Author: Linda

  • Jawatan Kosong Di ETIQA

    Jawatan Kosong Di ETIQA

    Jawatan Kosong Di ETIQA. Permohonan Kekosongan pelbagai jawatan kosong di ETIQA INSURANCE & TAKAFUL kini dibuka (tertakluk kepada tarikh tutup setiap jawatan) kepada calon yang berminat untuk menjawat Permohonan Jawatan Kosong ETIQA INSURANCE & TAKAFUL. Pengambilan jawatan kosong ini dibuka bagi seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong ini. Sila pastikan anda membaca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum apply jawatan kosong ini.

    MAKLUMAT JAWATAN KOSONG DI ETIQA

    Jawatan : PROTEGE

    Lokasi Jawatan : Kuala Lumpur

    Nama Majikan : Etiqa Insurance & Takaful

    Minima Kelayakan : Rujuk Iklan

    Tarikh Tutup Permohonan : Rujuk Iklan

    PERMOHONAN : (KLIK DISINI)

    LANGKAH PERMOHONAN

    1. Bagi pemohon yang beminat dengan jawatan kosong di ETIQA, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah
    2. Calon yang berminat perlu menghantar resume yang lengkap dan disertakan dengan gambar berukuran passport & salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan
    3. Langkah yang seterusnya, Anda hendaklah mengisi resume yang lengkap pada alamat “KLIK DISINI” di atas

    KELAYAKAN MEMOHON

    Sekiranya anda merupakan calon yang berkelayakan dengan kelulusan Ijazah, Diploma, Stpm, Spm atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa bagi mengisi kekosongan jawatan di atas.
    (Sebelum memohon jawatan ini,Sila baca iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)
    Calon yang memiliki kelebihan untuk jawatan ini sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut :
    • Kemas
    • Berpengetahuan am
    • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam diri dan lain-lain (Sila rujuk kelayakan permohonan jawatan ini di bawah)
    Kelebihan :
    • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
    • Cuti Tahunan
    • Cuti Sakit dan lain-lain (Sila rujuk iklan permohonan jawatan kosong ini di bawah)

    CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG DI ETIQA

    Permohonan kerja kosong terbaru di atas boleh dilakukan secara atas talian. Sila ikuti arahan seperti di bawah.

    Sila Klik di pautan “KLIK DISNI” yang berada di atas dan rujuk pada maklumat permohonan, syarat kelayakan dan tarikh tutup permohonan jawatan.

    Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlulah mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pengisian maklumat yang diperlukan oleh sistem.

    Pemohon disarankan bagi mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendekkan akan dipanggil temuduga.

    Klik Sini untuk banyak lagi peluang kerjaya

  • JPJeBid : Sistem Bidaan No Pendaftaran

    JPJeBid : Sistem Bidaan No Pendaftaran

    JPJeBid : Sistem Bidaan No Pendaftaran. Sistem ini mula dilancarkan pada 15 April 2019 adalah satu inisiatif daripada pihak JPJ untuk menawarkan ketelusan dan memudahkan urusan pengguna yang ingin membida nombor plat kenderaan masing-masing. JPJeBid ini yang menyediakan proses pengiklanan, bidaan dan bayaran menggunakan sistem urusniaga atas talian. Selain itu, ia dapat memastikan persekitaran keselamatan sistem yang terjamin serta kebolehan mengakses sistem pada bila-bila masa di mana sahaja. Dibawah ini disertakan cara mendaftar dan cara membida no pendaftaran yang anda inginkan.

    CARA MENDAFTAR JPJeBid

    1. Layari Portal Rasmi (jpjebid.jpj.gov.my)
    2. Klik ‘Daftar Baru’
    3. Pilih kategori anda. Jika anda membida untuk kenderaan persendirian pilih ‘Warganegara Malaysia’. Jika anda membida untuk syarikat pilih ‘Syarikat/ Pertubuhan’
    4. Isikan nombor kad pengenalan anda
    5. Masukkan kod Captcha dengan tepat dan klik ‘Semak’
    6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan mengisi semua ruang yang diberikan dan klik ‘Daftar’
    7. Notifikasi pendaftaran anda berjaya akan dipaparkan
    8. Seterusnya, anda akan menerima emel pengesahan ID Pengguna pada alamat emel yang digunakan semasa mendaftar
    9. Klik pada pautan yang diberikan untuk mengusahkan ID Pengguna anda
    10. Satu notifikasi berkenaan ID Pengguna anda telah disahkan akan dipaparkan
    11. Kembali ke halaman utama Portal JPJeBid dan log masuk menggunakan emel serta kata laluan yang didaftarkan.

    CARA BIDA NOMBOR PLAT MENGGUNAKAN JPJeBID

    1. Log masuk pada Portal Rasmi JPJeBID
    2. Klik pada tab ‘Bidaan’ dan klik ‘Carian Nombor’
    3. Masukkan nombor yang hendak dibida dan klik pada imej carian
    4. Sistem akan memaparkan hasil carian
    5. Klik butang ‘Lagi’ untuk mendapatkan maklumat penuh nombor yang hendak dibida
    6. Klik ‘Bida’ untuk mula membida nombor pendaftaran tersebut
    7. Anda dikehendaki untuk membayar caj perkhidmatan sebelum memulakan bidaan, klik ‘Teruskan’ untuk membuat pembayaran tersebut
    8. Baca dan teliti terma & syarat yang dipaparkan, klik ‘Setuju’ untuk teruskan pembayaran
    9. Maklumat pembayaran untuk caj perkhidmatan akan dipaparkan dan pilih Visa/MasterCard atau American Express, klik ‘Hantar’
    10. Masukkan maklumat kad kredit/debit anda yang aktif dan cukup amaun bakinya, klik ‘Submit’
    11. Satu notifikasi transaksi bayaran caj perkhidmatan diterima akan dipaparkan dan klik ‘Teruskan’ untuk membida
    12. Masukkan amaun bidaan yang dikehendaki dan klik ‘Bida’ Baca terma & syarat yang dipaparkan dan klik ‘Setuju’
    13. Anda akan dibawa ke proses pembayaran yang sama seperti proses pembayaran caj perkhidmatan Selesai membuat pembayaran, anda akan menerima notifikasi transaksi bidaan diterima (pre authorization) Klik ‘Kembali’ untuk menyemak senarai terkini nombor yang dibida Sistem akan memaparkan kedudukan terkini pembida

    Bagi mendapatkan panduan lengkap mengenai proses-proses di dalam sistem, sila buka pautan berikut : Panduan Pengguna Sistem

    Sekiranya bidaan anda berjaya, berikut adalah perincian yang perlu anda tahu dan ikuti bagi memastikan proses mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan anda berjalan dengan lancar:

    ~Anda mempunyai tempoh selama 12 bulan untuk menguruskan pendaftaran kenderaan bermula tarikh surat dikeluarkan oleh JPJ

    ~Tiada tempoh lanjutan akan diberikan dan wang bidaan tidak akan dikembalikan jika pendaftaran nombor plat gagal

    ~Untuk memindahkan nombor plat yang berjaya dibida kepada ahli keluarga yang lain, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan lain-lain.

    KATEGORI NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN DALAM JPJeBID

    1. Nombor Semasa : nombor yang sedang dijalankan mengikut negeri
    2. Nombor popular : dua, tiga atau empat digit berganda (55,101,1001)
    3. Nombor menarik : dua, tiga atau empat digit berganda yang menarik( 11, 111, 1111)
    4. Nombor bernilai utama : (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10)

    Setiap kategori mempunyai harga minima tertentu dan setiap bidaan perlu mempunyai peningkatan minima sebanyak 5% daripada bidaan sebelumnya. Di bawah adalah contoh harga dan peningkatan amaun bidaan dalam JPJeBID untuk rujukan anda:

    Semoga dengan adanya JPJeBID ini dapat memudahkan anda dalam mencari no pendaftaran kenderaan menarik yang anda ingini di kenderaan anda demi untuk memperingati nama, tarikh atau pun sesuatu yang memberi kenangan manis sepanjang hidup anda dan juga keluarga.

    Klik Sini untuk informasi perbaharui lesen dan roadtax sebelum 30 September oleh JPJ.

     

  • Jalur Gemilang

    Jalur Gemilang

    Jalur Gemilang. Sebelum mengecapi kemerdekaan, Majlis Raja-Raja telah menubuhkan jawatankuasa khusus untuk mereka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu. Hasilnya, pada 29 November 1949 rekaan seorang arkitek kerajaan dari Johor, Mohamed bin Hamzah telah dipilih.Nama Jalur Gemilang pula lahir pada kemerdekaan negara yang ke 40 dimana seorang pegawai Jabatan Muzium Negara dan Ankuiti mengusulkan nama tersebut sebagai nama rasmi bendera negara.

    BENDERA MALAYSIA JALUR GEMILANG 

    Bendera adalah lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat, kekuasaan dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bendera didefinisikan sebagai sepotong kain (lazimnya segi empat bujur) yang ada reka bentuk tertentu, digunakan sebagai lambang sesebuah negeri atau sebagai isyarat mahupun panji-panji.

    Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bendera didefinisikan sebagai sepotong kain (lazimnya segi empat bujur) yang ada reka bentuk tertentu, digunakan sebagai lambang sesebuah negeri atau sebagai isyarat mahupun panji-panji.

    SEJARAH BENDERA PERSEKETUAN TANAH MELAYU

    Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada tahun 1948. Satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan telah diadakan dan dikelolakan oleh satu Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan pada bulan Mei 1948. Jawatankuasa ini telah menerima sebanyak 373 corak reka bentuk bendera dan telah dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 November 1949 untuk dibuat pertimbangan dan pemilihan. Dari jumlah tersebut, hanya tiga pilihan reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan rekaan oleh Mohamed bin Hamzah, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Johor telah mendapat pilihan majoriti. Pihak Majlis Perundangan Persekutuan telah meminta untuk pindaan dibuat terhadap bintang pecah lima kepada bintang pecah 11 bagi menunjukkan perpaduan 11 negeri sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

    Untuk jalur gemilang, pemilihan bendera ini telah mendapat perkenan daripada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950 setelah dibuat beberapa pindaan antaranya pada warna bulan sabit dan bintang dari warna putih ke warna kuning bagi melambangkan warna diraja . Akhirnya pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu, seperti yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Pada 19 Mei 1950, reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George IV. Bendera ini telah dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur pada 26 Mei 1950. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, upacara rasmi menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ini diadakan di Padang Kelab Selangor. Bendera ini telah dinaikkan dengan diiringi lagu kebangsaan ‘Negaraku’ yang buat pertama kali diperdengarkan kepada umum.

    MAKSUD WARNA JALUR GEMILANG

    Di bawah adalah maklumat berkaitan Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang untuk makluman umum. Selain itu, anda juga boleh merujuk lirik lagu Jalur Gemilang yang seringkali disiarkan sebagai lagu patriotik ketika bulan kemerdekaan.

    Berikut adalah perincian warna yang digunakan pada bendera kebangaan rakyat Malaysia :-

    1) Biru

    Lambang perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain

    2) Merah

    Menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta

    3) Putih

    Menjadi lambang kesucian serta keluhuran hati masyarakat

    4) Kuning

    Warna Di Raja yang khusus melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan.

    MAKSUD LAMBANG PADA JALUR GEMILANG

    Di bawah adalah maksud kepada lambang-lambang yang digunakan pada reka bentuk Bendera:

    1) Bulan Dan Bintang

    Menunjukkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara

    2) Bintang Pecah 14

    Menggambarkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan

    3) 14 Jalur

    14 Jalur menunjukkan 13 buah negeri dan satu wilayah persekutuan sebagai anggota di bawah kerajaan Persekutuan Malaysia.

    MAKSUD NAMA JALUR GEMILANG

    1) Jalur

    Maksud kepada 14 jalur yang berwarna merah putih. Lambang jalur menunjukkan satu haluan yang lurus , dimana hala tuju yang sama menjadi anutan seluruh rakyat negara dari Perlis sehingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara

    2) Gemilang

    Bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang Lambang kecemerlangan negara serta rakyat Malaysia dalam mendepani setiap cabaran yang datang. Ia turut menunjukkan kesungguhan dan kegigihan rakyat untuk menaikkan imej negara

    Klik Sini untuk lebih info berkaitan jalur gamilang

    Klik sini untuk informasi lain untuk anada

  • Bantuan Kuarantin

    Bantuan Kuarantin

    Bantuan kuarantin sehingga RM1400 adalah Kadar bantuan yang akan diberikan kepada induvidu yang sedang menjalani rawatan Covid-19 di wad hospital yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) adalah dengan jumlah Rm100 sehari. Kadar berkenaan sah sehingga maksimum 14 hari sahaja.

    Pemberian adalah secara (one-off) dan hanya sekali sahaja dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 (tidak akan diberikan bagi kes – kes yang berulang)

    SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KUARANTIN

    1. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana menerima Perintah Kuarantin Covid-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia
    2.  Menjalani rawatan Covid-19 di wad hospital ( Discharge Note/ Medical Certificate)

    PEMOHON YANG TIDAK LAYAK

    1. Bukan warganegara Malaysia
    2. Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
    3.  Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19

    CARA PERMOHONAN BANTUAN KUARANTIN

    Muat turun dokumen-dokumen di laman web www.nadma.gov.my

    Borang Permohonan Bantuan Khas COVID19 (Lampiran A)

    Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)

    Surat Perwakilan Kuasa Waris ( Lampiran C) *jika tiada akaun bank

    Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat :

    Ketua Pengarah
    Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
    Jabatan Perdana Menteri
    Aras 7, Blok D5, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan
    52502 Putrajaya
    (u.p. : Sekretariat KWABBN)

    DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK BANTUAN KUARANTIN

    1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 seperti di Lampiran A (Dokumen Asal)

    2. Salinan kad pengenalan (salinan diakui sah)

    3.  Dokumen KKM (salinan diakui sah) :

    i) Bagi pemohon yang di bawah perintah kawalan Pengawasan dan Pemerhatian.

    a. Salinan Borang Pengawasan Dan Pemerhatian.

    b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman.

    ii) Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh pihak KKM untuk merawat Covid-19.

    a. Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh pihak KKM untuk merawat Covid-19.

    4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B (dokumen asal)

    5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun** ( salinan diakui sah)

    **Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank/ muka depan buku akaun bank waris bersama – sama dengan surat perwakilan kuasa waris seperti di lampiran C serta Salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

    SISTEM SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID-19

    https : // bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

    CARA BAYARAN BANTUAN KUARANTIN

    Bayaran bantuan khas dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Covid-19 ini, anda boleh rujuk menerusi laman web rasmi NADMA di pautan : http://www.nadma.gov.my/ms/

     

    Klik Sini untuk lebih info bantuan dan permohonan

     

  • Bantuan Rebat RM40 Bil Elektrik

    Bantuan Rebat RM40 Bil Elektrik

    Bantuan Rebat RM40 Bil Elektrik : Program Rebat Bil Elektrik Rm40 adalah program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga Rm40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih.

    Bermula pada 1 Februari 2021, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini. Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR yang berpendapatan bulanan dibawah pendapatan purata nasional RM1,169.00.

    Pengguna yang bekelayakan akan menerima bil elektrik percuma sehingga Rm40 setiap bulan.

    SYARAT KELAYAKAN PROGRAM BANTUAN REBAT BIL ELEKTRIK

    1. Pengguna elektrik yang layak menerima rebat Rm40 ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih

    2. Penerima yang layak akan menerima rebat sehingga Rm40 sehingga 31 Disember 2021

    3. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga Rm40 sebulan sahaja, Sekiranya bil kurang daripada Rm40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya, dan jika bil melebihi Rm40, penerima perlu membayar baki bil tersebut

    4. Hanya 1 akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat nagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan sidahkan dalam sistem eKasih

    5. Rebat hanya terpakai kepada sistem Tarif A ( Domestik) sahaja

    6. Rebat ini termasuk semua jenis caj (contohnya caj tambahan lewat bayar)

    7. Rebat tidak termasuk di dalam tunggakan bil pada tahun 2019 dan 2020

    8. Pengguna bleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan  utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun

    9. Bil elektrik sehingga Rm40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna

    SEMAK KELAYAKAN UNTUK TERIMA BANTUAN REBAT

    Pengguna boleh merujuk dan mengetahui kelayakan program tersebut di https://semakanrebat.ketsa.gov.my/

     

    Klik Sini untuk lagi info berkaitan bantuan dan permohonan