Daftar Kelahiran Secara Online Di JPN

Daftar Kelahiran Secara Online Di JPN. Kepada semua ibu bapa dan waris terdekat yang ingin berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda kini boleh berurusan secara atas talian atau online.

Cara Daftar Sistem Pendaftaran Kelahiran

Sebelum mendaftarkan kalhiran anak, anda perlulah mendaftar sebagai ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

  1. Layari Portal Sistem Daftar Kelahiran JPN : https://www.jpn.gov.my/my/
  2. Klik Pada DAFTAR PENGGUNA BARU untuk mendaftar kali pertama
  3. Isikan semua maklumat anda pada ruangan yang disediakan
  4. Klik HANTAR
  5. Anda akan menerima EMEL pengesahan untuk pengaktifan akaun
  6. Klik LINK yang diberikan di dalam emel tersebut
  7. Seterusnya anda masukkan KATA LALUAN anda inginkan.
  8. Masukkan TEKS PENGESAHAN yang tertera, dan tekan HANTAR
  9. Sekiranya berjaya, sila klik seterusnya untuk log masuk kali pertama

Cara Daftar Kelahiran Secara Online

Untuk membuat pendaftaran kelahiran secara online, anda boleh ikuti langkah dibawah :

  1. Baca semua TERMA & SYARAT yang telah disenaraikan, klik pada SETUJU untuk meneruskan.
  2. Lengkapkan MAKLUMAT KELAHIRAN yang diminta, dan klik Seterusnya.
  3. Kemudian lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, dan kllik Seterusnya\
  4. Isikan MAKLUMAT LAIN yang diperlukan pada ruangan yang disediakan
  5. Setelah selesai semunya klik butang DAFTAR.
  6. Sekiranya permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang CETAK SLIP PERMOHONAN.
  7. Bawa borang permohonan yang telah dicetak ke Jabatan Pendaftaran negara yang berdekatan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Daftar Kelahiran Secara Online, anda boleh :

Klik Disini untuk lagi informasi terkini dan terbaru untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Daftar Kelahiran Secara Online Di JPN" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment