Cara Hilangkan Kontak Kasual di MySejahtera. Di musim pandemik Virus Covid-19 sekarang ini, ramai di antara anda yang positif Covid-19 tetapi tidak bergejala. Secara tiba-tiba juga status MySejahtera anda juga bertukar kepada close contact atau kontak rapat selain menjadi kontak kasual.
Aplikasi MySejahtera
Aplikasi MySejahtera adalah merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. MySejahtera juga digunakan bagi kemudahan untuk Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu urusan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia.
[adinserter block=”11″]Bagaimana Anda Menjadi Kontak Kasual
Anda mendapat status MySejahtera sebagai kontak kasual setelah anda mendaftar masuk atau check in ke premis yang anda tuju sebelum ini. Kemungkinan besar ada dikalangan mereka di dalam premis berkenaan positif Covid-19 sebelum ini. Tetapi ada Cara Hilangkan kontak kasual yang perlu anda lihat.
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan
Untuk pengetahuan anda, status kontak kasual atau kontak rapat akan berada di dalam sistem MySejahtera selama 5 sehingga 10 hari. Anda tidak perlu lakukan ujian swab test RTK atau pun PCR jika anda tidak mempunyai simptom.
Selain itu juga, terdapat juga premis yang menerima anda yang berstatus kontak kasual untuk memasuki premis, tetapi ada juga pekerja premis yang menyemak status profil anda samada anda berisiko rendah dan tiada simptom.
Cara Hilangkan Close Contact
Untuk cara hilangkan kontak kasual anda di Mysejahtera, anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah :
- Buka aplikasi MySejahtera
- Klik butang close (Bahagian kanan atas)
- Klik pada covid 19 status
- Jawab soalan yang diajukan
- Klik Refresh
Melalui Helpdesk
Cara Hilangkan kontak kasual melalui helpdesk di dalam MySejahtera pula adalah seperti berikut :
- Klik helpdesk untuk tukar semula status jadi warna biru.
- Pilih opsyen soalan mengenai kategori risiko
- Dalam beberapa jam MySejahtera akan hantar e-mel kepada anda untuk buat semula penilaian kesihatan
Klik Disini Untuk lagi informasi dan maklumat terkini untuk anda.