Category: Music

  • Album Ramadan, Pelancaran 1445 DAQMIE

    Album Ramadan, Pelancaran 1445 DAQMIE

    Tarikh Pelancaran: 13 Februari 2024, Selasa Lokasi di Restoran Rebung Bukit Aman Masa: 2.00 – 4.00 Petang

    Daqmie Music Factory dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran album kolektif terbaru Daqmie, “Ramadan 1445.” Album ini akan dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Haji Ariffin bin Dato Haji Mohd Arif, pada 13 Februari 2024 di Restoran Rebung Bukit Aman dari jam 2.00 hingga 4.00 petang.

    Daqmie, seorang pemuzik yang berpengalaman sejak 1989, telah berkembang dari penyanyi kumpulan East menjadi seorang produser,sound engineer, penulis lagu, dan lirik yang disegani. Dengan kerjaya yang merentasi dekad, Daqmie telah memberikan sumbangan besar kepada industri nasyid, bekerja bersama kumpulan-kumpulan terkemuka seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, dan banyak lagi. Kejayaan beliau termasuk memenangi Anugerah IKIMFM dan menjadi pemenang utama Anugerah Industri Nasyid 2021.Beliau juga merupakan lulusan dari Universiti Utara Malaysia dalam bidang Creative Industry Management.

    Album “Ramadan 1445” ini adalah hasil cetusan antara Daqmie dan sahabatnya, Adi Pitang, dengan sokongan kuat dari Datuk Dr Haji Ariffin bin Dato Haji Mohd Arif, Menteri Sains Teknologi dan Inovatif Sabah, yang juga berperanan sebagai penerbit eksekutif bersama Puan Syarifah Durrah uzma Syed Jaffar Mohiuddin Shah. Album ini turut menampilkan kerjasama antara Daqmie dengan kumpulan Rabbani yang di kenali seluruh negara dan kumpulan Syahmura dari Sabah sebuah kumpulan yang mempunyai bakat yang hebat dan mempunyai masa yang panjang untuk mencipta kejayaan, memberikan suatu perpaduan unik dalam muzik dan lirik.

    Penerbitan album ini melibatkan beberapa nama besar dalam industri muzik termasuk Alfa Booty, Wan Saleh, Amin Nordin, dan Tam Cobain, dengan rakaman diadakan di studio-studio ternama seperti RML Studio, Rekaman Studio, dan Smart Audio Studio. Kulit album dihasilkan oleh Baam by Rampage Studioworks, sementara lagu dan lirik dicipta oleh Daqmie bersama Ito Lara, Ustaz Hafiz Nordin, Yusof Sabah, dan Yb Dato Dr Haji Arifin sendiri yang menggunakan nama penanya iaitu Mawar Arif dan Abu Sofia.

    Album ini merupakan langkah awal Daqmie Music Factory menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan pihak Yang Berhormat Dato Dr Haji Ariffin dalam mengembalikan semula kegemilangan nasyid di Sabah.

    Album ini mengandungi 18 keratan termasuk 10 doa dan 4 lagu dendangan penuh serta 4 minus one oleh Rabbani bersama Daqmie dan Syahmura, menawarkan suatu pengalaman spiritual dan emosional yang mendalam sempena bulan Ramadan. Sebagai tambahan, peminat akan berpeluang untuk menikmati music video lagu “Yang Dirindui” yang akan ditayangkan di YouTube Channel Daqmie Official pada 16 Februari 2024.

    “Ramadan 1445”  ditawarkan pada harga RM69.90 untuk 500 unit pertama. Untuk pembelian, sila hubungi melalui IG, TikTok, dan laman Facebook Daqmie.

    Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perayaan rohani ini melalui muzik yang memukau dan mendalam dari Daqmie dan rakan-rakan kolaborasinya.

    Senarai doa dan lagu lagu :

    1. Selawat ke atas Nabi
    2. Penghulu Istighfar
    3. Doa ibu bapa
    4. Doa Mohon Rahmat dari Allah
    5. Doa mohon kesempurnaan cahaya
    6. Doa mohon keampunan dan kebaikkan di Akhirat
    7. Doa agar diberikan keluarga bahagia
    8. Doa taubat dan mohon keberkatan dalam hidup serta kesihatan
    9. Doa agar keluarga taat mendirikan solat
    10. Doa agar di berikan kebaikkan dunia dan akhirat
    11. Rasul Junjungan ( Syahmura duet Daqmie)
    12. Ramadan ini (Daqmie)
    13. Bulan Kemuliaan (Daqmie feat Syahmura)
    14. Yang Dirindui ( Rabbani feat Daqmie)
    15. Rasul junjungan (minuso one)
    16. Ramadan ini (minus one)
    17. Bulan kemuliaan (minus one)
    18. Yang di rindui (minus one)

     

    SENARAI NAMA TETAMU & VIP

    MAJLIS SIDANG MEDIA DAQMIE RAMADAN 1445

    1 YB. DATUK DR HJ. MOHD. ARIFIN BIN DATUK HJ. MOHD. ARIF

    MENTERI SAINS, TEKNOLOGI & EXCO PENDIDIKAN SABAH (PERASMI)

    2 DATUK MALAI ALI BIN MALAI AHMAD

    Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah

    3 USTAZ MOHD. SIDIK BIN AWANG ADI

    Ketua penolong setiausaha kanan, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan tugas tugas Khas(Sabah)

    4 En. Ramlan Bin Awang Ali

    Setiausaha & ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah ( MUIS )

     

    5 Ustaz Jumain Bin Jikah @ Abdul Ghani

    Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( JHEAINS )

    6 Azmee Bin Abdul Manap ( Daqmie )

    Penyanyi, Komposer & pencipta Lagu & Lirik

    7 Kumpulan Rabbani
    8 Kumpulan Syahmura daripada sabah yang juga antara artis yang berkolobrasi dalam Album Daqmie Ramadan 1445.
    9 Kumpulan Fursan dari ATM Angkatan tentera Malaysia

    ( tetamu )

    10 Saudara Muhamad Razin Bin Che Mud

    Presiden Munsyid Malaysia

    11 Tetamu jemputan, Rakan rakan artis & wartawan

     

  • ‘Cinta Kayangan’ the most recent single by Razzuan Rosli.

    Razzuan Rosli’s artistic career as an actor has shown that he is talented enough to attract his own following. Indeed, the man who debuted with the Universal Music Malaysia single “Akur” in 2022 took a fresh chance on his singing career.

    One of his most treasured life experiences was the process of recording the first single. Razzuan now makes an appearance with the song Cinta Kayangan, which tackles the issue of blind love, after realizing how ingrained his singing career is. Razzuan cleverly explains how love is essentially a subjective concept in this song. “While it may seem subjective, love is truly blind. Because occasionally we meet folks in this life who we think are with us but are actually not. We therefore cannot wish to stay together or carry on that connection.

    Sometimes our perceptions of a connection may not match reality, and it could just be a fleeting one. Everyone should take note of this: not every meeting is fated to be held, nor should it be maintained,” he stated.

    In the song Cinta Kayangan, Razzuan takes his listeners on a profound journey to discover the true meaning of love with his golden voice and heartbreaking lyrics. “Why is this song’s named Cinta Kayangan? Because love is an expensive thing. It’s not as simple for us to understand the term love as it would be to understand ABC. “Because of that too, I try to convey a song with a message of love” .

    “The seed of love gave birth to us here on earth. The sense of love that entwined two individuals is another reason this earth exists. Thus, that’s one of the reasons I choose this song, Cinta Kayangan,” he remarked. Speaking about the Cinta Kayangan song’s music video, Razzuan explained that it explores the idea of making sacrifices in order to find happiness.

    “The message of this music video is that everything that gets in the way of a person’s happiness should be willingly let go of. Although it’s not easy, making sacrifices is a necessary step on the path to real happiness. I thus hope that this music video will inspire people to think critically and recognize the bravery and persistence it takes to make the sacrifices necessary to pursue their goals.

    For sure, Razzuan is hoping that Cinta Kayangan will be well welcomed by fans who will value the message that the song seeks to deliver.It is my genuine desire that the audience will embrace this Cinta Kayangan song with love and compassion. This song has a deeper meaning and a tale to be told in addition to being entertaining.

    The music video for Cinta Kayangan, which debuted exclusively on Universal Music Malaysia’s official YouTube page, may now be heard on all digital platforms, including Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer, and YouTube Music, as of January 26, 2024.

  • Pertaruhan Sabarlah Hati, Achik Asrain Bersama Nadia Rosli

    Pertaruhan Sabarlah Hati, Achik Asrain Bersama Nadia Rosli

    Dunia hiburan tanah air sentiasa meraikan kehadiran penyanyi dalam menonjolkan bakat mereka. Kewujudan pertandingan rancangan realiti televisyen melonjakkan industri muzik tempatan.

    Kehadiran bintang baharu ini melengkapkan lagi selera dan cita rasa peminat yang inginkan sesuatu yang segar untuk hiburan halwa telinga. Biarpun ada antaranya muncul dengan lagu bunyi 90-an, kelainan dari segi muzik itu masih menjadi keutamaan.

    Terbaharu, syarikat rakaman Universal Music mempertaruhkan dua bakat baharu yang memiliki paduan vokal mantap, Achik Asrain dan Nadia Rosli menerusi lagu duet berjudul Sabarlah Hati hasil ciptaan komposer terkenal, Eddie Hamid.

    Menurut Achik Asrain yang juga bekas peserta program Lagu Cinta Kita musim ketiga, ini adalah lagu duet pertama mereka selain menyifatkan ia kerjasama yang baik.

    Lagu ini menceritakan pasangan kekasih yang setia kepada pasangan sehingga membawa keretakan perhubungan yang tidak ikhlas sehingga membawa perpisahan diantara mereka. Hubungan baru yang didasari oleh kejujuran, pengertian, dan saling menghargai sebenarnya ada di depan mata mereka, hanya saja tersembunyi oleh kerumitan dan kebingungannya sendiri. Achik juga menghuraikan bahawa, lagu ini mengisahkan mengenai percintaan yang musnah akibat daripada pasangan yang tak menghargai, hanya bermanis- manis pada awal perhubungan dan ia sekadar hubungan yang penuh sandirawa dari kata-kata dusta.

    Achik meluahkan perasaan lega semasa proses rakaman lagu sangat berjalan lancar kerana dibantu oleh Eddie Hamid, seorang komposer yang cukup berpengalaman serta jurutera bunyi yang berpengalaman, Encik Amir. Proses menyiapkan lagu sangat baik dan tidak mengambil masa yang lama. Achik dan Nadia dibantu oleh individu yang memang berpengalaman dalam bidang mereka.

    Kru dan semua yang terbabit dalam penggambaran MV Sabarlah Hati ini bantu kami untuk lebih menjiwai karakter bagi menjayakan MV ini. Nadia berkata cabaran dilalui ketika proses menyiapkan lagu dan MV Sabarlah Hati adalah pengalaman berharga buat mereka. Nadia berkata, banyak perkara yang menghiburkan sewaktu bersama kru produksi sepanjang pembikinan MV ini. Dia berterima kasih pada semua yang terbabit kerana banyak membantunya. Ini merupakan satu memori yang dia takkan lupakan.

    Nadia berharap semoga lagu Sabarlah Hati dapat diterima ramai dan sekaligus melonjakkan nama mereka berdua dalam industri muzik. Semoga lagu ini dimainkan di corong radio serta di mana-mana platform digital.

    Lagu Sabarlah Hati sudah dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital pada 13 Oktober lalu. Muzik video juga boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

  • KONSERT SEMALAM DIADAKAN KETIKA TAHUN KE-55 PENUBUHAN SWEET CHARITY.

    KONSERT SEMALAM DIADAKAN KETIKA TAHUN KE-55 PENUBUHAN SWEET CHARITY.

    Melangkaui lima dekad pembabitannya dalam dunia muzik rantau ini, band legenda, Sweet Charity bakal kembali ke ibu kota, mengimbau nostalgia selepas kali terakhir muncul dalam sebuah konsert, 13 tahun lalu.

    Dianjurkan oleh Malaysia Shipowner’s Association, Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity yang berdurasi hampir tiga jam itu akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 26 Januari depan.

    Iaitu, di tahun ke-55 penubuhan Sweet Charity yang diterajui Datuk Ramli Sarip sebagai vokalis yang juga pengasasnya bersama Rahman Sarbani (dram), dan turut dianggotai Rosli Mohalim (gitar) dan Ahmad Jaafar (keyboard dan vokalis kedua).

    Ramli berkata, lamaran untuk Sweet Charity kembali ke Kuala Lumpur ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

    “Konsert ini ada nilai sentimental kerana ia diadakan di Kuala Lumpur selepas kali terakhir kami beraksi di Stadium Merdeka pada 2011 yang menjadi fenomena. Sesuatu seperti ini kadang hanya datang sekali, atau dua kali, ia tidak boleh selalu melainkan ada momen istimewa.

    “Sweet Charity dikenali dengan persembahan livenya, jadi pemilihan lagu yang tepat adalah penting. Selain bernostalgia, jangkakan sebuah persembahan yang segar kerana kami memiliki lagu-lagu yang boleh diolah, dibuat susunan baharu, termasuk antara 15 lagu dalam senarai all-time favourite seperti Batu, Kamelia, Teratai dan Zakiah.
    “Dan kenapa Semalam di Malaya? Judul yang nostalgia, zaman kami di Singapura, merentasi Johor menaiki bas, tanpa perlu pasport sebelum ada pemisahan negara. Banyak kenangan di situ,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

    Biar pun tidak kembali ke stadium, menurut Ramli, Zepp Kuala Lumpur dengan kapasiti 2,500 orang itu berupaya memenuhi jangkaan persembahan kerana lokasi itu ada formula untuk mendukung sesebuah konsert, daripada suasana ke akustiknya, malah chemistry.

    “Penganjur ini, saya lihat, mahu buat sesuatu yang mereka lalui, ketika mereka membesar, namun memberi kebebasan untuk kami mengekspresikan seni. Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity ini sememangnya tidak harus dilepaskan peminat.

    “Kerana Sweet Charity, persembahannya ada roh dan semangat yang tersendiri, seperti mana-mana band apabila sampai pada kedewasaannya. Mudah-mudahan persembahan kami lebih dewasa dengan perasaaan,” tambahnya.

    Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity merupakan sebuah produksi Rasa Karya, bersama Mewah Event Management sebagai rakan strategik, manakala ilassotickets bagi pengurusan tiket.“Sama tapi tak sama,” kata Ramli, merujuk perbandingan dengan konsert di Singapura, baru ini. “Persembahan di Kuala Lumpur kali ini lebih padat, malah ada peminat yang sudah menonton di Singapura, mahu ke Kuala Lumpur juga.

    “Gaya persembahan, tentunya akan memberikan kelainan kerana Sweet Charity ada aura tersendiri, kekuatan tersendiri. Orang sukakan Sweet Charity kerana persembahan livenya dan itulah yang menjadi kekuatan kami selama lebih 50 tahun ini.

    “Sweet Charity tidak begitu dipengaruhi oleh apa-apa kerana pada masa itu, pada era akhir 60an, tiada video, VHS pun tiada. Jadi kami mencipta identiti sendiri, membawa muzik rock, memberikan apa yang kami rasa, perasaan waktu membuat persembahan itu.”

    MENGENAI MALAYSIA SHIPOWNERS’ ASSCOCIATION (MASA)
    Malaysia Shipowners’ Association atau MASA ditubuhkan pada 1976 dengan objektif untuk melindungi dan mempromosi kepentingan pemilik-pemilik kapal Malaysia, juga sebagai peneraju dalam memperkasa Industri Perkapalan Malaysia yang berdaya maju bagi menyokong aspirasi kebangsaan untuk menjadi negara maritim utama di persada dunia.

    Dengan moto “Towards Maritime Excellence”, misi MASA adalah untuk membantu dalam pembangunan Industri Maritim Malaysia, selain berkolaborasi dalam usaha pembaikan standard maritim secara berterusan demi faedah bersama selain melindungi dan mempromosi kepentingan ahli.

    MASA yang mewakili industri perkapalan mengekalkan hubungan akrab dengan agensi kerajaan yang berkenaan seperti Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Bahagian Maritim Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Selain itu, MASA turut menjadi Ahli tetap dalam beberapa badan Kerajaan antaranya Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri (LPPDN), Lembaga Dius Api, Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) serta wakil industri beberapa Lembaga Pemaliman.

    Di bawah kepimpinan Pengerusi, Mohamed Safwan Othman, MASA menerusi Inisiatif Strategik menyaksikan pelbagai usaha sedang dilakukan, antaranya pengukuhan Perkapalan Domestik di Sabah, Sarawak dan Labuan melalui polisi perkapalan domestiknya, pemanjangan pengecualian cukai pendapatan dan lain-lain.

    Untuk Pengurusan, sila hubungi:
    Presenter: Mohd Helmi Zaharudin, Pengurus Besar, MASA – 014 3309857
    Konsert: Juria Banding, Pengurus, Rasa Karya Sdn Bhd – 013 2633938
    Media: Aida Husin, Pengurus, Mewah Event Management – 012 2166873

     

  • Zamaera Melancarkan Single Terbarunya Yang Berjudul ‘BIG FISH’

    Acara Queendom Fest yang merupakan festival muzik ‘all-female’ pertama di Malaysia telah berlangsung meriah di Lalaport. Penyanyi rap dan penulis lagu berbakat, Zamaera, meluncurkan single terbarunya yang berjudul ‘BIG FISH’. Lagu ini merupakan hasil karya Zamaera bersama dengan DJ dan penerbit musik asal Kuala Lumpur, Daaliah.

    “Pertemuan tidak tersangka bersama Daaliah telah menghasilkan sebuah single yang sungguh bermakna buat saya sebagai permulaan 2024, kerana saya rasa seperti ‘seekor ikan yang besar dalam kolam yang kecil’” jelas pemilik nama sebenar, Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen, 28 tahun.

    Sejurus kepulangan Daaliah dari siri jelajah muziknya di Eropah, Zamaera bertemu dengannya lalu berkongsi perasaannya sebagai anak seni di Malaysia yang sudah pun mencapai peringkat siling, luah Zamaera, “Sebenarnya agak sukar bagi saya sebagai seorang pengkarya untuk tampil dengan diri yang asli, menampakkan jiwa saya yang sebenar kerana norma di sini yang agak konservatif.

    “Saya seorang yang berfikiran terbuka, berani dan tidak mudah gentar jadi saya percaya saya akan lebih berkembang dalam kerjaya jika keluar dari zon selesa iaitu negara tersendiri dan lagu ini merupakan pengenalan buat saya sebagai artis ‘independent’ yang berusaha keluar dari ruangan selesa tersebut.

    Kongsi Daaliah, “Keseluruhan proses pembikinan single ini kaya dengan pengalaman berharga, Zamaera dan saya mempunyai persamaan di mana kami berdua adalah pengkarya ‘independent’, segala aspek dari penghasilan lagu ke rakaman muzik video dan pemsaran musik kesemuanya dilakukan penuh teliti, dan walaupun berdepan dengan cabaran, kami berjaya mengharunginya bersama-sama dan juga bekerja mengikut jadual.

    “Karya ini diilhamkan daripada sub-genre muzik elektronik house, yang terkenal pada awal 90-an dari UK dikenali sebagai ‘Garage’ atau singkatannya UKG. Beberapa artis terkenal yang membuat muzik Garage ialah Craig David, Jorja Smith dan Wiley untuk menamakan beberapa.

    Pelantun lagu ‘Kill My Vibe’ dan ‘Dulu’ ini sebenarnya lebih sibuk berbanding dahulu, katanya, “Pada tahun lepas saya lebih fokus dalam menjayakan festival muzik wanita ‘Queendom Fest’, bekerjasama dengan Tong Tong Asia dan Jln Hackman banyak membuka mata dan juga peluang, saya bersyukur menjadi penerima Dana Kandungan Digital melalui My Creative Ventures di bawah Kementerian Komunikasi & Digital.

    “Ini merupakan projek pertama saya sebagai penganjur acara dan secara keseluruhannya, ia adalah kemenangan besar dan kami telah berjaya dalam menaikkan dan menyokong kalangan wanita kreatif. Walaupun ia jauh dari sempurna dan banyak pengajaran telah dipelajari sepanjang perjalanan, sejujurnya saya merasakan ia pastinya salah satu pengalaman terbaik yang saya alami dalam hidup setakat ini.

    “Menganjurkan sebuah acara dengan 10 orang artis wanita bukanlah sesuatu yang mudah tetapi perjalanan tersebut mengajar saya keluar dari ‘zon selesa’ yang saling berkaitan dengan keluaran BIG FISH.

    “Single BIG FISH turut dipersembahkan ketika acara tersebut walaupun terlebih dahulu diperdengarkan di Axean Festival di Singapura dan sambutannya amatlah memberangsangkan, ramai yang sukakanya dan saya tidak sabar untuk lagu ini dilancarkan secara rasmi!

    Sebagai artis bebas yang tidak terikat di bawah mana-mana label pasti ada cabarannya tersendiri, katanya, “Cabaran terbesar sebagai artis ‘independent’ setakat ini adalah membentuk sebuah pasukan yang jitu, kerana dengan pelbagai projek yang mendatang saya tidak menang tangan.

    “Buat masa sekarang, saya hanya bekerja dengan para profesional berdasarkan sesebuah projek, tapi tidak berpanjangan. Saya seorang yang sangat mudah menyesuaikan diri tetapi apabila ia berkaitan dengan team saya, saya perlu sangat yakin dengan siapa saya mengamanahkan kerja saya. Walaupun prosesnya mungkin lebih lama, ia benar-benar berbaloi.”

    Zamaera turut berkongsi cerita pengalaman bekerja dengan pengarah kreatif video muziknya, katanya, “MV BIG FISH diarahkan oleh sutradara Hafreez Amminuddin dari House of Karyawan, kami bertiga (termasuk Daaliah) berhempas pulas memerah idea sehingga tidak tidur malam, kerana segalanya kami lakukan sendiri dan mahukan yang terbaik untuk peminat. Hafreez atau lebih dikenali sebagai @freezforshort di Instagram, mempunyai pendekatan hebat menggayakan dua artis itu bersama semua pereka fesyen Malaysia yang terdiri daripada Kittie Yiyi, Amanda Brown, Behati, Uzair, S7WNZ. “Terima kasih juga kepada rakan-rakan kami di Kloe Hotel dan Shuang Xi kerana menjadi penaja tempat rasmi untuk penggambaran video muzik kami dan kerana mempercayakan visi kami untuk menjadi nyata”.

    Apa yang lebih menarik ialah kerjasama jenama dengan Vuse Street Covers, platform antarabangsa yang menonjolkan artis tempatan seperti saya dalam usaha memecah sempadan. “ Pelancaran muzik video premiere party ‘Big Fish’ rasmi yang disampaikan oleh VSC akan berlangsung pada 24 Februari di lokasi rahsia dan menampilkan 6 artis tempatan. Acara ini adalah melalui jemputan sahaja namun peminat boleh berpeluang memenangi tiket melalui pengumuman khas di media sosial Zamaera dan Daaliah.

    Di tanya apa yang kita boleh jangkakan dari Zamaera dalam tahun 2024, jawabya dengan teruja: “Saya bakal bekerjasama dengan sebuah label bertaraf antarabangsa, menghasilkan sebuah album penuh, siri jelajah dunia dan juga Queendom Fest 2.0! Bersedia untuk muzik baharu dan era baharu Zamaera”. Bagi Daaliah, “Sudah tentu lebih banyak muzik baharu (akhirnya) dan rancangan baharu di bandar baharu yang belum pernah saya kunjungi sebelum ini”.

    Lagu ‘BIG FISH’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music, manakala MV boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Zamaera.

    ‘BIG FISH’ kini tersedia untuk penstriman di semua platform penstriman digital seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music, YouTube Music dan lain-lain dan tersedia untuk dimuat turun di iTunes.