Bantuan Kewangan IPT 2022 Negeri Sembilan

Bantuan Kewangan IPT 2022 Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan bantuan khas berbentuk kewangan kepada pelajar IPT yang mendaftar ke IPT tahun pertama.

Bantuan kewangan IPT 2022 adalah bayaran sekali sahaja kepada pelajar atau keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang Rm4000

Semua pelajar dari Negeri Sembilan layak mendapatkan bantuan kewangan IPT 2022 jika berada dalam tahun pertama pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma, atau Sijil.

11 hari PKP, kerajaan tanggung kos makan lebih 74,500 pelajar IPT - Semasa  | mStar

Jumlah Bantuan Kewangan IPT 2022

Jumlah bantuan kewangan IPT 2022 yang diberikan kerajaan Negeri Sembilan adalah seperti berikut :

PengambilanJumlah Bantuan
Sijil / MatrikulasiRm500
DiplomaRm700
Ijazah / Sarjana / PHDRm1000

Syarat – Syarat Permohonan

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan seperti dibawah dapat menerima bantuan kewangan IPT 2022 Negeri Sembilan :

  1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
  2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
  4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 secara online melalui aplikasi atau portal N9 Digital dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan dan menepati syarat-syarat yang diberikan di atas, anda boleh terus ke pautan rasmi permohonan di :

Pemohon haruslah mendaftar dan log masuk sebelum membuat permohonan.

Dokumen Sokongan

Senarai dokumen sokongan berikut perlu dimuat naik bersama permohonan iaitu

  1. Salinan kad pengenalan ibu atau penjaga.
  2. Salinan kad pengenalan bapa atau penjaga.
  3. Salinan Sijil Kematian atau Perceraian (jika berkenaan).
  4. Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan ibu atau penjaga.
  5. Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan bapa atau penjaga.
  6. Salinan surat tawaran ke IPT.
  7. Salinan surat pengesahan pendaftaran atau bayaran yuran pendaftaran atau surat pengesahan pengajian.
  8. Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah atau Menengah.
  9. Pengesahan Bantuan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA dan disahkan oleh Pengurus FELDA.

Untuk Borang yang berkaitan seperti di atas, anda boleh memuat turun borang tersebut di bawah :

  1. Borang Permohonan Bantuan IPT
    https://edubestari.com/wp-content/uploads/2020/11/BorangPermohonanBantuanIPT.pdf
  2. Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan Felda
    https://edubestari.com/wp-content/uploads/2020/11/BORANG-PENGESAHAN-KELAYAKAN-BANTUAN-PENDIDIKAN-FELDA.pdf
  3. Borang Pengesahan Pendapatan
    https://edubestari.com/wp-content/uploads/2020/11/Borang-Pengesahan-Pendapatan.pdf

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Kewangan IPT 2022 Negeri Sembilan, anda boleh hubungi talian 06-7659936/31 & 06-7659784/85

Klik Disini untuk lagi semakan permohonan dan bantuan pendidikan untuk anda

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan Kewangan IPT 2022 Negeri Sembilan" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment