DAPUR TEMPUR SELEBRITI PASANGAN IBU DAN ANAK YANG MANAKAH LEBIH GEMPAK?

Petaling Jaya, 29 November 2023 – Pertempuran yang sengit! Episod terbaru dalam Dapur Tempur Selebriti minggu ini bakal menyaksikan dua pasangan ibu dan anak iaitu seorang,pelawak,pengacara dan penyanyi Didie Alias dan anaknya Diyana (Double D) lawan penyanyi popular Wani Kayrie dan ibunya Mama Kay (The Sumandak). Hubungan ibu dan anak yang manakah lebih kuat apabila memasak di dapur?

Pada minggu lepas, kita menyaksikan pasukan Geng Pandai Masak Nasi (Bella Astillah & Mama Ina) iaitu pasukan anak dan ibu juga berjaya bergelar juara mingguan sekaligus membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan tajaan Prego serta Vinda selama setahun. Mereka berjaya menyiapkan hidangan tanpa menggunakan peralatan memasak yang paling penting iaitu pisau! Pasukan Kerang (Shuib & Watie) tumpas dalam cabaran tersebut tetapi tetap berjaya membawa pulang barangan tajaan Prego selama 3 bulan. 

Cabaran episod ini yang dipanggil ‘Bayangan Gurauan’ lebih mendebarkan! Peserta yang kalah dalam cabaran ini harus menyediakan hidangan mereka tanpa bahan utama masakan. Cabaran ini membuatkan situasi di dapur menjadi lebih riuh apabila melihat gelagat pasangan mengganggu antara satu sama lain ketika menyiapkan hidangan mereka. 

Wani Kayrie berasa sedikit goyah apabila mendapat tahu bahawa Didie Alias bakal menjadi saingan mereka, “Wani selalu masak sama-sama dengan mama. Selepas kami tahu bahawa Didie Alias akan jadi saingan kami, kami agak risau kerana kita tahu yang orang Melaka ini memang pandai masak. Namun, memandangkan tema adalah masakan barat, kami akan redah sahaja.”

Anak perempuan Didie Alias, Diyana yang merupakan seorang Cef Pastri tampil yakin dengan mengatakan, “Jika di rumah, saya merupakan sous chef manakala mummy pula executive chef. Wani menyanyi boleh lah, dia pandai masak ke? Berani ke?”

Keyakinan mereka membuatkan persaingan ini lebih hangat! Pasangan manakah yang bakal menang dalam persaingan kali ini? Nantikan episod ketiga Dapur Tempur Selebriti yang dihoskan oleh Fiza Frizzy, 2 Disember 2023, pada hari Sabtu, 8.30 malam di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Dapur Tempur Selebriti menampilkan Prego sebagai penaja. Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri berdasarkan rasa, persembahan hidangan, kreativiti dan kebersihan. Pemenang minggu ini akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta hamper tajaan Prego selama setahun. 

Penonton juga berpeluang untuk memenangi wang tunai RM200 dengan menyertai peraduan Tonton & Menang setiap minggu. Untuk dapatkan maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk maklumat yang terkini tentang program TV9. Dapatkan juga perkembangan terkini di www.myresipi.com selaku Rakan Digital Rasmi.

 

 

Leave a Comment