Pada majlis pelancaran produk biskut BeCalm Cookies, syarikat BeCalm Malaysia turut memperkenalkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay. Pn. Maisarah Datuk Abdullah Sani, Pengarah Urusan BeCalm Malaysia, merasa terinspirasi untuk melancarkan kempen ini setelah menyedari kepopularan petikan “It’s Okay Not To Be Okay” di kalangan generasi muda.
Untuk memastikan mesej kempen ini disebarkan secara meluas, BeCalm Malaysia bekerjasama dengan beberapa selebriti dan pempengaruh terkenal seperti Mark Adam, Irma Hasmie, Sissy Iman, Syed Ali, Heliza Helmi, Ajak Shiro, dan Suraya Borhan. Zaza Zainee, pempengaruh kesihatan dan kecergasan, dilantik sebagai duta pertama BeCalm Cookies.
Pn. Maisarah menjelaskan bahawa kempen You Can Be Okay bertujuan meningkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan mental yang semakin meruncing di kalangan masyarakat. Beliau menekankan bahawa penting untuk tidak terus-menerus terjebak dalam kesedihan dan kemurungan, tetapi untuk mencari jalan keluar dari keadaan tersebut.
“Jangan hidup terlalu lama dalam kesedihan dan kemurungan serta sentiasa dibelenggu fikiran yang negatif, ambil masa untuk bersedih dan duka itu okay, tetapi bukan untuk selamanya,” katanya.
Beliau berkongsi pengalamannya sendiri, menceritakan bagaimana beliau melalui episod kemurungan selepas disahkan menghidap tumor otak pada tahun 2007 semasa bekerja di London. Simptom kemurungan yang dialaminya termasuk kesukaran tidur, peningkatan berat badan mendadak, kehilangan ingatan, disorientasi, dan masalah penglihatan. Masalah ini membelenggu beliau hampir 10 tahun sehingga tahun 2016 apabila beliau mula mencari penyelesaian dengan mengamalkan ashwagandha, yang kemudian membawa kepada idea menghasilkan produk makanan dengan kandungan ashwagandha.
Hasil daripada pengalaman peribadinya, Pn. Maisarah memperkenalkan BeCalm Cookies yang dikategorikan sebagai “functional food” dengan konsep ‘Guilt Free Snacking’. Produk ini tidak hanya enak tetapi juga memberi manfaat kesihatan dengan adanya ashwagandha KSM66. Terdapat tiga perisa istimewa yang diperkenalkan: Chocolate Chip Sea Salt (CHILLAX), SPECULOOS White Chocolate (MIND FLEX), dan UJI MATCHA White Chocolate (VIBE ON), setiap satunya mempunyai rasa yang lazat dan fungsi yang berbeza.
BeCalm Malaysia juga melancarkan “kotak edisi terhad” sempena program Live TikTok Sembang Mak Mak Suria FM. Setiap pembelian di TikTok BeCalm hanya berharga RM50 dengan enam keping biskut (2 keping setiap perisa) dari 31 Julai hingga 9 Ogos 2024. Lima puluh pembeli pertama yang membeli dua kotak akan menerima mug minuman edisi khas dan pelekat You Can Be Okay.
Turut hadir dalam majlis pelancaran ialah Pengerusi BeCalm Malaysia, Datuk Abdullah Sani Karim, Pengurus Besar Kanan Suria Radio 988FM Woo Bee Ay, Presiden MIASA Anita Abu Bakar, Dr. Redza Abdul Rahman (Saintis Makanan), dan Ketua Pengarah Eksekutif 3Bumi Trading Sdn Bhd, Silahudin Jamaluddin. Pada majlis yang sama, BeCalm Malaysia mengumumkan kerjasama strategik dengan 3Bumi Trading Sdn. Bhd.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk BeCalm boleh membeli di Tik Tok Shop BeCalm, Shopee BeCalm atau wasap di istagram @becalm.my.