Hari ini saya berbesar hati ingin mengumumkan satu pendekatan baharu yang telah YaPEIM ambil dalam menggalakkan masyarakat di negara kita untuk berinfak. Pendekatan dengan memperkenalkan sumbangan ‘direct debit‘ secara terus melalui pautan di laman sesawang https://infaqpay.my/go/yapeim ini dilihat mampu menarik lebih ramai individu mahupun kumpulan sasar berinfak secara berkala kepada YaPEIM serendah RM10.
Pendekatan baharu yang diambil YaPEIM ini sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu dengan mengambil kira faktor relevannya penggunaan telefon pintar dan Internet yang cukup meluas di negara kita. YaPEIM melihat amalan berinfak atau bersedekah ini seharusnya mempunyai pelbagai cabang pilihan serta kaedah untuk orang ramai melakukan amal kebajikan, dan ianya hanya perlu dipermudahkan seperti yang seperti dilaungkan komuniti global iaitu ‘dunia kini dihujung jari’.
Menyedari akan kepentingan infak masyarakat dalam melancarkan segala objektif penubuhan YaPEIM, maka saluran baharu ini diharap menjadi pilihan dan pemudah cara kepada masyarakat untuk mengejar saham akhirat masing-masing seterusnya menjadikan YaPEIM sebagai platform infak yang diyakini.
Platform baharu yang dikuasakan oleh InfaqPay ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada YaPEIM dalam menjadi peneraju kepada institusi amal jariah di Malaysia khususnya. Selain pendekatan sedia ada yang telah dilaksana seperti Rakan Strategik Infak (RSI) yang menggalakkan kakitangan kerajaan dan swasta menginfakkan gaji kepada YaPEIM, serta portal crowd funding Inspirasi Qaseh , platform ini diharap mampu meningkatkan dana Tabung Amanah YaPEIM yang diketahui ramai digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan seperti anak yatim, pelajar miskin, keluarga asnaf dan B40, dan lain-lain lagi.
Untuk makluman, sebelum ini YaPEIM memperuntukan sumbangan keseluruhan berjumlah RM2.7 juta bagi penganjuran Program Ihya’ Ramadan dan Aidilfitri untuk tahun ini yang merangkumi pelbagai program dan sumbangan seperti pemberian duit raya, agihan foodbank, penganjuran majlis berbuka puasa, agihan juadah berbuka puasa, Program Ziarah MADANI, Projek Pembangunan Komuniti YaPEIM, serahan bantuan Sinar Kasih, bantuan baju raya dan serahan Inspirasi Prihatin YaPEIM.
Gelombang kejutan melanda industri muzik tempatan dengan pengumuman mengejutkan mengenai Syasya, salah satu wajah terkenal dalam kumpulan Dolla. Keputusannya untuk meninggalkan kumpulan tersebut telah memunculkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya di kalangan peminat dan pengikut setia.
Syasya, yang sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, memilih untuk mengejar kebahagiaan peribadi dengan mengumumkan pengunduran dirinya dari Dolla. Alasan yang diberikan, iaitu perancangan untuk mendirikan rumah tangga, menambah lagi kehairanan di kalangan peminat. Apa yang membuatkan berita ini lebih kontroversial ialah pengakuan bahawa perkahwinannya menjadi faktor utama di sebalik keputusannya.
Reaksi daripada peminat terbahagi. Ada yang memberikan sokongan penuh kepada langkahnya, sementara yang lain merasakan kehilangan besar atas bakat yang dipersembahkan oleh Syasya dalam kumpulan tersebut. Persoalan yang dikemukakan, adakah ini akan menamatkan kerjaya muziknya sepenuhnya?
Sementara itu, Dolla sendiri masih meneruskan perjalanan mereka dalam industri muzik. Meskipun terpaksa berhadapan dengan kekosongan yang ditinggalkan oleh Syasya, mereka berusaha untuk terus mengekalkan kejayaan dan menarik perhatian di peringkat antarabangsa. Namun, cabaran besar menunggu untuk mengisi ruang yang ditinggalkan oleh vokalis berbakat tersebut.
Kisah kontroversi ini memberi sentuhan dramatik kepada dunia muzik Malaysia. Dengan banyak spekulasi dan minat yang meningkat, semua mata tertumpu kepada perjalanan seterusnya bagi Syasya, Dolla, dan industri muzik tempatan secara keseluruhannya. Apa yang akan berlaku seterusnya? Itulah persoalan yang kini menghantui peminat dan penganalisis industri muzik.
THE A.C.A.B. is an Indie band consisting of A.C.A.B. band members when they were playing Indie music in ’05-’07. A.C.A.B. in 2003 had already played their last & farewell gig before frontman Max went on to study abroad in London the same year & when he came back in 2005, he formed THE A.C.A.B. with A.C.A.B.’s ex-bandmembers Edy on guitars, Irfan on drums & Mono from The Times on bass with Max on guitars & vocals.
THE A.C.A.B. managed to record their only Indie album, “THIS IS THE A.C.A.B.” in 2005 & when it was released in 2006 it was the highest selling album in Malaysia for 3 consecutive weeks on RIM Charts. During it’s short period from ’05’-07, THE A.C.A.B. managed to give an impact to the Malaysian Indie music scene by playing 2 Rock The World concerts in ’06 & ’07, played festivals like Digi Street Blast & Hitz TV Birthday Bash, played few shows & own showcases, their songs like “Setelah” & “Angkasa” were frequently played & being on the charts of radio stations, did an appearance on Muzik-Muzik with the song, “Setelah” which stayed on the Juara Lagu nomination throughout 2006-2007 & others before splitting up in 2007 & returning back as, “A.C.A.B.” in 2008.
Now, after 18 years of hiatus, THE A.C.A.B. will be coming back for a one night only reunion, “THIS IS THE A.C.A.B.” INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024 at Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara playing a showcase of their only album with it’s original lineup on 1st June 2024 8.30pm!
Make sure to catch this live performance & it’s a must for every Indie music lovers as we will be reliving THE A.C.A.B. & Malaysia Indie Nostalgic moments of the middle 2000’s for one night only! THIS IS… THE A.C.A.B. & WE’RE COMIN’ AT YOU!
Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) telah dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), selama tempoh dua tahun, berkuat kuasa pada 1 April 2024 hingga 31 Mac 2026.
Watikah pelantikan tersebut telah disampaikan oleh Profesor Dato’ Ts Dr Sharifudin Md Shaarani (Naib Canselor USIM) dan disaksikan oleh Dato’ Muhammad Haizuan Rozali (Pendaftar USIM), Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh (Dekan FSU) dan Prof. Madya Dr. Izawati Wook (Timbalan Dekan Akademik FSU).
Peranan Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim sebagai Profesor Adjung di FSU USIM adalah untuk meyumbangkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam Undang-Undang kepada warga FSU serta menjadi penasihat dan terlibat dalam menilai dan memberi input kepada kurikulum dan program yang ada di FSU. Selain itu, beliau akan menambah nilai kepada USIM dengan menyampaikan syarahan dan menyertai dialog dan seminar dalam bidang kepakarannya kepada pelajar dan kakitangan USIM.
Tambahan pula, beliau bakal memainkan peranan penting dalam mempromosi USIM dalam acara pameran, dialog, seminar dan persidangan antarabangsa serta membantu dalam membimbing USIM dengan memberikan pandangan strategik dalam aspek akademik dan pengantarabangsaan. Sebagai Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA), beliau berhasrat untuk memperkenalkan dan mendedahkan USIM di peringkat global dengan rangkaian ahli Pusat Dagangan Dunia yang lain.
“Pelantikan ini sangat bermakna buat saya kerana pada asalnya karier saya bermula dengan bidang Undang-Undang. Saya bersedia memikul tanggungjawab ini serta menyumbang secara positif kepada pertumbuhan dan pembangunan FSU USIM. Saya amat seronok untuk melibatkan diri dalam bidang Undang-Undang dan akan memastikan ilmu pengetahuan dan pengalaman saya akan dikongsikan dengan sebaiknya dengan warga USIM. Saya berharap untuk memberikan perspektif yang baru dengan pengalaman saya yang kepelbagaian kepada warga FSU USIM.” kata Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim yang juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim berkelulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) (Kepujian) serta Diploma Lanjutan dalam Undang-Undang Syariah dan Amalan Perundangan (DSLP) serta memiliki Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dato’ Sri Dr Irmohizam kini mengikuti pengajian di peringkat PhD yang ketiga dalam jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Pengiktirafan ini menunjukkan kecemerlangan beliau secara menyeluruh dalam bidang Undang-Udang dimana beliau juga pernah menjadi Pensyarah Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Kanan di Ganesan & Irmohizam Advocates & Solicitors. Seluruh warga WTCKL ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim atas pengiktirafan yang berprestij ini.
Tidak ada yang lebih mengujakan buat Noryn Aziz saat membuka tahun 2024 dengan sebuah cetakan baharu dalam sejarah karier seninya.
Setelah sangat sinonim dengan genre Jazz, R&B dan Soul, Noryn membuktikan selaku penyanyi beliau mempunya kredibiliti yang besar dalam ruang lingkup nyanyiannya.
Kertas, lagu terbaharu nyanyiannya yang saat ini sedang mencuri perhatian peminat apabila menjadi runut bunyi drama bersiri Khun:sa adalah bukti nyata kemampuan seorang Noryn Aziz sebagai penyanyi wanita tanah air yang patut dibanggakan.
Karya sepenuhnya oleh komposer wanita berbakat besar, Amylea Azizan, Kertas yang dibalut dalam nuansa Pop Balada Melayu dialun dengan cukup gemersik oleh Noryn.
Ironi, Kertas adalah sebuah karya Ketuhanan yang menurut Amylea sangat sesuai dilagukan oleh Noryn.
Dan jangan terlupa, Kertas adalah karya pertama yang dialunkan Noryn dalam balutan Pop Balada Melayu.
“Kertas mencabar diri saya mencuba sesuatu yang baharu, sesuatu yang saya takuti tidak dapat dilakukan dengan baik.
“Untuk pertama kalinya saya menyanyikan lagu dari genre Pop Balada Melayu.
“Dari segi vokal, ia agak berlainan kerana kali ini saya mencabar vokal saya menyanyikan nada tinggi dengan teknik vokal yang berlainan. Jadi saya dapat terokai nyanyian di luar kotak,” kata Noryn mengenai Kertas.
Tambahnya, kekuatan Kertas juga bukan hanya bergantung kepada beliau selaku penyanyi tetapi kredit perlu diberikan kepada Amylea yang tidak pernah gagal menghasilkan sebuah karya cemerlang.
Tidak cukup dengan itu, Noryn berasa bonus berganda apabila Kertas dicipta khusus oleh Amylea untuk menjadi runut bunyi Khun:sa sentuhan magis sutradara, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat.
“Saya amat mengidamkan untuk bekerjasama dengan Amylea dan Shahrulezad. Jadi apabila tawaran dan tahu Kertas dicipta khusus untuk drama Khun:sa, saya amat berbesar hati.
“Mereka adalah tim yang banyak melahirkan karya-karya hebat dan berkualiti, lain serta tidak cliche. Dan menjadi sebahagian daripada tim ini adalah sebuah penghormatan buat saya,” katanya lagi.
Bercerita lebih lanjut, Noryn menyifatkan Kertas sebagai sebuah karya yang cukup istimewa. Ia kata Noryn lagi secara umumnya bercerita tentang jeritan batin seorang manusia yang pasrah kepada Ilahi.
“Lagu Kertas adalah lagu yang meruntun jiwa dan memiliki emosi yang agak berat mengenai kesedihan dan dugaan takdir kehidupan.
“Sejujurnya saya menangis sewaktu berbincang tentang isi lagu ini dengan Amylea kerana terkenang peristiwa-peristiwa yang pernah saya alami.
“Ia adalah lagu mengenai jeritan batin seorang hamba yang sedang mengadu kepada Tuhan. Merintih atas apa yang berlaku terhadap dirinya.
“Kadang kita sebagai manusia ada kala mempersoalkan mengapa sesuatu terjadi.
“Jeritan batin di dalam diri yang tidak mampu lagi tertanggung dengan dugaan bertalu talu terasa seperti tiada erti nya lagi kehidupan ini. Mula tercari cari jawapan… mengapa? Mengapa aku? Mengapa?
“Yakinlah!! ALLAH sentiasa mendengar dan jangan berputus asa dan bersangka buruk dengan DIA.
“Langit tak sentiasa cerah, awan tidak sentiasa mendung dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar.
“Sebab itu saya sifatkan Kertas sangat istimewa kerana mempunyai pengertian yang cukup dalam untuk kita sebagai manusia renungkan bersama,” ujar Noryn.
Dengan keindahan yang telah diciptakan terhadap lagu kertas dan drama bersiri Khun:sa, Noryn berbesar hati agar kedua-dua karya ini mendapat sambutan positif dan menerima apresiasi dalam kalangan pendengar serta penonton.
“Saya percaya sebagai pendengar dan penonton, kita boleh ‘masuk’ ke dalam situasi Kertas kerana setiap manusia ada laluan hidup dan dugaan serta takdir masing-masing.
“Dengarkanlah lagunya dan selami lirik Kertas dengan cermat,” harap Noryn.
Sementara bagi arkitek lagu ini, Amylea, Kertas juga diangkat sebagai sebuah karya miliknya yang sangat peribadi dan menjadi lagu Ketuhanan miliknya yang dipercayai ‘dekat’ dengan semua pendengar.
“Saya menggarap Kertas mengikut kepada jalan cerita drama Khun:sa yang tidak silap sudah mula dibincangkan Shahrulezad sejak 2020 namun kerana pandemik Covid 19, projek ini tertunda.
“Kertas adalah sebuah lagu Ketuhanan dan sangat peribadi buat saya. Ia menjadi tempat manusia mengadu domba kepada Allah tentang banyak dugaan yang silih berganti sehingga berasa tiada kelapangan yang Dia beri kepada kita sehingga kita berasa letih dan berhenti berharap serta berdoa.
“Perkataan atau lirik-liriknya juga ada berbunyi semangat dan ‘seram’. Seram tentang bagaimana kita seharusnya beringat dan boleh dikatakan juga Kertas sebagai lagu memujuk diri untuk faham diri kita di mana dan apa yang Allah berikan kepada kita sebagai hamba-Nya.
“Padahal kita sendiri berasa hina kerana mempersoalkan Pencipta kita tentang nasib hidup yang sebenarnya kita sedar Allah akan menaikkan darjat kita dalam setiap kepayahan yang telah dilalui,” ujar Amylea.
Menurut Amylea lagi dia menggalas tanggungjawab besar menghasilkan kertas dalam balutan genre yang tidak pernah dinyanyikan Noryn menerusi lagu miliknya.
“Tanggungjawab saya berat sebenarnya kerana Noryn belum pernah memiliki lagu sendiri dengan genre Pop Melayu seperti ini.
“Jadi saya sengaja cabar vokal beliau pada beberapa bahagian lagu dan sejujurnya bekerja dengan Noryn adalah sebuah penghormatan buat saya kerana dedikasi dan sikap rendah dirinya sepanjang kami bekerjasama,” katanya.
Bertindak sebagai Pengarah Muzik Khun:sa, Amylea juga mahu Kertas berdiri sendiri selepas drama tersebut habis ditayangkan atau menjadi sebuah lagu yang digemari tanpa seseorang pernah menonton naskhah tersebut di kaca televisyen.
“Kertas adalah sebuah lagu yang ‘dalam’ dan ‘berat’ dan ia dinyanyikan seperti mendodoi. Ia berbunyi nostalgik tetapi relevan kerana saya mahu apabila Khun:sa tamat ditayangkan atau buat sesiapa yang tidak pernah menonton drama ini, Kertas masih boleh berdiri sendiri sebagai sebuah lagu di pendengaran pendengar,” kata Amylea.