Bantuan RM350 Sebulan Dari JKM

Bantuan RM350 Sebulan Dari JKM. Kerajaan Malaysia terus perihatin kepada rakyat yang terjejas dengan ekonomi yang tengah dihadapi oleh negara kita dengan menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat. Oleh itu, kerajaan telah memberikan amanah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Terdapat banyak bantuan yang telah disalurkan dan permohonan msih dibuka kepada rakyat yang layak memohon seperti Bantuan AM Persekutuan.

Bantuan Am Persekutuan adalah salah satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan agar dapat terus membantu meirngankan beban rakyat terumatanya kepada mereka yang tergolong dalam golongan kurang berkemampuan.

BANTUAN RM350 SEBULAN

Kadar bayaran Bantuan AM Persekutuan ini adalah seperti berikut:

  • RM100 (Seorang) sehingga maksimum RM350 (Sekeluarga) sebulan.
  • Tempoh bantuan selama setahun (12 bulan) sahaja.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Untuk bantuan Rm350 sebulan dari JKM ini, Penerima bantuan perlulah memenuhi syarat seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  •  Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, pemohon perlulah mengisi borang permohonan dan borang kemaskini maklumat JKM20 seperti dibawah

Borang Permohonan JKM 18 : [Klik Disini]

Borang Kemaskini Makluamt JKM 20 : [Klik Disini]

Borang yang lengkap diisi boleh dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah/ Jajahan/ Bahagian.

Pihak pegawai JKM akan membuat siasatan terlebih dahulu setelah permohonan diterima untuk pengesahan bahawa pemohon benar-benar layak.

Pemohon juga diingatkan untuk sertakan sekali dokumen sokongan sperti dibawah bersama borang yang lenkap diisi :

  1. Kad pengenalan pemohon (diri sendiri)
  2. Kad pengenalan Suami/ Isteri/ Ibu/Bapa/Anak/ yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil lahir anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan bantuan rm350 sebulan dari JKM boleh terus hubungi :

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Klik Disini untuk lebih info bantuan dan semakan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan RM350 Sebulan Dari JKM" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment