Bantuan Rm200 Sebulan JKM – Syarat Dan Cara Permohonan

Bantuan Rm200 Sebulan JKM – Syarat Dan Cara Permohonan. Untuk pengetahuan anda, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakata (JKM) terdapat satu perkhidmatan bantuan yang boleh diberikan kepada pemohon yang layak. Bantuan yang dimaksudkan itu adalah Bantuan Latihan Perantis. Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. Jumlah bagi bantuan yang disediakan adalah sebanyak RM200 sebulan untuk seorang pemohon.

SYARAT MEMOHON BANTUAN RM200 JKM

Untuk memohon, pemohon haruslah menepati syarat-syarat yang diberikan :

  1. Mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  3. Kes-kes Seliaan Akhlak; atau
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
  • Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan

CARA PERMOHONAN

Untuk memohon, anda perlu lengkapkan borang permohonan dan hantar ke pajabat JKM yang berhampiran. Untuk memudahkan urusan pentabiran, anda diminta untuk membawa sekali dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal Bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal Bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) dan;
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Borang Permohonan

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan : [Klik Disini]
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan : [Klik Disini]

Bantuan bulanan JKM akan dinaikkan kepada RM 1000 — MYKMU.NET

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan RM200 dari JKM boleh terus ke pautan portal rasmi : [Klik Disini]

Klik Disini untuk lagi maklumat bantuan dan permohonan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan Rm200 Sebulan JKM – Syarat Dan Cara Permohonan" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment