YaPEIM Mengumumkan Pendekatan Baharu Sumbangan ‘Direct Debit’ Melalui InfaqPay

AVvXsEiFtUFecsFvVikhVtsgEVQ197YgMlxU mhLjTCvLzAOKvuoe6mA LjML1D72foyQYkpGF3Hw5eHoxMxcFiwpD1ZfGF49U58GIkphMW5etPgKWrWHUYsGsENkeO2aj56ECMNQfm8XNAVzqHIcoI3sCL3pb6BFK329ss2IuOI0XVFHzU3kkeP0dvA 4NAAKM=w452 h398

Hari ini saya berbesar hati ingin mengumumkan satu pendekatan baharu yang telah YaPEIM ambil dalam menggalakkan masyarakat di negara kita untuk berinfak. Pendekatan dengan memperkenalkan sumbangan ‘direct debit‘ secara terus melalui pautan di laman sesawang https://infaqpay.my/go/yapeim ini dilihat mampu menarik lebih ramai individu mahupun kumpulan sasar berinfak secara berkala kepada YaPEIM serendah RM10.

Pendekatan baharu yang diambil YaPEIM ini sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu dengan mengambil kira faktor relevannya penggunaan telefon pintar dan Internet yang cukup meluas di negara kita. YaPEIM melihat amalan berinfak atau bersedekah ini seharusnya mempunyai pelbagai cabang pilihan serta kaedah untuk orang ramai melakukan amal kebajikan, dan ianya hanya perlu dipermudahkan seperti yang seperti dilaungkan komuniti global iaitu ‘dunia kini dihujung jari’.

Menyedari akan kepentingan infak masyarakat dalam melancarkan segala objektif penubuhan YaPEIM, maka saluran baharu ini diharap menjadi pilihan dan pemudah cara kepada masyarakat untuk mengejar saham akhirat masing-masing seterusnya menjadikan YaPEIM sebagai platform infak yang diyakini.

Platform baharu yang dikuasakan oleh InfaqPay ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada YaPEIM dalam menjadi peneraju kepada institusi amal jariah di Malaysia khususnya. Selain pendekatan sedia ada yang telah dilaksana seperti Rakan Strategik Infak (RSI) yang menggalakkan kakitangan kerajaan dan swasta menginfakkan gaji kepada YaPEIM, serta portal crowd funding Inspirasi Qaseh , platform ini diharap mampu meningkatkan dana Tabung Amanah YaPEIM yang diketahui ramai digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan seperti anak yatim, pelajar miskin, keluarga asnaf dan B40, dan lain-lain lagi.

Untuk makluman, sebelum ini YaPEIM memperuntukan sumbangan keseluruhan berjumlah RM2.7 juta bagi penganjuran Program Ihya’ Ramadan dan Aidilfitri untuk tahun ini yang merangkumi pelbagai program dan sumbangan seperti pemberian duit raya, agihan foodbank, penganjuran majlis berbuka puasa, agihan juadah berbuka puasa, Program Ziarah MADANI, Projek Pembangunan Komuniti YaPEIM, serahan bantuan Sinar Kasih, bantuan baju raya dan serahan Inspirasi Prihatin YaPEIM.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "YaPEIM Mengumumkan Pendekatan Baharu Sumbangan ‘Direct Debit’ Melalui InfaqPay" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment