Bangun Showcase 2023 bakal berlangsung pada 3 Disember 2023 di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara

rsz whatsapp image 2023 11 24 at 100624 am

Menggemparkan industri muzik sejak tiga dekad yang lalu, A.C.A.B bersedia merayakan tonggak bersejarah 30 tahun penubuhannya pada 2024. Sebelum kita menghirup udara kejayaan tersebut, perintis Eastern Oi! ini telah mengukir namanya dengan penuh semangat melalui persembahan pentas yang luar biasa pada tahun 2023. Namun, persiapkan diri untuk sebuah pengalaman yang lebih luar biasa lagi – showcase eksklusif bertajuk ‘Bangun,’ yang akan menggemparkan untuk meraikan satu-satunya album penuh Bahasa Melayu mereka.

Bangun Showcase 2023 anjuran A.C.A.B Productions ini bakal berlangsung pada 3 Disember 2023, Ahad di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara, Petaling Jaya mulai jam 3 petang. Turut memeriahkan showcase ini adalah band-band generasi baharu Oi! dan Punk iaitu The Hard Crop’s (Kuala Lumpur), Zero One Heroes (Johor), Incase (Kuala Lumpur), The Murphys (Melaka), Combination 69 (Kuala Lumpur), The Boicott (Perak), Oi! Frequency (Selangor) dan juga set DJ daripada Soul Boss (Kuala Lumpur).

Bangun Showcase 2023 akan menyaksikan A.C.A.B memainkan set penuh daripada album Bangun. Sebahagian daripada trek-trek album ini tidak pernah dipersembahkan secara langsung, jadi ini adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat tegar A.C.A.B kembali mengenang nostalgia sewaktu album groundbreaking ini dikeluarkan.

rsz whatsapp image 2023 11 24 at 100624 am 1

Album Bangun merupakan evolusi sound A.C.A.B yang menjejak ke arah Heavy Metal Melayu yang digaul pekat dengan stail Eastern Oi!, menjadikannya sebuah gamechanging move untuk scene Oi! dan Punk tempatan sewaktu itu. Bangun adalah album yang bermelodik dan agresif pada masa yang sama seterusnya membuka mata kepada lebih ramai pendengar baharu.

Max Mohammad, vokalis/gitaris A.C.A.B teruja menceritakan, “Aku dan A.C.A.B tak sabar nak mainkan Bangun in its entirety buat kali pertama kepada peminat semua. Masa album ni keluar pada 2004, aku dah ke UK sambung belajar dan Bangun tak sempat nak dipromosikan. Tapi tetap juga dapat sambutan hangat. Sempena A.C.A.B nak jejak 30 tahun next year, kami nak raikannya bersama peminat-peminat dengan memainkan album Bangun secara live dan make it a history for everyone! ”

Sehingga kini, tiket Early Bird telah licin disambar. Tiket presale masih boleh didapati berharga RM80 dan juga pembelian secara walk-in pada hari show berharga RM99.

rsz 1whatsapp image 2023 11 24 at 100627 am

Tempahan/pembelian tiket boleh dibuat melalui https://acab.ubertickets.asia/ . Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke 0196955634 melalui Whatsapp.

Jumpa di sana! Zigger Zagger, Oi!

A.C.A.B adalah

Vokal/Gitar: Max Mohammad

Gitar: Edy J. Herwan

Dram: Zeezul Fitri

Bass: Anas Md Noor

 

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bangun Showcase 2023 bakal berlangsung pada 3 Disember 2023 di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment