dalam menghadapi kehidupan harian. Album ini mengajak pendengar untuk menghayati aura yang ada pada diri sendiri, sambil mengingatkan bahawa setiap yang berlaku dalam hidup ini adalah takdir yang sudah tersusun, dan bertujuan memberikan kesedaran untuk menerima segala kekurangan tanpa rasa takut.

Ernie menjelaskan mukadimah tentang mahakarya terbaharunya ini, album AURA ini sangat istimewa kerana ia menceritakan tentang sumber kekuatan seseorang. Semua lagu dalam album ini berkisahkan nasihat, motivasi dan sumber kekuatan untuk insan yang memerlukan semangat. Sebagai pembuka cerita kepada album ini, lagu berjudul Masing-Masing diberi penghormatan menjadi single pertama untuk memperkenalkan AURA.

rsz u0692

Masing-Masing adalah sebuah lagu galau yang bertemakan putus cinta. Digubah dan ditulis oleh Ade dari kumpulan Govinda bersama Nabila V, ia mempunyai jalan cerita tersendiri.

“Saya dan Mas Ade bersependapat untuk menghasilkan lagu galau dengan kisah putus cinta yang sedikit berbeza. Masing-Masing mengisahkan pasangan yang terpaksa teruskan kehidupan mereka dengan cara berpisah demi mencari kebahagiaan diri sendiri. Tidak semua perpisahan tentang pertengkaran atau pergaduhan. Ada perpisahan yang berlaku atas persetujuan kedua-dua pihak demi mencapai kebahagiaan sendiri. Saya tahu ramai rakyat Malaysia yang suka lagu galau sebegini,” tambah Ernie lagi.

Lagu tersebut menjalani proses rakaman di Yogyakarta, Indonesia dengan begitu mudah.

Ernie Zakri menceritakan bahawa, ia tidak terasa seperti bekerja malah seolah-olah sedang bercuti kerana semuanya lancar dan senang. Kami hanya mengambil masa sehari untuk rakaman. Buat video muzik pula kami hanya perlukan setengah hari sahaja untuk penggambaran.

Video muzik yang berkonsep penuh kesenian itu menampilkan dua orang penari yang menyampaikan jalan cerita secara simbolik lewat setiap pergerakan yang ditampilkan dalam bentuk seni tari.

Ernie menceritakan tentang video muzik Masing Masing, terdapat dua orang penari yang bercerita dengan pergerakan. Setiap gerak tari ada maknanya. Sebagai contoh, ada babak mereka jatuh, itu ada maksud simbolik yang tersirat tentang mesej yang disampaikan dalam lagu itu.

Album AURA yang membabitkan ramai komposer dan penerbit mengambil masa perancangan sekitar setahun kerana Ernie mempunyai beberapa permintaan khas.

rsz u0557

“Saya yang meminta sendiri lagu daripada penulis serta pencipta yang terbabit dalam album ini. Proses rakaman kesemua lagu juga memakan waktu sekitar tiga hingga empat bulan untuk disiapkan. Jadi saya harap para pendengar akan dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan di dalam album ini. Semoga ia menjadi teman buat mereka yang memerlukan semangat serta kekuatan itu,” bingkas Ernie menutup bicara.

Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, turut menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan dan potensi Ernie Zakri untuk meluncur lebih jauh dalam kareer muziknya di bawah label ini.  “Kami mempunyai perancangan yang rapi untuk memastikan nama Ernie Zakri bukan sahaja terpahat di hati peminat Malaysia, malah di rantau ini terutamanya Indonesia. Selain menghasilkan karya muzik yang berkualiti untuk para peminat, Ernie juga akan berkolaborasi bersama beberapa jenama tempatan sebagai salah satu strategi mengembangkan kareer beliau. Sebagai contoh, hari ini kami melancarkan album AURA Ernie Zakri bersama dengan koleksi tudung jenama tempatan Ayuwan.”

Album ini menampilkan 10 buah lagu dengan pembabitan nama-nama besar industri muzik serantau seperti Aubrey Suwito, Ezra Kong, Faizal Tahir, Amylea Azizan, Rozi Sangdewi, Helen Yap, Firdaus Rahmat, John Jeeves, Ade Govinda dan beberapa orang lagi. Ia turut menampilkan suami Ernie sendiri, Syamel yang menyumbangkan lagu ‘Jangan Hilang Percaya’.

AURA bakal berada di semua platform digital bermula Jumaat 3 November 2023, dan video muzik lagu Masing-Masing pula akan berada di laman YouTube pada hari yang sama.

 

SENARAI LAGU DALAM ALBUM AURA:

 

Judul: Intro Buat Kamu

Lirik: Ernie Zakri, John Jeeves

Komposer: Ernie Zakri, John Jeeves

Susunan: John Jeeves

Penerbit: John Jeeves

 

Judul: Aura

Lirik: Ernie Zakri, John Jeeves, Firdaus Rahmat

Komposer: Ernie Zakri, John Jeeves, Firdaus Rahmat

Susunan: John Jeeves

Penerbit: John Jeeves

 

Judul: Masing-Masing

Lirik: Ade Govinda & Nabila V

Komposer: Ade Govinda

Penerbit: William Chow

 

Judul: Terima Seadanya

Lirik: Mage, Faizal Tahir

Komposer: Mage, Faizal Tahir

Penerbit: Adib Hussain

 

Judul: The Best

Lirik: Firdaus Rahmat, John Jeeves, Shazriq Azeman

Komposer: Firdaus Rahmat, John Jeeves, Shazriq Azeman

Penerbit: Firdaus Rahmat, John Jeeves

 

Judul: Gelita

Lirik: Slen Fadzil

Komposer: Slen Fadzil, Helen Yap

Penerbit: Helen Yap

 

Judul: Tercipta Sempurna

Lirik: Ezra Kong

Komposer: Ezra Kong

Penerbit: Ezra Kong

 

Judul: Jangan Hilang Percaya

Lirik: Syamel

Komposer: Syamel, Jiwa

Penerbit: Aubrey Suwito

 

Judul: Satu Cinta

Lirik: Amylea Azizan

Komposer: Amylea Azizan

Penerbit: Amylea Azizan

 

Judul: Persis Katarsis

Lirik: Rozi Sangdewi

Komposer: Aubrey Suwito

Penerbit: Aubrey Suwito

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Ernie Zakri Berikan Kita ‘Aura’ yang Menyegarkan!" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment