Category: Informasi

Informasi bantuan kerajaan, GKP, BKM, bantuan kewangan, BPN dan pelbagai lagi.

  • Semakan Status Permohonan Pencen

    Semakan Status Permohonan Pencen

    Status Permohonan Pencen. Semakan Status Permohonan Pencen untuk penjawat awam yang akan mencapai tarikh persaraan atau membuat persaraan pilihan, sudah semestinya ingin mengetahui cara permohonan dan semakan status permohonan pencen. Kepada penjawat awam yang berpencen tidak lama lagi, kami akan kongsikan cara untuk membuat semakan permohonan pencen.

    STATUS PERMOHONAN PENCEN

    Untuk membuat permohonan pencen atau persaraan, penjawat awam mempunyai 2 pilihan utama persaraan iaitu :

    1. Persaraan Wajib
    2. Persaraan Pilihan

    Persaraan Wajib

    1. Pegawai / pekerja yang berpencen dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam
    2. Tidak perlu membuat permohonan kerana ini adalah persaraan wajib kerana cukup umur bersara mengikut opsyen yang dipilih

    Persaraan Pilihan

    1. Telah disahkan dalam jawatan
    2. Telah diluluskan Pemberian Taraf Berpencen
    3. Berumur 40 tahun dan ke atas
    4. Mempunyai Tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira
    5. Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan
    6. Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja)
    7. Hantar ke permohonan bertulis kepada pihak Sumber manusia jabatan dalam tempoh satu tahun sebelum tarikh persaraan pilihan.

    PERMOHONAN PENCEN DAN GANTIAN CUTI REHAT

    Untuk permohonan pencen wajib dan pilihan, borang permohonan boleh didapatkan melalui pautan ini [Klik Disini]

    PERANAN BAKAL PESARA

    Sekiranya anda ingin bersara/pencen, berikut adalah tanggungjawab anda:

    • Menyemak rekod perkhidmatan dan cuti bagi memastikan ianya telah di kemaskinikan
    • Buat opsyen memilih tempoh perkhidmatan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
    • Buat pengakuan ahli Kumpulan Wang Simpanan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
    • Sediakan salinan kad pengenalan, sijil nikah/cerai (jika berkenaan) dan surat beranak anak-anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin (bagi anak cacat, tiada had umur di tetapkan. Dapatkan laporan perubatan bagi mengesahkan keadaan tersebut)-JPA.BP.UMUM.B04.
    • Isi Borang JPA.BP.SPPP.B01a dengan membuat rujukan kepada Ketua Jabatan mengenai bank-bank yang menyertai Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank;
    • Lengkapkan dan tandatangan Borang JPA.BP.SPPP.B01a dan pastikan alamat yang diberi adalah alamat tempat tinggal selepas bersara.
    • Pastikan akaun cukai pendapatan/pinjaman perumahan adalah kemaskini dan selesaikan hutang Kerajaan lain
    • Memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan bagi melengkapkan kertas-kertas persaraan; dan
    • Pastikan Ketua Jabatan mengemukakan kertas-kertas persaraan kepada Bahagian Pencen JPA mengikut jadual masa yang ditetapkan.
    • Ringkasan fungsi dan tanggungjawab antara jabatan mengurus, bakal pesara, bank dan agensi lain dengan Jabatan Perkhidmatan Awam.

    75,352 pesara terima RM500 mulai esok

    SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PENCEN

    Untuk membuat semakan status permohonan pencen, berikut adalah caranya:

    1. Layari pautan JPA : [Klik Disini] 
    2. Masukkan No Kad Pengenalan anda dan tekan Semak
    3. Status urusan permohonan anda akan terpapar
    4. Selesai

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai semakan status pencen, anda boleh layari laman web rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA di pautan ini [Klik Disini]

    Klik Disini Untuk lagi informasi baru dan terkini untuk anda

  • Apa Itu Varian Omicron COVID-19

    Apa Itu Varian Omicron COVID-19

    Apa Itu Varian Omicron COVID-19. Orang ramai di seluruh dunia bimbang tentang varian Omicron COVID-19 yang telah mula merebak dengan pantas dan lebih merbahaya dari varian-varian sebelum ini.

    VARIAN OMICRON COVID-19

    Varian Omicron bagi COVID-19 atau nama saintifik nya VIRUS B.1.1.529 telah dipanggil sebagai varian kebimbangan oleh WHO berdasarkan bukti bahawa ia mempunyai beberapa mutasi yang mungkin memberi kesan kepada cara ia berkelakuan. Masih terdapat ketidakpastian yang ketara mengenai Omicron dan banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk menilai risiko penularan, keterukan dan jangkitan semulanya.

    What we know about the Omicron COVID-19 variant so far

    Varian baharu seperti Omicron adalah peringatan bahawa pandemik COVID-19 masih belum berakhir. Oleh itu, adalah penting untuk orang ramai mendapatkan vaksin apabila tersedia untuk mereka dan terus mengikuti nasihat sedia ada untuk mencegah penyebaran virus, termasuk penjarakan fizikal, memakai topeng, kerap mencuci tangan dan memastikan kawasan dalam rumah mempunyai pengudaraan yang baik.

    VAKSIN COVID-19 BERKESAN TERHADAP VARIAN OMICRON?

    Penyelidik sedang mengkaji sebarang potensi kesan varian Omicron terhadap keberkesanan vaksin COVID-19. Walaupun maklumat masih terhad, WHO percaya andaian munasabah bahawa vaksin yang tersedia pada masa ini menawarkan beberapa perlindungan terhadap penyakit yang teruk dan kematian.

    Ia juga penting untuk divaksinasi untuk melindungi daripada varian lain yang beredar secara meluas, seperti Delta one. Apabila tiba giliran anda, pastikan anda mendapat vaksin. Jika vaksinasi anda melibatkan dua dos, adalah penting untuk menerima kedua-duanya untuk mendapat perlindungan maksimum.

    BAGAIMANA MENCEGAH JANGKITAN OMICRON COVID-19?

    Unutk mencegah penularan wabak Omicron Covid-19 ini memerlukan beberapa langkah penting untuk mengelakkan anda dan keluarga dijangkiti seperti :

      1. Pakai topeng yang menutup hidung dan mulut anda
      2. Pastikan tangan anda bersih apabila anda memakai dan tanggalkan topeng anda.
      3. Jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.
      4. Elakkan ruang pengudaraan yang buruk atau sesak.
      5. Buka tingkap untuk meningkatkan pengudaraan di dalam rumah.
      6. Basuh tangan anda dengan kerap.
      7. Apabila tiba giliran anda, dapatkan vaksin. Vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh WHO adalah selamat dan berkesan.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Varian Omicron COVID-19, Anda boleh terus ke laman web rasmi UNICEF di pautan [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi informasi, semakan dan permohonan untuk anda.

  • BKC Fasa 3 Pada Disember 2021

    BKC Fasa 3 Pada Disember 2021

    BKC Fasa 3 Pada Disember 2021. Pembayaran BKC fasa kedua telahpun selesai. Kini tiba pula pembayaran BKC fasa 3. Untuk pembayaran BKP Fasa 3 Disember ini, kategori B40 akan menerima bayaran mengikut jadual dan jumlah yang telah ditetapkan.

    BKC FASA 3 PADA DISEMBER 2021

    Pada fasa sebelum ini, hanya kategori miskin sahaja yang akan menerima bayaran. Berbeza bagi fasa yang terakhir ini, ataupun fasa 3. Bantuan dan bayaran kepada kategori isi rumah kategori miskin dan B40.

    BKC fasa 3 dijangka akan dibayar kepada semua penerima pada bulan Disember 2021. Tarikh rasmi akan diumumkan pada masa terdekat.

    JADUAL DAN JUMLAH BAYARAN BKC FASA 3 PADA DISEMBER 2021

    bkc fasa 3

    Daripada jadual di atas, dapat kita simpulkan bahawa pembayaran adalah untuk mereka yang;

    • Isi rumah miskin : Bayaran RM300
    • Isi rumah B40: Bayaran RM300

    Seramai 3.8 juta penerima akan mendapat manfaat daripada pembayaran BKC fasa 3. Mereka adalah dari golongan B40 dan miskin yang berkerluarga.

    SEMAKAN STATUS BKC FASA 3

    Untuk membuat semakan status bkc fasa 3 pada Disember 2021 ini adalah dengan melayari portal rasmi di [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi informasi berkaitan semakan dan permohonan untuk anda.

  • Diskaun Saman Trafik Disember 2021

    Diskaun Saman Trafik Disember 2021

    Diskaun Saman Trafik Disember 2021. Pada bulan Disember ini, pihak Polis Diraja Malaysia telah membuka kaunter bayaran saman dan memberikan diskaun sehingga 50% (mengikut jenis saman) dan tarikh pemberian diskaun bayaran saman ini adalah mengikut negeri tertentu :

    DISKAUN SAMAN TRAFIK DISEMBER 2021

    Diskaun saman trafik mengikut negeri yang terlibat :

    PERLIS

    Tarikh diskaun : 1 – 5 Disember 2021

    Pengurangan 50% Untuk Semua Jenis Saman Kecuali :

    1. Saman kemalangan
    2. Tidak Boleh Dikompaun (NC)
    3. Saman dalam perbicaraan
    4. Saman berstatus waran thun semasa / status mahkamah
    5. Saman berkaitan lori

    Kaedah Pembayaran :

    Bagi mendapatkan potongan saman ini 50%, pengguna perlu membuat bayaran secara manual di semua kaunter JSPT IPK Perlis, Arau dan Padang Besar.

    SARAWAK

    Tarikh diskaun : 1 – 14 Disember 2021

    Diskaun 50% untuk semua jenis saman KECUALI :

    1. Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
    2. Lorong Kecemasan
    3. Potong Secara Memberhaya
    4. Potong di Garisan Berkembar
    5. Kemalangan
    6. Dalam Perbicaraan
    7. Tidak Boleh Kompaun
    8. Kesalahan Berkaitan Lori
    9. Pengubahsuaian Ekzos

    Pastikan anda mengamalkan penjarakan sosial dan memakai Face Mask semasa berurusan di Kaunter Pembayaran.

    KELANTAN

    Tarikh diskaun : 15 – 30 November 2021

    Bermula 15 hingga 30 November 2021 seluruh Kontinjen Kelantan akan membuka kaunter diskaun saman trafik dari jam 8.30 pagi hingga 4:00 petang (waktu pejabat).

    Diskaun 50% untuk semua jenis saman KECUALI :

    1. Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
    2. Lorong Kecemasan
    3. Potong Secara Merbahaya
    4. Potong di Garisan Berkembar
    5. Dalam Perbicaraan
    6. Tidak Boleh Kompaun
    7. Kesalahan Berkaitan Lori
    8. Pengubahsuaian Ekzos

    PAHANG

    Tarikh diskaun : 22 November – 6 Disember 2021

    PDRM Kontinjen Pahang akan melaksanakan tawaran diskaun tawaran pengurangan 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM seluruh Kontinjen Pahang bermula 22 November sehingga 6 Disember 2021 ( Kecuali Sabtu dan Ahad ).

    Orang ramai dijemput hadir bagi menjelaskan saman-saman trafik PDRM (diskaun tertakluk kepada terma dan syarat) di mana-mana kaunter trafik di seluruh negeri Pahang.

    NEGERI SEMBILAN

    Tarikh diskaun : 29 November – 8 Disember 2021

    PDRM Kontinjen Negeri Sembilan akan melaksanakan tawaran diskaun tawaran pengurangan 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM seluruh Kontinjen Pahang bermula 29 November sehingga 8 Disember 2021.

    Orang ramai dijemput hadir bagi menjelaskan saman-saman trafik PDRM (diskaun tertakluk kepada terma dan syarat) di mana-mana kaunter trafik di seluruh Negeri Sembilan.

    KEDAH

    Tarikh diskaun : 6 – 8 Disember 2021

    Untuk semua jenis saman KECUALI:

    1. Tidak patuh lampu isyarat
    2. Lorong kecemasan
    3. Potong secara merbahaya
    4. Potong di garisan berkembar
    5. Kemalangan
    6. Dalam perbicaraan
    7. Tidak boleh kompaun
    8. Kesalahan berkaitan lori
    9. Pengubahsuaian ekzos

    PERAK

    Tarikh diskaun : 6 – 8 Disember 2021

    Bagi Negeri Perak, Diskaun Saman Trafik Disember 2021 ini adalah samana yang biasa, dan saman yang BERKECUALI untuk tawaran diskaun 50% adalah :

    1. Saman Kemalangan Tahun 2021
    2. Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)
    3. Saman Berstatus Bicara Mahkamah (’m’)
    4. Saman Berkait Kenderaan M/Lori (‘β’)
    5. Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya/ Potong ‘Q’ Tahun 2021
    6. Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021
    7. Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
    8. Saman Kesalahan Potong Di Garisan Berkembar Tahun 2021
    9. Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan (’ë’)

    Semua orang awam dinasihatkan ke Kaunter saman Bahagian Siasatan dan Penguatkuatsaan Trafik Daerah terdekat untuk semak dan cetak saman yang ingin dibayar.

    Pembayaran melalui Kad Kredit/ Debit adalah sehingga 24 Disember 2021 sahaja.

    CARA SEMAKAN ONLINE

    Untuk semakan secara online juga boleh digunakan untuk semakan Diskaun Saman Trafik Disember 2021. Melalui platform  MyBayar Saman yang baru dilancarkan dapat memudahkan pengguna membayar saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian.

    Langkahnya cuma perlu mendaftar sebagai pengguna dan selepas itu anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti membuat semakan saman dan pembayaran secara atas talian.

    Untuk membuat semakan sama ada anda mempunyai saman tertunggak atau saman trafik yang berkenaan, sila layari pautan https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.

    Klik Disini Untuk Lagi Informasi semakan dan juga permohonan untuk anda

  • Bayar Bil Utiliti Melalui JomPAY

    Bayar Bil Utiliti Melalui JomPAY

    Bayar Bil Utiliti Melalui JomPAY. JomPAY merupakan inisiatif yang disokong oleh Bank Negara Malaysia bagi memudahkan pembayaran bil kepada ratusan syarikat atau organisasi secara perbankan online. Dengan JomPAY, pengguna boleh membayar bil seperti Astro, TM, TNB, bil Air atau apa-apa jenis bil dengan mudah dan cepat. Jika anda mencari cara bayar bil menggunakan JomPAY boleh ikut panduan ringkas ini bagi memudahkan urusan anda.

    BAYAR BIL UTILITI MELALUI JOMPAY

    Untuk menggunakan kemudahan JomPAY ini, anda memerlukan platform atas talian perbankan pengguna seperti Maybank2u, CimbClick, dan juga platform atas talian perbankan yang lain. Untuk memulakan pembayaran, anda haruslah mengetahui “Biller Code” tertentu untuk sesebuah bil. Setiap “Biller Code” boleh didapatkan melalui kertas bil yang anda terima.

    Offer

    1. Cari dan pastikan logo JomPAY dan “Biller Code” di dalam bil atau invois
    2. Log masuk ke platform atas talian perbankan anda
    3. Masuk ke ruangan JomPAY dan masukkan “Biller Code”
    4. Masukkan amaun bayaran dan sahkan bayaran

    SENARAI BANK YANG MEMPUNYAI JOMPAY

    Untuk info lanjut mengenai Bayar Bil Utiliti Melalui JomPAY, anda boleh terus ke pautan berikut mengikut platform atas talian perbankan anda :

    1. Maybank : [Klik Disini]
    2. CIMB : [Klik Disini]
    3. Bank Islam : [Klik Disini]
    4. Public Bank : [Klik Disini]
    5. Hong Leong Bank : [Klik Disini]
    6. OCBC Bank : [Klik Disini]
    7. HSBC Bank : [Klik Disini]
    8. Ambank : [Klik Disini]
    9. Agrobank : [Klik Disini]
    10. RHB Bank : [Klik Disini]
    11. Bank Rakyat : [Klik Disini]
    12. Alliance Bank : [Klik Disini]
    13. Citybank : [Klik Disini]
    14. Affinbank : [Klik Disini]
    15. BSN : [Klik Disini]

    Selain itu juga, JomPAY mempunyai pelbagai lagi kemudahan di beberapa utiliti lain seperti TNB, PTPTN dan banyak lagi.

    Anda dinasihatkan untuk memuat turun atau menyimpan ‘PDF file’ bukti transaksi anda menggunakan JomPAY.

    KELEBIHAN MENGGUNAKAN JOMPAY

    Kelebihan JomPAY dan bayar bil utiliti melalui JomPAY adalah :

    1. Akses dengan mudah
    2. Tidak perlu beratur
    3. Tidak menggunakan kertas
    4. Cepat dan selamat
    5. Boleh bayar setiap masa
    6. Ia percuma tanpa caj tambahan

    Untuk maklumat lanjut boleh terus ke pautan rasmi JomPAY di pautan berikut : [Klik Disini]

    Klik Disini Untuk lagi info semakan dan permohonan untuk anda.