Bonus Penjawat Dan Pesara Kerajaan Januari 2022

Bonus Penjawat Dan Pesara Kerajaan Januari 2022. Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bonus Penjawat Awam 2022 (Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022) yang akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Hal ini telah diumumkan melalui Belanjawan 2022 yang lalu. Untuk makluman, Bonus Penjawat Dan Pesara Kerajaan Januari 2022 ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.

BONUS PENJAWAT DAN PESARA KERAJAAN JANUARI 2022

AVvXsEj7r5 oO2J9fe5Wd 7nwApmgSL1HOe8HYQGjhIK1ZWEeYWu5gfWHxXrV0GA2xW0HtyJDG1bb DsYgaN63XncnR2giwbOb7 hNJNht1ELZgYKOnmVdAlFnrFSDjRALQ5xEEJZDYZfBFRtUNx8ZTZPQWoYJxq8jSefFfMNSj26UkU1E SjelCPTXtrQm1=w464 h635

Bayaran sebanyak RM 700 akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah beserta dengan gaji bulan Januari 2022 nanti, menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khai­rul Adib Abd. Rahman.

Sementara itu, bayaran RM350 diberikan kepada Pesara Kerajaan bersekali dengan bayaran pencen Januari 2022.

KATEGORI KELAYAKAN

Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan diberikan kepada mereka yang layak. Pegawai perkhidmatan kumpulan pengurusan dan professional serta kumpulan pelaksana yang layak akan diperincikan dalam kenyataan rasmi Jabatan Perkhidmatan JPA seperti sebelum ini.

Untuk rekod, bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).

Golongan berkenaan pernah menerima bayaran bonus paling tinggi sebanyak RM1,500 manakala pesara menerima RM750 iaitu termasuk bayaran bantuan khas Aidilfitri pada Bajet 2018 sewaktu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bonus Penjawat Dan Pesara Kerajaan Januari 2022 ini, anda boleh terus ke pautan portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam/ Bahagian Pencen JPA melalui pautan dibawah :

  1. Jabatan Perkhidmatan Awam : [Klik Disini]
  2. Bahagian Pencen JPA : [Klik Disini]

Klik Disini untuk lagi informasi terbaru dan terkini untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bonus Penjawat Dan Pesara Kerajaan Januari 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment