eGumis : Semak Wang Yang Tidak Dituntut

eGumis : Semak Wang Yang Tidak Dituntut. Ia adalah suatu sistem semakan bagi memudahkan urusan transaksi dan semakan Wang Tidak Dituntut secara atas talian. Semakan boleh dibuat menggunakan kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat)

Wang Yang Tidak Dituntut

Wang yang tidak dituntut membawa maksud wang kepunyaan seseorang yang tidak dibayar dalam tempoh setahun. Jumlah wang berkenaan bergantung kepada akaun penerima.

Antara Kategori Wang Yang Tidak Dituntut adalah :

  1. Gaji/ Upah/ Komisen/ eGaji
  2. Dividen
  3. Tuntutan insuran yang telah diluluskan
  4. Simpanan Tetap
  5. Deposit/ Cagaran
  6. Keuntungan yang telah diisytiharkan
  7. Wang dalam akaun yang tidak aktif selama 7 tahun

Sistem eGumis

Sistem ini telah dilancarkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) untuk memudahkan orang ramai membuat semakan Wang tidak dituntut secara atas talian.

Pendaftaran eGumis :

  1. Layari pautan : https://egumis.anm.gov.my/
  2. Daftar secara atas talian, masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan, dan emel terkini
  3. Log masuk portal menggunakan kata laluan yang telah di emel
  4. Tukar kata laluan
  5. Tekan pada “Klik Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut
  6. Masukkan nombor kad pengenalan
  7. Semakan ini hanya boleh dibuat sebanyak 2 kali sehari sahaja
2 2

Untuk semakan secara manual, anda boleh ke pautan dibawah dan segala panduan penuh telah disediakan oleh JANM.

Cara Memohon Tuntutan Wang Yang Tidak Dituntut

Untuk membuat permohonan tuntutan wang yang tidak dituntut, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :

  1. Klik pada “Teruskan Dengan Permohonan”
  2. Tekan “Tambah Penerima” dan masukkan maklumat peribadi yang diperlukan
  3. Tekan “Simpan”
  4. Muat naik (upload) dokumen sokongan pada bahagian “Mandatori”
  5. Sila tandakan (tick) pada kotak dan setuju dengan terma dan syarat.
  6. Pilih “Ya”
  7. Proses pembayaran wang yang tidak dituntut akan dilaksanakan apabila dokumen anda telah “disahkan”

Tempoh Pembayaran akan mengambil masa dan duit tersebut akan dikreditkan kedalam akaun bank yang telah didaftarkan.

eGUMIS
eGumis : Semak Wang Yang Tidak Dituntut 4

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi :

03- 2056 8052
03- 2056 8053

Atau hadir ke pejabat :

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur

Klik Disini untuk lagi informasi dan maklumat terkini untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "eGumis : Semak Wang Yang Tidak Dituntut" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment