Category: Event

  • Melangkah ke Hadapan: Kisah Kejayaan GGR Motor dalam Membawa Revolusi Kenderaan Elektrik ke Malaysia

    Melangkah ke Hadapan: Kisah Kejayaan GGR Motor dalam Membawa Revolusi Kenderaan Elektrik ke Malaysia

    GGR Motor (M) Sdn Bhd mengambil langkah berani dalam mengubah landskap kenderaan Malaysia dengan memimpin transisi negara ke kenderaan elektrik (EV). Pelancaran Skim Insentif Motosikal Elektrik pada Disember 2023 lalu menandakan komitmen GGR Motor dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan mampan bagi jalan raya Malaysia.

    Peningkatan permintaan global terhadap EV telah menjadi pemangkin utama bagi perubahan ini, dan GGR Motor berdiri di barisan hadapan untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam menggalakkan penggunaan EV.

    Dibawah pimpinan Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi (Dekmat) dan Prof Dr. Nizar Abdul Jalil, GGR Motor telah mencatat pencapaian gemilang dengan menjual 100 motosikal elektrik dalam masa hanya 2 hari. Kejayaan ini bukan sahaja menunjukkan permintaan yang kukuh di pasaran tempatan, tetapi juga membuktikan kesan positif insentif kerajaan yang menyediakan pengecualian cukai import dan eksais, serta pengecualian cukai jualan penuh bagi EV tempatan sehingga Disember 2027.

    Komitmen GGR Motor terhadap kelestarian alam dan pengurangan emisi karbon adalah inti daripada nilai mereka. Dengan penggunaan EV, GGR Motor tidak hanya menjual kenderaan, tetapi juga menyumbang kepada kebersihan udara dan pengurangan pencemaran alam.

    Namun, pencapaian ini hanyalah mula perjalanan mereka. Dengan sasaran yang berani untuk menjual 5000 unit dan mencapai pendapatan jualan RM50,000,000.00 menjelang Disember 2024, GGR Motor bukan sahaja mendorong jualan, tetapi juga mendorong pertumbuhan industri pekerjaan yang berkemahiran di dalam sektor EV dan teknologi hijau.

    Sebagai syarikat milik Malaysia dengan cawangan di Damansara dan Johor Bahru, GGR Motor bersedia untuk terus berusaha dalam mengukuhkan kerjasama industri dan memacu revolusi EV lebih jauh.

    Dalam satu usaha yang unik, GGR Motor telah bekerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) untuk melantik ikon budaya sebagai duta jualan bagi motosikal elektrik mereka. Melalui kerjasama ini, peminat dan bakal pembeli akan mempunyai akses yang lebih mudah kepada produk GGR Motor.

    GGR Motor bukan sahaja menggerakkan perubahan, tetapi mereka juga menjadi pemacu utama dalam menentukan arah masa depan mobiliti Malaysia. Bersiap sedia, Malaysia, masa depan elektrik sudah di hujung jari, dan GGR Motor berada di barisan hadapan perubahan ini.

  • REVOLUSI BAHARU BOUGAS BEAUTY

    REVOLUSI BAHARU BOUGAS BEAUTY

     

    Bougas Beauty, sebuah jenama tempatan yang terkenal dengan produk-produk penjagaan kulit dan kecantikan, hari ini memperkenalkan Nabila Razali sebagai duta rasmi terbaharu jenama itu. Bermula tahun 2017, dengan penamaan Elfira Loy sebagai duta pertama Bougas Beauty diikuti dengan Amira Othman, Wany Hasrita, Tasha Manshahar, dan Hanis Zalikha.

    Menerusi Majlis ‘Bougas Raya Premiere: Product Launch and Ambassador Unveiling’ yang berlangsung di Glamhall Damansara, pelantikan personality industri muzik dan TV Malaysia itu adalah usaha untuk melancarkan wajah baharu barisan produk asas penjagaan kulit Bougas Beauty.

    Terkenal dengan enam produk asas penjagaan kulit (facial cleanser, face scrub, advanced serum, rejuvenating toner, hydrating sunscreen, all-day moisturizer), Bougas Beauty meneruskan momentum perniagaannya dengan mengembangkan lagi jaringan produk Bougas iaitu penambahan produk terbaharu – facial cleanser dengan formula yang berbeza.

    Pengasas dan pengarah Syarikat Bougas Beauty, Puan Erni berkata, pelantikan Nabila Razali amat bersesuaian kerana pesona ceria, unik dan berseri Nabila melambangkan wajah baharu barisan produk asas penjagaan kulit Bougas dengan pelbagai rona ceria yang baru dilancarkan hari ini.

    “Pembaharuan wajah produk asas Bougas mampu untuk memberi imej segar terhadap jenama Bougas selain dapat menarik minat pelanggan baharu dan mengekalkan perhatian pelanggan yang sedia ada”.

    “Penyesuaian dengan trend semasa dan keperluan pelanggan Bougas juga amat dititikberatkan oleh kami. Semoga dengan pengambilan Nabila Razali sebagai duta jenama dapat membawa sinar baharu untuk Bougas Beauty terus melangkah maju”.

    Majlis Bougas Raya Premiere ini turut dihadiri oleh barisan selebriti terkenal tempatan seperti Bella Astillah, Sheryl Shazwanie, Izreen Azminda dan pempengaruh sosial media serta penjual semula sah Bougas Beauty.

  • Ben Nathan Kembali Ke Panggung: Kehidupan Baru Selepas Bertahun-tahun Dalam Kegelapan

    Ben Nathan Kembali Ke Panggung: Kehidupan Baru Selepas Bertahun-tahun Dalam Kegelapan

    Di tengah gemerlapnya lampu-lampu kota Kuala Lumpur, satu peristiwa bersejarah berlangsung di Hard Rock Cafe pada 7 Mei 2024. Sebuah majlis sidang media diadakan untuk melancarkan single terbaru penyanyi veteran, Ben Nathan, berjudul “Kebahagianmu”. Namun, kisah di sebalik pelancaran ini jauh lebih mendalam daripada sekadar satu lagu.

    Ben Nathan, pada usia 62 tahun, masih menetap di sebuah rumah jagaan di Petaling Jaya. Kehidupannya kini tidak lagi diliputi oleh bayang-bayang masa lalu yang kelam. Adiknya, Bob Nathan, 49 tahun, dengan setia menjaga dan melawatnya, memastikan bahawa Ben sentiasa dalam keadaan terurus.

    Perjalanan Ben Nathan dari kegelapan menuju cahaya diawali oleh Datuk DJ Dave, Pengurusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT). Beliau dan Tan Sri Jojo telah membantu membawa Ben keluar dari kehidupan gelandangannya. Proses ini melibatkan penglibatan seorang komposer dari Jakarta untuk merakamkan single terbaru Ben, sesuai dengan impian lamanya.

    Walaupun proses rakaman tidak begitu sukar kerana Ben masih memiliki kemampuan untuk menyanyi, perjalanan ini bukan tanpa cabaran. Faktor kesihatan dan pandemik telah menangguhkan pelancaran single tersebut. Namun, kini, dengan semangat yang baru, Ben bersedia untuk menyambut kembali dunia pentas dengan tangan terbuka.

    Pelancaran single ini tidak hanya bermakna bagi Ben Nathan secara peribadi, tetapi juga dari segi kewangan. Sejak dari dulu, kos perbelanjaan Ben di rumah jagaan ditanggung oleh Bob. Namun, dengan harapan bahawa persembahan di atas pentas dapat menjadi sumber pendapatan baru, ini bukanlah sekadar pelancaran lagu biasa.

    Bob Nathan berkongsi, “Saya nampak abang saya gigih berlatih bernyanyi, katanya tak sabar bertemu peminat. Saya sebagai adik sentiasa berharap agar beliau kekal dengan semangat itu.” Bagi Bob, harapan ini bukan sahaja untuk kemajuan karier abangnya, tetapi juga untuk mengurangkan beban perbelanjaan keluarga.

    Jadi, dengan single terbarunya, Ben Nathan bukan sahaja kembali ke panggung, tetapi juga kepada kehidupan yang baru. Ia adalah kisah tentang kekuatan semangat, sokongan keluarga, dan peluang kedua yang memberikan harapan kepada mereka yang pernah merasai kegelapan. Sambutlah kembalinya Ben Nathan, penyanyi dengan suara yang mampu menggerakkan hati, kepada pentas kehidupan.

  • KamiSempoi International Agency lantik Riezman Khuzaimi sebagai duta kerana berjaya raih kedudukan agensi TikTok No 1 di Malaysia dan Top 5 di Asia Tenggara

    KamiSempoi International Agency lantik Riezman Khuzaimi sebagai duta kerana berjaya raih kedudukan agensi TikTok No 1 di Malaysia dan Top 5 di Asia Tenggara

    Setelah dua tahun lebih beroperasi sejak Disember 2021, KamiSempoi International Agency (KSIA) kini mampu berbangga kerana menjaya meraih pengiktirafan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara.

    Sekaligus membantu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai syarikat agensi lokal TikTok terbesar yang banyak melahirkan pencipta kandungan TikTok atau pempengaruh TikTok di aplikasi dan platform media sosial tersebut.

    Tidak hanya setakat itu, syarikat agensi lokal TikTok ini turut berjaya meluaskan empayar mereka di Singapura dan Indonesia dengan memiliki 1300 live host TikTok di Malaysia, 100 live host TikTok (Singapura) dan 550 live host TikTok (Indonesia) serta dinaungi 21 sub-agensi.  

    Sejajar dengan pencapaian yang diraih itu, KSIA juga sudah bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh lagi bagi membantu mereka di luar sana yang ingin menjadi pempengaruh dan menjana pendaptan mereka sebagai host live TikTok. 

    Pada masa yang sama mengukuhkan lagi dalam dunia perniagaan di pemasaran digital apabila membuat pembaharuan dari sudut logo dan penjenamaan mereka. 

    Bahkan, mereka turut menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2023 untuk memberikan pengiktirafan kepada live host TikTok dan sub-agensi mefreka yang selama ini turut membantu menaikkan nama serta kedudukan KSIA sebagai syarikat agensi lokal TikTok berpengaruh. 

    Pengasasnya, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Cin Swee berkata, pihaknya benar-benar berbangga dengan kejayaan yang dicapai mereka itu dalam tempoh yang singkat. 

    “Apa yang membezakan KSIA dengan agensi-agensi yang lain adalah kami tidak putus-putus mengadakan latihan kepada live host TikTok kami sama ada yang bernaung terus di bawah KSIA sendiri atau sub agensi kami. 

    “Kita menyediakan latihan ini secara percuma. Ada latihan yang KSIA sediakan dan ada pula yang disediakan oleh sub-agensi kami. Pendek kata, banyak ilmu mefreka boleh mereka perolehi daripada sesi latihan ini. 

    “Kami tidak pernah putus asa memberikan latihan yang berterusan ini kerana kami mahu mengasah TikToker ‘mencipta konten’ dan juga bagaimana mereka boleh ‘engaged’ dengan pengikut supaya mereka boleh ada ramai pengikut, dan pada masa yang sama mereka mampu menjadikan platform TikTok sebagai satu sumber pendapatan,” katanya pada Sidang Media KamiSempoi Golden Award 2024 dan perlantikan aktor Riezman Khuzaimi sebagai duta KSIA di Pavilion, Bukit Jalil.

    Pakcik Chin Swee yang juga seorang pempengaruh TikTok pada asalnya berkata lagi, latihan yang disediakan itu sangat penting kerana mereka mahu memastikan live host yang berada di bawah naungan KSIA benar-benar menghasilkan konten hiburan yang menarik dan bermanfaat di platform tersebut. 

    “Kenapa kita sangat tekankan mengenai konten hiburan yang menarik dan bermanfaat? Kalau kita tonton di TikTok sejak akhir-akhir kebelakangan ini, kita akan dapat lihat ada pempengaruh atau Tiktokers yang menghasilkan konten-konten bersifat mengemis. 

    “Kalau boleh kita mahu elakkan live host TikTok kita daripada membuat konten sebegini. Jadi, kita kena selalu ‘guide’ mereka serta membantu mereka memahami garis panduan yang sudah ditetapkan TikTok kerana garis panduan komuniti TikTok teramatlah ketat. Nak kena ban memang cukup senang,” katanya. 

    Menurut Pakcik Swee Tin lagi, KSIA memang benar-benar komited dengan usaha mereka untuk terus melahirkan live host TikTok yang berjaya menghasilkan konten menarik dan bermanfaat, mempunyai pengikut yang ramai serta pada masa yang sama berjaya menjana pendapatan bulanan yang tinggi. 

    “Bahkan, kami juga mahu menjadi syarikat agensi yang dapat membantu golongan masyarakat di luar sana untuk menjadi live host TikTok. 

    “Sebab, kalau kita lihat ketika ini, TikTok sememangnya adalah sebuah platform media sosial yang benar-benar berpengaruh dan ramai di luar sana yang mahu menjadi TikToker. Kalau boleh, kita mahu realisasikan impian mereka ini. 

    “Jadi, pada mereka yang ingin nak jadi live host TikToker bolehlah datang ke KSIA dan kita akan cuba berikan latihan dan tunjuk ajar sebagai persiapan untuk mereka menggapai impian mereka itu,” katanya. 

    Apa yang membanggakan, kata Pakcik Cin Swee, live host mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia iaitu daripada selebriti, profesional, usahawan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya). 

    “Ada yang menjadi host live secara sambilan. Ada juga yang menjadikan ia sebagai kerjaya spenuh masa mereka. Ada pula yang bermula sebagai host live secara sambilan tapi kemudian meninggalkan kerjaya profesional mereka dan menjadi host live sepenuh masa. 

    “Selalunya keadaan ini berlaku apabila mereka sudah mula nampak bahawa apa yang mereka lakukan ini boleh menjana pendapatan yang banyak. Misalnya kita ada seorang host live TikTok yang bekerja di bank. 

    “Dalam tempoh 8 bulan, dia meninggalkan kerjaya profesional dan menjadi host live TikTok sepenuh masa kerana sudah berjaya meraih pendapatan sebanyak 5 digit. Pada tahun lepas, pendapatannya sudah mencecah angka 6 digit. Ada juga yang sudah berpeluang menjadi selebriti,” katanya. 

    KSIA juga memiliki lebih 30 orang selebriti sebagai host live TikTok. Antaranya adalah pelakon Riezman Khuzaimi atau lebih dikenali sebagai Abang Don, Nita Hamzah Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Musthapa serta Achong Sweetchild. 

    “Bagi live host TikTok golongan selebriti, selalunya kita bagi mereka kelonggaran untuk menterai latihan yang disediakan kerana kita amat memahami kesibukan dan komitmen mereka terhadap kerjaya seni mereka,” katanya.

    Perlatikan Riezman Khuzaimi sebagai duta KamiSempoi International Agency

    Pada sidang media ini, aktor Riezman Khuzaimi atau Abang Don telah dilantik sebagai duta KamiSempi International Agency. 

    Menurut Pakcik Chin Swee, pemilihan Riezman Khuzaimi dilakukan kerana dia adalah antara live host TikTok yang pernah menjana pendapatan yang tinggi dan kini sudah membuka sub-agensinya di bawah KSIA. 

    “Ada beberapa artis yang berada di bawah sub-agensi Riezman. Misalnya, Nita Hamzah yang juga antara live host TikTok KSIA yang aktif. 

    “Menariknya mengenai KSIA, kini turut menawarkan peluang kepada hos-hos yang berjaya untuk membuka perniagaan bersama dan kebanyakan sub-agensi kami, memang terdiri daripada live hos TikTok,” katanya. 

    Sementara itu, Riezman pula  berkata, permilihannya sebagai duta KSIA adalah satu penghormatan dan tugasnya adalah untuk membantu menjayakan kempen dan mengerakkan lagi beberapa aktiviti yang dijalankan KSIA. 

    “Insya Allah, sudah ada perancangan bagi KSIA untuk membuat jelajah bergerak di beberapa tempat nanti,” katanya. 

    Penganjuran KamiSempoi Golden Award 2023

    Bagi meraikan pencapaian KSIA mengukuhkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara, sebuah penganjuran acara berbentuk anugerah iaitu KamiSempoi Golden Award 2023 telah diadakan di Exhibition Hall, Pavilion Bukit pada 20 April lalu. 

    Sebanyak 7 kategori telah disediakan kepada sub agensi, manakala 15 kategori untuk live host yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada yang golongan selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya). 

    Pakcik Cin Swee berkata, selain meraikan pencapaian KSIA, matlamat merfeka menganjurkan acara anugerah itu adalah untuk memberikan penghargaan kepada live host dan sub-agensi naungan mereka yang telah bekerja-keras selama ini. 

    “Tanpa live host dan kerjasama daripada sub-agensi kami serta semua pasukan KSIA, tidak mungkin kami akan berada di kedudukan hari ini. 

    “Ini adalah penganjuran kali kedua. Sebelum ini, kami pernah anjurkan acara anugerah ini di Sepang dan kami berhasrat untuk mengadakan acara anugerah ini secara tahunan,” katanya.

  • TikTok Malaysia Berjaya Mengukuhkan Jalinan Melalui Rumah Terbuka Raya #KongsiBersama

    TikTok Malaysia telah merayakan sambutan Aidilfitri dengan mengadakan Rumah Terbuka Raya yang menampilkan #KongsiBersama, mengumpulkan para pencipta kandungan untuk merayakan kreativiti dan ekspresi diri yang asli.

    Pada awal Ramadan, TikTok Malaysia melancarkan kempen ‘#KongsiBersama Ramadan & Raya Moments’, mengundang komuniti pencipta kandungan untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam merakam detik-detik terbaik Ramadan dan Raya. Kempen tersebut berlangsung dari 5 hingga 24 Mac, memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pandangan unik mereka melalui enam kategori yang berbeza.

    Pemenang hadiah utama dipilih berdasarkan kualiti video mereka yang menonjolkan semangat Ramadan dan Raya. Penilaian dilakukan oleh panel hakim yang terdiri dari individu-individu terkemuka, termasuk pengarah terkenal Kabir Bhatia dan penyanyi-pelakon Nabila Razali, yang turut hadir dalam majlis sambutan tersebut. Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai, telefon pintar realme 12+ 5G, dan peluang untuk terlibat dalam program-program pencipta kandungan TikTok pada masa akan datang.

    Pemenang-pemenang bagi setiap kategori #KongsiBersama adalah seperti berikut:

    Salah seorang pemenang kempen #KongsiBersama, @dyamohamad90, yang mengungguli kategori #KongsiCerita, telah dipilih oleh pengarah Kabir Bhatia, untuk bersama-sama mencipta dan membintangi satu filem pendek yang boleh anda saksikan di akaun TikTok Malaysia dan akaun Dya.

    TikTok adalah satu ruang untuk ekspresi kreatif yang menjana kandungan yang asli dan menghiburkan. Kepelbagaian pengalaman, komuniti dan kandungan pada platform itu mampu mengeratkan tali silaturahim, yang tertonjol melalui video-video yang disiarkan semasa musim perayaan, seperti Resipi Raya Ikonik 30 Hari Khairul Aming, dan Tip Mekap 30 Hari Nyna Bukater yang mengujakan.

    “Orang ramai tertarik dengan TikTok kerana ia bukan sahaja platform yang menghiburkan dan menyuntik semangat positif, tetapi juga membolehkan pencipta kandungan dan artis membina mata pencarian mereka,” kata Ketua Operasi dan Pemasaran TikTok Malaysia, Yin Yin Hooi.

    “Melalui #KongsiBersama, TikTok memberi nafas baharu kepada hiburan melalui komuniti Malaysia yang pelbagai, berbakat dan asli, yang menyemarakkan budaya tempatan dengan kreativiti mereka. Kami berharap untuk terus meneroka dan memperkasakan bakat Malaysia, serta mentakrif semula apa itu pencipta kandungan,” tambah beliau.

    Semasa acara itu, para tetamu berpeluang terlibat dalam pelbagai aktiviti dan bengkel yang direka khas untuk mempamerkan kekayaan dan keriangan tradisi Aidilfitri. Mereka juga dihiburkan dengan pantun dan tarian tradisional, sekaligus membolehkan mereka menyelami pengalaman budaya yang menarik. Selain menikmati juadah Raya tradisional, para pencipta kandungan juga dihiburkan oleh The Sibling Band dan video-video terbaik daripada kempen #KongsiBersama.

    Sambutan Aidilfitri yang unik itu berlangsung di The Lemuni, Janda Baik, di sebuah rumah tradisional Melayu yang indah bagi memberi pengiktirafan kepada semangat kreatif pencipta kandungan. Acara itu berlangsung di tengah-tengah keindahan seni bina ‘vila orchard’ yang klasik, dimeriahkan lagi dengan pelbagai juadah tradisional, kraftangan dan muzik yang menakjubkan.

    Muat turun atau buka aplikasi TikTok hari ini untuk melihat sorotan-sorotan daripada majlis Rumah Terbuka #KongsiBersama TikTok, dan ikuti barisan pencipta kandungan tempatan yang hebat-hebat belaka seperti Kionz ChanChe Sayang KitchenWfsufina, and Abang Shah!