Category: Semakan & Permohonan

Semakan & Permohonan bagi bantuan, pendidikan dan pelbagai lagi.

  • Bayaran BPR Fasa 3 Semakan Tarikh Bayaran & Jumlah

    Bayaran BPR Fasa 3 Semakan Tarikh Bayaran & Jumlah

    Bayaran BPR Fasa 3. Seperti yang kita lihat , pembayaran BPR bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sudah dilaksnakan pada yang lalu , kini penerima BPR hanya menunggu pembayaran BPR Fasa 3 yang dijangkakan akan dilaksanakan pada bulan September 2021. Melalui bekas perdana menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin , beliau telah berkata dalam pembentangan Pakej Perlindungan Rakyat dan Ekonomi Pemulihan (PEMULIH) bahawa pembayaran BPR Fasa 3 dilaksanakan dalam bulan September.

    UNTUK KATEGORI BUJANG

    Bagi kategori Bujang , untuk pembayaran Fasa 3 tidak melibatkan kategori bujang kerana amaun pembayaran kategori sudah lengkap dibayar pada Fasa 1 dan Fasa 2 yang lepas.

    JUMLAH BANTUAN BAYARAN BPR FASA 3

    Berikut adalah merupakan jumlah bantuan mengikut pendapatan isi rumah :

    1. Pendapatan Isi Rumah (RM2,500)
      > Kurang daripada 1 orang anak bakal menerima : RM500
      > Mempunyai 2 orang anak dan ke atas bakal menerima : RM1100
    2. Pendapatan Isi Rumah (RM2,500-RM4,000)
      >Kurang daripada 1 orang anak bakal menerima : RM200
      >Mempunyai 2 orang anak dan ke atas : RM600
    3. Pendapatan Isi Rumah (Rm4001-RM5000)
      >Kurang daripada 1 orang anak bakal menerima (Pemohon yang berumur 60 tahun) : RM 200
      >Kurang daripada 1 orang anak bakal menerima : RM100
      >Mempunyai 2 orang anak dan ke atas :  RM200

    CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN

    1. Layari poral rasmi :  https://bpr.hasil.gov.my/
    2. Log masuk
    3. Tekan Butang Semak Status
    4. Status Pembayaran akan dipaparkan

    Maklumat Lanjut

    Untuk sebarang pertanyaan berkenaan bayaran BPR fasa 3, anda boleh hubungi di talian hotline LHDNM : 1800-88-2747

    Klik Disini Untuk lebih info bantuan dan semakan untuk anda

  • Rayuan BPR 2021 : Semakan Keputusan Dan Pembayaran

    Rayuan BPR 2021 : Semakan Keputusan Dan Pembayaran

    Rayuan BPR 2021 masih menjadi persoalan dan tanda tanya bilakah tarikh semakan keputusan dan pembayaran akan dibuat. Sejak permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat ditutup pada 30 Jun 2021 yang lalu, keputusan rayuan masih lagi belum diketahui statusnya, samada lulus atau tidak. Walaupun BPR fasa 1 telah selesai, sebahagian penerima BPR fasa 1 tidak lulus untuk menerima BPR fasa 2 atas sebab-sebab tertentu.

    TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN DAN PEMBAYARAN BPR 2021

    Sukacita dimaklumkan bahawa semakan status kelulusan rayuan BPR boleh dibuat mulai 18 September 2021. Pembayaran rayuan BPR ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September 2021 serentak dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.

    JUMLAH BAYARAN BPR FASA 2

    Kategori Isi Rumah

    Pendapatan kasar bulanan RM 2,500 ke bawah : Bantuan sebanyak RM 400

    Pendapatan kasar bulanan RM 2,501 hingga RM 4,000 : Bantuan sebanyak RM 300

    Pendapatan kasar bulanan RM 4,001 hingga RM 5,000 : Bantuan sebanyak RM 100 untuk yang mempunyai sekurang-kurang nya 1 orang anak, dan RM 250 untuk yang mempunyai 2 orang anak ke atas.

    Bujang

    Jumlah bantuan bujang yang akan diterima adalah RM 200

    CARA SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN BPR 2021

    Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi BPR di pautan berikut : https://bpr.hasil.gov.my/

    CARA PEMBAYARAN BPR

    Pembayaran akan dibuat secara pengkreditan ke akaun bank pemohon yang didaftarkan semasa pendaftaran / kemas kini / rayuan BPR 2021.

    Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran / kemas kini / rayuan BPR 2021, pembayaran adalah seperti berikut:

    1. Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank – pengkreditan ke akaun pasangan akan dibuat.
    2. Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank – pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon.

    Klik Sini untuk lebih info berkaitan bantuan dan permohonan

  • Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500

    Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500

    Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM 500 telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun lalu. Bantuan ini termasuk di dalam Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan bantuan ini bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan adanya bantuan seperti ini dapatlah serba sedikit meringankan beban rakyat dalam meneruskan kelangsungan hidup.

