Bantuan Kuarantin

Bantuan kuarantin sehingga RM1400 adalah Kadar bantuan yang akan diberikan kepada induvidu yang sedang menjalani rawatan Covid-19 di wad hospital yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) adalah dengan jumlah Rm100 sehari. Kadar berkenaan sah sehingga maksimum 14 hari sahaja.

Pemberian adalah secara (one-off) dan hanya sekali sahaja dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 (tidak akan diberikan bagi kes – kes yang berulang)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KUARANTIN

  1. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana menerima Perintah Kuarantin Covid-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia
  2.  Menjalani rawatan Covid-19 di wad hospital ( Discharge Note/ Medical Certificate)

PEMOHON YANG TIDAK LAYAK

  1. Bukan warganegara Malaysia
  2. Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  3.  Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19

CARA PERMOHONAN BANTUAN KUARANTIN

Muat turun dokumen-dokumen di laman web www.nadma.gov.my

Borang Permohonan Bantuan Khas COVID19 (Lampiran A)

Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)

Surat Perwakilan Kuasa Waris ( Lampiran C) *jika tiada akaun bank

Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat :

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan
52502 Putrajaya
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK BANTUAN KUARANTIN

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 seperti di Lampiran A (Dokumen Asal)

2. Salinan kad pengenalan (salinan diakui sah)

3.  Dokumen KKM (salinan diakui sah) :

i) Bagi pemohon yang di bawah perintah kawalan Pengawasan dan Pemerhatian.

a. Salinan Borang Pengawasan Dan Pemerhatian.

b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman.

ii) Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh pihak KKM untuk merawat Covid-19.

a. Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh pihak KKM untuk merawat Covid-19.

4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B (dokumen asal)

5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun** ( salinan diakui sah)

**Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank/ muka depan buku akaun bank waris bersama – sama dengan surat perwakilan kuasa waris seperti di lampiran C serta Salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

SISTEM SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID-19

https : // bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

CARA BAYARAN BANTUAN KUARANTIN

Bayaran bantuan khas dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Covid-19 ini, anda boleh rujuk menerusi laman web rasmi NADMA di pautan : http://www.nadma.gov.my/ms/

 

Klik Sini untuk lebih info bantuan dan permohonan

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan Kuarantin" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment