Category: Music

  • Himpun Artis Ternama “Loop Music Festival

    Himpun Artis Ternama “Loop Music Festival

    LOOP MUSIC FESTIVAL akan meraikan perjalanan muzik yang berulang-ulang melalui masa dan zaman dengan menghimpunkan lagenda-lagenda ikonik negara bersama pendominasi carta muzik tempatan.

    Pada 11 Mei 2024, Axiata Arena Bukit Jalil akan diserikan dengan kepelbagaian genre muzik yang menakjubkan. Dari nuansa mendalam pop, balada yang menyentuh jiwa, getaran hebat rock, irama Malaysia yang memperkaya warisan, kreativiti yang merdeka dari genre indie, dan sehinggalah sentuhan alunan dangdut yang mengasyikkan peminat muzik yang hadir.

    Antara barisan artis terkenal tanah air yang bakal mengisi perjalanan LOOP MUSIC FESTIVAL ialah Datuk Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, XPDC, Masdo, Insomniacks, Amelina, Noraniza Idris dan Sufian Suhaimi.

    Tidak ketinggalan Aisha Retno, Ronnie Hussein, Nadeera Zaini, Usop, Lucidrari, Disko Santan (Codogg & Awyn) dan Arish Mikael.

    LOOP MUSIC FEST yang dibawakan secara eksklusif oleh RJ Sales Sdn. Bhd akan berlangsung dari jam 2 petang sehingga 11:30 malam. Penganjuran acara ini pastinya akan menjadi titik tumpuan bagi peminat muzik yang ingin menghayati nostalgia dan inovasi dalam satu acara yang epik.

    Penerbit LOOP MUSIC FEST Rosix Omar berkata, fenomena penganjuran festival muzik kini menjadi satu trend yang semakin berkembang dan digemari.

    Menurutnya, adalah amat penting untuk merancang festival ini dengan teliti bagi memastikan kelangsungannya dalam jangka masa panjang.

    “Kami begitu teliti dalam pemilihan artis, kerana barisan artis yang dipilih adalah berdasarkan tema dan konsep LOOP MUSIC FESTIVAL itu sendiri. Bukan sahaja mewakili era dan masing-masing, malah mereka ini juga barisan artis yang mendominsi carta muzik tanah air. Tidak boleh dinafikan barisan artis yang ditampilkan memiliki aura dan pengaruh yang kuat dan memberi impak yang berkekalan sehingga kini,” katanya.

    Tambah Rosix Omar lagi, LOOP MUSIC FESTIVAL bukan sekadar festival muzik ‘indoor’ biasa, tetapi sebuah peristiwa yang akan mengumpulkan lebih dari 11,000 peminat muzik tempatan dalam satu tempat.

    “Dengan antusiasme yang tinggi, saya percaya bahawa acara ini akan menjadi penanda aras untuk komuniti muzik tempatan serta menjadi platform yang unggul untuk memperkenalkan bakat-bakat baru dan menonjolkan kepelbagaian genre muzik.”

    “Kami berusaha untuk menyajikan persembahan dan pengalaman muzik yang terbaik untuk penonton yang hadir dengan menyatukan artis-artis hebat diatas satu pentas.

    “Dengan kehadiran barisan artis yang mengagumkan dan durasi persembahan yang telah diatur, pihak penganjur yakin bahawa nilai tiket sungguh berbaloi. Tambah lagi, festival ini bakal diadakan di lokasi yang memberikan keselesaan kepada mereka yang hadir,” katanya.

     

    INFO LOOP MUSIC FEST Dikuasakan oleh AirAsia & Tune Group.

    • Tarikh: 11 Mei 2024
    • Masa: 2 petang-11.30 malam
    • Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil
    • Tiket: ticket2u.com
    • Harga tiket: RM168 (Black Zone), RM178 (White Zone), RM258 (Fly Zone), RM278 (Red Zone) dan RM478 (Tune Zone)
  • “MASIHKAH ADA RASA ITU?” PENUTUP PENANTIAN EMPAT TAHUN MISHA OMAR.

    Sebagai seorang penyanyi yang mengutamakan kejujuran dan kecemerlangan dalam mencipta karya, Misha Omar sangat berhati-hati serta teliti dalam memilih lagu untuk memastikan hasil karyanya diterima oleh ramai, dan mampu kekal relevan dan berdaya tahan sepanjang masa.

    Lantaran itu, penyanyi kelahiran Kelantan berusia 42 tahun tersebut tidak pernah sesekali mengeluh, meskipun terpaksa menanti lama kerana percaya, penantian panjangnya itu bukan sesuatu yang sia-sia.

    Hampir empat tahun tanpa single terbaru selepas kemunculan Tanpa Rela pada Ogos 2020, kelahiran Masihkah Ada Rasa Itu? merungkai segala keresahan dan persoalan peminat yang sentiasa mendambakan buah tangan terbaru daripadanya.

    Bakal diperdengarkan kepada umum di semua platform muzik bermula 1 Mac 2024, Masihkah Ada Rasa Itu? menyaksikan Misha kembali bekerjasama dengan komposer Sharon Paul yang pernah mencetus fenomena menerusi Sampai Bila, enam tahun lalu.

    “Kesempurnaan sesebuah komposisi tidak semata-mata bergantung kepada kekuatan melodi dan lirik, malah penghayatan penyanyi turut memainkan peranan penting untuk membawa lagu tersebut terus ke depan.

    “Sebagai penyanyi yang sudah lama berada dalam industri, peminat sedia maklum akan kekuatan dan kekurangan saya. Justeru, saya mencari sebuah karya yang dapat membantu dan pada masa sama, menyerlahkan lagi kekuatan serta kematangan saya.

    “Sepanjang empat tahun itu, saya berusaha mencari di samping mengkaji keberagaman lagu pop yang dihasilkan penyanyi lain untuk disesuaikan selera peminat masa kini. Bertitik tolak dari situ terlahirnya Masihkah Ada Rasa Itu?,” katanya.

    Sinonim dengan karya balada, Misha bersama Sharon dibantu Datuk Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal berusaha menyuntik sedikit nuansa baharu dalam gaya penyampaiannya tanpa sesekali membelakangkan identiti yang sudah sebati dengan dirinya.

    Misha menyifatkan Masihkah Ada Rasa Itu? yang liriknya ditulis oleh Que Afiq dan ia juga merupakan hasil kolaborasi bersama dua syarikat rakaman yang amat gah di Malaysia, Sony Music Entertainment Malaysia dan Alternate Records Sdn Bhd menjadikan karya itu lebih ringan dari sudut penceritaannya berbanding karya terdahulu seperti Bunga-Bunga Cinta, Pulangkan dan Sampai Bila.

    Namun, akui Misha, Masihkah Ada Rasa Itu? tetap menuntut penghayatan emosi tersendiri, sekali gus memberinya cabaran baharu kerana perlu bijak mengimbangi permainan rasa ketika menyampaikan lagu tersebut.

    “Misha Omar dikenali ramai sebagai penyanyi balada yang sarat emosi. Tetapi, Masihkah Ada Rasa Itu? pula menuntut saya menjadi sebaliknya apabila memerlukan saya untuk mengakali emosi tatkala menyampaikan lagu itu supaya tidak terlalu larut dalam perasaan.

    “Lagu ini membawa pendengar terkenang perkara yang sudah berlalu, namun masih belum dilepaskan sepenuhnya. Saya bersyukur dengan bantuan Syafinaz, tuntutan lagu itu dapat saya sampaikan dengan baik,” katanya.

    Akur ramai pasti mengharapkan kolaborasi terbarunya bersama Sharon itu mengulangi pencapaian cemerlang yang dilakar Sampai Bila, Misha bagaimanapun enggan dirinya dibebani harapan besar itu.

    “Saya bukan seorang yang cerewet, malah tidak pernah sesekali memberi tekanan kepada Sharon untuk menghadirkan magis dalam ciptaannya. Saya realistik, malah sentiasa percaya, kejayaan sesebuah karya turut berkait rapat dengan rezeki.

    “Apa yang dapat saya katakan, sentuhan Sharon mempunyai satu sisi yang dapat menyentuh hati sesiapa yang mendengar lagu ciptaannya. Sebagai komposer, Sharon sangat istimewa kerana mempunyai kelebihan itu,” katanya.

    Berterima kasih kepada Sharon yang banyak memberinya dan Syafinaz kebebasan dalam mewarnakan cara penyampaian Masihkah Ada Rasa Itu?, Misha mengakui, berdepan debaran yang sukar diungkapkan ketika melangkah ke studio rakaman.

    Dia sentiasa berasakan dirinya seperti kali pertama memasuki studio rakaman, meskipun sudah terbiasa dengan suasana ketika proses rakaman berlangsung.

    “Saya seperti berada dalam dewan peperiksaan penting kerana proses merakamkan lagu baharu membentangkan pengalaman dan perjalanan berbeza untuk setiap penyanyi.

    “Sharon dan Syafinaz banyak membantu mententeramkan perasaan saya sepanjang proses rakaman berlangsung. Sebagai komposer, Sharon begitu memahami dan sentiasa memberikan kata-kata semangat.

    “Situasi itu mengingatkan saya supaya sentiasa berpijak di bumi nyata. Saya tidak pernah anggap diri sebagai yang terbaik. Malah, kekurangan yang ada mendesak saya supaya sentiasa memburu dan menggali ilmu untuk terus memperbaiki diri,” katanya.

    Masihkah Ada Rasa Itu? bakal menjadi lagu tema drama bersiri, Wanita Syurga lakonan Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Riena Diana dan Nazim Othman yang akan menghiasi slot Akasia di TV3 atau saluran 103 jam 7 malam dan platform penstriman, iQIYI jam 8 malam, satu jam selepas siaran TV3 sepanjang Ramadan nanti.

    ‘Masihkah Ada Rasa Itu?boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

  • DATO’ SRI ALHA ALFA LANCAR LAGU TERBAHARU ‘CINTA AGUNG’

    Single terbaharu ‘CINTA AGUNG‘ adalah kolaborasi antara usahawan produk kecantikan terkenal tanah air, Dato’ Sri Alha Alfa, dan pelakon terkenal Zara Zya yang dilancarkan pada 28 Disember lalu merupakan nukilan dari penyanyi-penulis lagu berbakat Yuka Kharisma, Senna, dan Daniesh Sufian.

    Ditanya mengenai perkembangan terkini tentang dirinya, Dato’ Sri Alha Alfa berkata, “Alhamdulillah diatas kelahiran single duet ini bersama Zara Zya, selain sedang sibuk dengan persiapan menjelang AJL38 (Anugerah Juara Lagu ke-38) tidak lama lagi, persiapan diri, termasuk juga pelancaran produk terbaharu jenama Alha Alfa.

    Single CINTA AGUNG yang dilancarkan kira-kira dua bulan lalu sudah pun memperoleh hampir 110,000 tontonan di YouTube, kongsi Dato’ Sri dalam nada penuh keterujaan, “Syukur diatas sambutan yang amat baik oleh pendengar, rata-rata memberikan komen yang positif kerana mereka sukakan karya daripada kami berdua yang bukannya dari kalangan penyanyi profesional tetapi saya yakin lagu ini mampu memberi ketenangan dan semangat buat halwa telinga orang yang mendengarnya.

    “Diantara komen yang saya terima adalah lagu ini memberi pengajaran serta semangat, terutama buat mereka yang berada dalam perhubungan untuk menyayangi serta mencintai seseorang bahawa tiada kesempurnaan dalam percintaan.

    Selain single, Dato’ Sri juga aktif menceburkan diri dalam bidang seni seperti nyanyian, sekadar ingin mencuba nasib, beliau sememangnya mempunyai bakat seni yang semula jadi, dan lagu ini mempunyai maksud yang istimewa buat dirinya sendiri, tambah Dato’ Sri lagi, “Dalam hidup pasti akan ada orang lain yang menyayangi kita dalam diam dan tiada cinta yang sempurna melainkan cinta yang Maha Agung.

    “Cinta saya kepada Zara Zya hanyalah sebagai sahabat baik kerana kami mengenali hati budi masing-masing selain menghargai bakat yang dikurniakan oleh Tuhan, lagu ini akan kami simpan sebagai kenangan untuk masa depan kami berdua, dan mungkin dengan cara ini kami lebih menghargai hubungan persaudaraan ini.

    Lagu ‘CINTA AGUNG’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. Manakala video muzik single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Alha Alfa.

    Akhiri Dato’ Sri: “Saya berharap agar lebih ramai yang mendengar dan menyokong lagu ini, semoga ia memberi impak yang baik pada diri, dan sentiasalah bersemangat untuk meneruskan kehidupan cinta kita semua.

  • 8,000 Orang Menikmati Konsert The Rock Emperor Penang “Chapter Sukses” Wings Bakal Ke Pantai Timur

    8,000 Orang Menikmati Konsert The Rock Emperor Penang “Chapter Sukses” Wings Bakal Ke Pantai Timur

    Di Spice Arena di Bayan Baru, Pulau Pinang, Wings kumpulan terkenal itu kembali ke rumahnya. Persembahan Wings yang mantap dinikmati oleh kira-kira 8,000 peminat rock.

    Aksi pembukaan konsert Wings The Rock Emperor Penang Chapter dengan persembahan ala teaterikal disambut dengan jeritan hangat peminat yang tidak sabar menanti persembahan kumpulan rock otai itu.

    Apabila Datuk Awie, Eddie, Black, Edrie serta Syam melangkah masuk ke pentas utama, penonton semakin menggila dan Wings pun mula memacu langkah memulakan persembahan dengan lagu Romania, Jumpa Hilang dan Lubuk Pusing.

    Deretan lagu popular seperti Bujang Senang, Bernafas Dalam Lumpur, Peronda Jaket Biru, Sayap Ilusi, Hukum Karma, Ingatkan Dia, Rantai, Nurnilam Sari, Opera Hidup, Awang Trasher dan Lipas Kudung membuatkan penonton tenggelam dalam kelunakan vocal memukau Awie yang dilengkapkan dengan persembahan muzik mengasyikkan semua anggota Wings.

    Wings juga sempat memuatkan enam lagu popular iaitu Biarkan Berlalu, Intan Ku Kesepian, Belenggu Irama, Anugerah, Misteri Mimpi Syakilla dan Taman Rashidah Utama dalam sebuah persembahan medley.

    Menariknya, Wings juga sempat membawakan lagu-lagu tribute yang mempopularkan nama Awie sebagai penyanyi solo iaitu Bara dan Dipenjara Janji yang turut dipersembahkan dengan lagu Like Hell, nyanyian asal kumpulan Loudness.

    Wings juga tidak lupa untuk mendedikasikan untuk saudara di Palestin, Allah Allah Aghisna diiringi dengan doa ikhlas memohon kesejahteraan mereka di sana.

    Dalam pada itu, kumpulan otai itu turut berkongsi bingkisan perancangan mereka untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain.

    “Insya-Allah, kami mempunyai beberapa perancangan untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain. Setakat ini, semuanya dalam perancangan dan kini, kami sudah merisik dua lokasi di bahagian sana.

    “Kami mahu datang dengan kelainan dan mempunyai perancangan untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain. Industri muzik kita sekarang meriah dengan konsert, tetapi banyak persembahan tertumpu di kawasan Lembah Klang. Jadi, kami memilih untuk menghiburkan peminat di lokasi lain.

    “Jika tiada aral, konsert bakal berlangsung di Pantai Timur dan kami menjangkakan ia bakal menjadi kenyataan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Doakan semua perancangan kami untuk membawa The Rock Emperor ke destinasi lain berjalan lancar,” kata Awie.

    Dihoskan oleh penyampai radio Kool 101, Haiza, Wings The Rock Emperor Penang Chapter adalah susulan kejayaan persembahan mega dengan konsep sama di Singapura dan Shah Alam.

  • Liza Hanim Releases Captivating Single “Takdir Itu Milik Aku,” Inspired by Unyielding Fate

    Liza Hanim, the luminary behind hits like ‘Gelisah Mimpi,’ continues to enrapture audiences with her latest musical endeavour, “Takdir Itu Milik Aku.” Fresh from her mesmerising performance at the “Liza Hanim 27 Years Journey In Concert” held at Zepp Kuala Lumpur, where she showcased her illustrious career, Liza Hanim sets the stage ablaze once more with her poignant new single.

    “Takdir Itu Milik Aku” isn’t just any song; it’s the official soundtrack for the upcoming drama of the same name, soon to grace the screens of Astro Ria. Liza Hanim divulges that the song echoes the poignant journey of individuals navigating their predestined paths, finding solace in surrendering to the divine plan. She shares, “Every trial, every tribulation, is a thread in the tapestry of destiny woven by Allah. Embracing our fate becomes inevitable as we journey through twists and turns.”

    Liza Hanim’s decision to lend her voice to “Takdir Itu Milik Aku” was instinctive, driven by the song’s magnetic melody and profound lyrics. She explains, “The melody and lyrics of this song are truly one-of-a-kind. Its simplicity and catchy chorus make it unforgettable, resonating deeply with listeners.” Despite encountering hurdles during the production process, the outcome is a testament to her unwavering dedication.

    Set against the backdrop of the compelling drama, “Takdir Itu Milik Aku” narrates the trials of Dian Zara, a resilient soul whose life is a tumultuous journey shaped by fate’s capricious hand. From familial strife to forced marriage and the challenges of motherhood, Dian’s resilience shines as she confronts adversity head-on. Featuring a stellar cast, including Emma Maembong, Aiman Hakim, and Liza Abdullah, the drama promises to captivate audiences with its poignant narrative and powerful performances.

    This will be the 8th drama adaptation from Siti Rosmizah’s 12th successful book; she is an author, producer, and lyricist among the many hats she wears. Among those are “Andai Itu Takdirnya,” “Cinta Kau dan Aku,” “Lafazkan Kalimah Cintamu,” “Rindu Awak Separuh Nyawa,” and “Dia Imamku”, to name a few.

    “Takdir Itu Milik Aku” is more than just a song; it’s a melodic reflection of life’s intricate dance between fate and free will. Available for download on iTunes and streaming on Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, and YouTube Music, Liza Hanim’s latest single invites listeners to embark on a journey of self-discovery and surrender to destiny’s embrace. Don’t miss the chance to experience the magic of “Takdir Itu Milik Aku” as it reverberates through hearts and souls.

    Credits: 

    Artist: Liza Hanim

    Title: Takdir Itu Milik Aku

    Producer: Rudy Nastia

    Composer: Ejai Aziz & Kelana

    Lyricist: Siti Rosmizah

    About Liza Hanim: 

    Haliza Hanim Abdul Halim, also known as Liza Hanim, is a Malaysian singer-songwriter, actress and businesswoman. Starting her career in the Malaysian music industry at the tender age of 17, Liza Hanim forged her name as one of Malaysia’s best singers in the 2000s, alongside other famous vocalists such as Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah and Misha Omar.

    Liza Hanim has won multiple awards, including the Best Vocals Award at the 17th Anugerah Juara Lagu in 2003. Known for her hit songs such as “Siapa Sangka Siapa Menduga”, “Andaiinya Aku Bersuara”, “Gelisah Mimpi”, “Ku Teruskan “, and “Treat Hidden Wounds”, Liza Hanim has also achieved success with seven studio albums and five compilation albums.

    About Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd: 

    Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd is a subsidiary of Sony Music, the world’s largest music entertainment group, operating in Malaysia. The company owns over 200 music labels and has a presence in more than 50 countries and territories, making it a significant player in the global music industry. Boasting a diverse repertoire, Sony Music has curated an impressive array of music and related products, encompassing nine influential genres, including pop, rock, dance, alternative, hip-hop, jazz, classical, country, and new music. With a commitment to fostering cross-cultural musical exchange, Sony Music Group endeavours to bring the finest in global pop music to Malaysian audiences, all while actively nurturing, amplifying, and showcasing local talents on the international stage.