    INFO BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP)

    Jumlah Bantuan

    Sebanyak Rm500 akan disalurkan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan, ia juga ditentukan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

    Syarat Kelayakan

    Syarat kelayakan untuk menerima bantuan kehilangan pendapatan (BKP) ini masih belum lagi diperincikan secara lengkap oleh kerajaan, namun berdasarkan pengumuman Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan ini akan mensyaratkan bahawa penerima adalah :

    1. Kehilangan pendapatan
    2. Tidak mencarum mengikut data KWSP dan PERKESO pada tahun 2021

    PERMOHONAN DAN SEMAKAN BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP)

    Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Oktober 2021. Tarikh sebenar akan dimumkan oleh kerajaan kelak. Oleh yang demikian, tarikh rasmi bantuan ini akan dimumkan oleeh Menteri Kewangan Dato Seri Tengku Zafrul Aziz dalam masa terdekat.

    Klik Sini untuk ketahui lebih lanjut berkaitan BKP di laman sosial KWSP

    Klik Sini untuk info lain bantuan dan permohonan

     

  • Bayaran Tambahan GKP 4.0 : Semak Status & Tarikh

    Bayaran Tambahan GKP 4.0 : Semak Status & Tarikh

    Bayaran tambahan GKP 4.0. Geran Khas Prihatin di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan pada 28 Jun 2021 lalu, kerajaan terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro melalui Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0

    Peruntukan GKP 4.0 ialah sebanyak RM1 billion di mana bayaran akan dibuat kepada penerima yang layak menerusi permohonan baharu yagn akan dibuka pada 15 Julai sehingga 31 Julai lalu bagi PKS Mikro yang tidak permah menerima GKP sebelum ini.

    SEMAK STATUS BAYARAN TAMBAHAN GKP 4.0

    Berikut merupakan cara untuk menyemak status pembayaran GKP 4.0 Tambahan yang muke dibuat September in.

    1. Layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di gkp.hasil.gov.my
    2. Masukkan no. kad pengenalan anda
    3. Untuk proses semakan, anda diminta untuk memasukkan abjad kaptcha
    4. Tekan semak

    TARIKH BAYARAN TAMBAHAN GKP 4.0

    Pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak akan dibuat pada :

    1. September 2021 (rm500)
    2. November 2021 (rm500)

    Bagaimanapun, ia tertakluk kepada sebarang perubahan bagi bayaran tambahan GKP 4.0 yang akan dibuat oleh pihak LHDN dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

    Selain itu, bagi penerima yang berstatus tidak layak kerana gagal kredit bayaran GKP, pembayaran semula kepada penerima yang mengemas kini dalam tempoh ditetapkan adalah terhad kepada pembayaran semua bagi program GKP tahun 2021 sahaja.

    Untuk memastikan proses bayaran tambahan GKP 4.0 lancar, pemohon diminta untuk memastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini adalah :

    1. Akaun bank peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan)
    2. Berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon
    3. Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan

    Untuk maklumat lanjut berkenaan bayaran tambahan GKP 4.0 boleh layari laman web LHDN (Klik Sini)

    Klik Sini untuk banyak lagi info bantuan, semakan dan juga permohonan

  • Bantuan Zakat PKP

    Bantuan Zakat PKP

    Semakan dan permohonan bagi bantuan zakat PKP sudah boleh dilakukan mengikut negeri pemohon, dan setiap pemohon yang layak akan menerima bantuan mengikut jumlah amaun yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing

    BANTUAN ZAKAT PKP

    Ia merupakan salah satu bantuan daripada Majlis Agama Islam setiap negeri di Malaysia. Tujuan bantuan ini dilancarkan adalah untuk membantu dan meringankan sedikit beban golongan berkeperluan terutamanya golongan B40 yang terjejas akibat PKP. Nilai amaun bantuan adalah berbeza mengikut Majlis Agama Islam setiap negeri.

    Terdapat beberapa buah negeri yang tidak menyediakan bantuan zakat PKP. Anda perlu membuat semakan dengan pihak bertugas terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian dan selain itu anda juga boleh memohon bantuan lain yang tersedia.

    SEMAKAN BANTUAN ZAKAT PKP

    Ada beberapa langkah umum yang perlu dibuat oleh pemohon, dan jika ada persoalan atau keraguan, boleh terus hubungi Majlis Agama Islam negeri pemohon. Disertakan dibawah langkah-langkah untuk pemohon membuat semakan di laman web Majlis Agama Islam setiap negeri.

    1. Layari laman web bantuan zakat PKP mengikut negeri pemohon
    2. Tekan butang “semakan permohonan” yang ada pada paparan pemohon
    3. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon
    4. Sekiranya permohonan lulus, pemohon akan mendapat info berkaitan bantuan.
    5. Pemohon haruslah menunggu kemaskini daripada Majlis Agama Islam berkaitan proses pembayaran bantuan zakat PKP ke akaun pemohon.
    6. Pemohon mendapat notifikasi berkaitan proses kemasukan duit bantuan

    Langkah-langkah di atas adalah secara umum, mungkin akan berlainan sedikit mengikut laman web Majlis Agama Islam setiap negeri

    SENARAI ANTARA BANTUAN LAIN YANG DITAWARKAN

    Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)

    1. Pembangunan Asnaf
    2. Perlindungan
    3. Ekonomi
    4. Pendidikan
    5. Pembangunan Ummah

    Negeri Sembilan

    1. Bantuan Fakir Miskin
    2. Bantuan Perubatan
    3. Bantuan Persekolahan
    4. Bantuan Pelajaran

    Negeri Kelantan

    1. Sumbangan barangan dan makanan kepda pertugas barisan hadapan
    2. Sumbangan peralatan kesihatan

    Klik Sini untuk banyak lagi bantuan dan permohonan