Bantuan RM300 BINGKAS Selangor 2022

BINGKAS Selangor 2022. BINGKAS Selangor adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2022 Selangor dengan peruntukan RM108 juta bagi membantu 30,000 keluarga termasuk ibu tunggal mendepani cabaran pascapandemik.

BINGKAS SELANGOR 2022

BINGKAS adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas dalam mendepani cabaran pascapandemik.

Ibu tunggal tabah sara lima anak

KELAYAKAN PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, pemohon haruslah berdaftar sebagai pemohon BSH/BPR dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih dari 10 tahun
  3. Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  4. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu unggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
  5. Pendapatan isi rumah bawah RM2000 sebulan.

CARA PERMOHONAN

Tarikh permohonan dan cara membuat permohonan serta syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pakej bantuan BINGKAS ini akan di kemaskini dari masa ke semasa.

KADAR PEMBAYARAN RINGKAS

Melalui bantuan ini, setiap keluarga yang layak (termasuk ibu tunggal) akan menerima bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan selama setahun. Ini bermaksud jumlah keseluruhan bantuan adalah RM3,600 setahun.

TARIKH PEMBAYARAN

Bantuan RM300 sebulan selama setahun diagihkan mulai Februari 2022 bagi membeli barang keperluan rumah dan pendidikan anak-anak.

SEMAKAN PERMOHONAN BINGKAS

Anda boleh membuat semakan berkenaan BINGKAS Selangor 2022 di masa akan datang secara atas talian di laman web rasmi [Klik Disini]

Klik Disini Untuk lagi info bantuan semakan dan permohonan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan RM300 BINGKAS Selangor 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

1 thought on “Bantuan RM300 BINGKAS Selangor 2022”

  1. Assalammualaikum
    Bagaimana Cara saya nk memohon bingkas Selangor. Saya mendapat kiss sebelum ini Dan telah dimaklumkan bahawa kiss telah berakhir pd 30hb Jun Dan telah diganti ngan bingkas Selangor. Ada kah ninsecara automatic saya akan dpt atau saya.kena membantu permohonan baru. Terima kasih

    Reply

Leave a Comment