Bantuan Kasih Johor RM200

Bantuan Kasih Johor RM200. Kerajaan Negeri Johor telah memperkenalkan Program Kasih Johor dibawah MyKasih Foundation bermula Disember 2021 khusus untuk golongan B40 yang belum pernah menerima sebarang bantuan daripada Kerajaan Negeri.

BANTUAN KASIH JOHOR RM200

KASIH JOHOR adalah inisiatif baucer barangan keperluan RM200 kepada isi rumah B40 sempena Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 Ihsan Johor. Objektif KASIHJOHOR ini adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan B40 yang belum pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.

KADAR BANTUAN DAN TEMPOH SAH LAKU

  • Bantuan yang akan diterima adalah baucer barangan keperluan tanpa tunai sebanyak RM200 melalui akaun MyKad
  • Penerima menggunakan baucer barangan tanpa tunai pasaraya yang mengambil bahagian sehingga 31 Disember 2021.
  • Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya tetapi akan luput pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2022.

CARA PERMOHONAN

  • Tiada permohonan yang boleh dilakukan kerana penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan.
  • Pihak Kerajaan Negeri Johor menggunakan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), dan data penerima bantuan seperti JKM/MAIJ untuk mengenalpasti kumpulan sasar.
  • Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini, mereka akan terima SMS daripada pihak Kerajaan Johor.

CARA MEMBUAT SEMAKAN BANTUAN KASIH JOHOR RM200

Untuk membuat semakan secara atas talian, anda boleh ikuti cara-cara dibawah :

  1. Layari laman web MyKasih : [Klik Disini]
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda
  3. Masukkan kod Catcha yang tertera dan tekan Semak Status
  4. Status anda akan tertera sekiranya layak.

Anda juga boleh semak di kaunter Customer Service pasar raya sama ada layak atau tidak.

CARA PENEBUSAN BAUCER

Pasaraya yang mengambil bahagian dalam KASIHJOHOR akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran khas di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Berikut adalah merupakan cara-cara penebusan di Pasaraya yang terpilih:

  1. Penerima bantuan perlu mempamerkan MyKad sebelum membuat pembelian di kaunter pembayaran MyKasih yang disediakan di kedai-kedai terpilih.
  2. Penerima boleh membeli barangan keperluan asas berdasarkan 10 senarai katagori dan pilihan barangan makanan adalah mengikut Label MyKasih yang diletakkan di rak tanda harga.
  3. Jururawang akan mengimbas barkod bagi setiap barangan keperluan makanan asas yang ingin dibeli oleh penerima bantuan mengikut katagori yang dibenarkan.
  4. Penerima bantuan perlu memasukkan nombor pin 6 digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.

PASARAYA BANTUAN JOHOR RM200

Untuk membuat semakan kedai dan pasaraya yang terlibat dalam Bantuan Kasih Johor RM200, anda boleh rujuk pada pautan : [Klik Disini]

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ada sebarang permasalahan dan ingin membuat pertanyaan lanjut mengenai program bantuan Bantuan Kasih Johor RM200, anda boleh hubungi:

  • Hubungi khidmat pelanggan MyKasih: 03-7720 1800 (Mon – Fri, Normal Business Hours)
  • Email: [email protected]

Klik Disini untuk lagi info terkini semakan dan permohonan bantuan untuk anda

1 thought on “Bantuan Kasih Johor RM200”

Leave a Comment