Author: Linda

  • Vaksin Covid-19 Di Rumah

    Vaksin Covid-19 Di Rumah

    Vaksin Covid-19 Di Rumah. Negara sekarang ini telah hampiri untuk mencapai imuniti kelompok bagi program vaksinasi. Walau bagaimana pun, masih ada lagi yang belum mendapatkan vaksinasi kerana terlantar di rumah dan tidak berdaya untuk ke pusat vaksinasi.

    Oleh itu, kerajaan telah membuat satu penyelesaian melalui kaedah pelaksanaan outreach (jangkau luar) dengan penglibatan anggota kesihatan, pesakit bed-ridden (terlantar) yang boleh mendapatkan vaksin degan mudah.Iaitu dengan menerima Vaksin Covid-19 Di Rumah

    Ahli keluarga perlulah memastikan pesakit ini mendaftar terlebih dahulu dengan cara memaklumkan kepada mana-mana fasiliti terdekat dengan tempat tinggal. Fasiliti yang dimaksudkan termasuklah Klinik, Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan juga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

    KELAYAKAN UNTUK MENERIMA VAKSIN COVID-19 DI RUMAH

    1. Individu terlantar
    2. Orang kurang upaya (OKU) dengan ketidakupayaan fizikal atau mental yang serius
    3. Warga emas dengan ketidakupayaan fizikal atau mental yang serius
    4. Penjaga pesakit terlantar, serta seisi rumah yang berumur 18 tahun ke atas.

    LOKASI PENDAFTARAN UNTUK MENERIMA VAKSIN COVID-19 DI RUMAH

    1. Klinik Kesihatan
    2. Pejabat Kesihatan Daerah
    3. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
    4. Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
    5. Lokasi pendaftaran lain-lain

    MENGAPA PESAKIT TERLANTAR PERLU DIVAKSIN

    1. Mereka mudah terdedah kepada jangkitan disebabkan oleh kondisi mobiliti yang terhad dan komorbid.
    2. Sebarang jangkitan boleh membawa kepada komplikasi yang teruk.
    3. Kadar kemasukan ke hospital akibat jangkitan adalah tinggi.

    Berita lanjut mengenai Vaksinasi Covid-19 bagi pesakit terlantar di rumah Klik Sini

    Klik Sini untuk info lanjut jenis vaksin Covid-19 di Malaysia

     

     

  • Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

    Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

    Bantuan Khas Covid-19. Tarikh pembayaran bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) telah diumumkan iaitu pada 6 September 2021. Amaun akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang layak.

    Selain itu juga Bantuan Khas Covid-19 boleh didapati secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 6 September 2021, dan seterusnya secara berperingkat. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penuaian BKC Fasa 1.

    NOTIS BERKENAAN BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC) FASA 1

    CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN KHAS COVID-19

    > Layari laman sesawang rasmi untuk bantuan khas Covid-19 (BKC) (Klik Sini)
    > Hubungi Hotline Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) 1800-88-2747

    DOKUMEN UNTUK MENERIMA BANTUAN KHAS COVID-19 SECARA TUNAI

    1. Kad pengenalan penerima Bantuan Khas Covid-19.
    2. Wakil yang didaftarkan sahaja boleh mengambil bayaran Bantuan Khas Covid-19 secara tunai.

    Anda juga diminta mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter. Anda juga diwajibkan memakai pelitup muka serta membuat saringan suhu sebelum melakukan transaksi perbankan di kaunter Cawangan BSN.

    Soalan lazim Bantuan Khas Covid-19 Klik Sini

    Klik Sini untuk tarikh pembayaran bantuan khas covid-19

  • Jawatan Kosong Di JHEAINS

    Jawatan Kosong Di JHEAINS

    Jawatan Kosong Di JHEAINS Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan kini dibuka (tertakluk kepada tarikh tutup setiap jawatan) kepada calon yang berminat.
    Pengambilan jawatan kosong ini dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

    MAKLUMAT JAWATAN KOSONG DI JHEAINS

    Jawatan : Guru Takmir
    Lokasi Jawatan : Negeri Sembilan
    Nama Majikan : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
    Kelayakan Minima : Rujuk Iklan
    Tarikh Tutup Permohonan : 16 September 2021

    PERMOHONAN : (KLIK DISINI)

    KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN KOSONG DI JHEAINS

    Sekiranya anda merupakan calon yang berkelayakan dengan kelulusan Ijazah, Diploma, Stpm, Spm, atau Kelayakan Profesional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di atas.

    Calon yang memiliki kelebihan untuk jawatan ini sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut :

    1. Kemas
    2. Berpengetahuan Am
    3. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam diri dan lain2. (sila rujuk kelayakan memohon jawatan dibawah)

    Kelebihan jawatan :

    1. Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
    2. Cuti tahunan
    3. Cuti sakit dan lain-lain (sila rujuk kelayakan memohon jawatan dibawah)

    CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI JHEAINS

    Permohonan kerja kosong terbaru ini boleh dilakukan secara atas talian.

    Sila klik pautan ‘KLIK DISINI’ diatas dan rujuk maklumat permohonan, syarat kelayakan dan tarikh tutup permohonan jawatan.

    Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlulah mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pengisian maklumat yang diperlukan oleh sistem.

    Pemohon disarankan mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini.

    Calon yang terpilih akan dipanggil ke temuduga.

    Klik Sini untuk banyak lagi peluang kerjaya

  • Daftar MySejahtera Serta Kemaskini Terbaru

    Daftar MySejahtera Serta Kemaskini Terbaru

    Daftar MySejahtera Serta Kemaskini Terbaru. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilain kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

    MUAT TURUN DAN DAFTAR MYSEJAHTERA

    Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dari beberapa platform di telefon pintar anda. Disenaraikan dibawah adalah pautan pantas untuk memuat turun aplikasi dan daftar MySejahtera :

    DAFTAR MYSEJAHTERA

    Untuk pendaftaran aplikasi MySejahtera, beberapa langkah penting dan mudah perlu dilaksanakan. Disenaraikan dibawah cara daftar MySejahtera.

    Langkah-langkah pendaftaran aplikasi Mysejahtera :

    1. Klik “Daftar sini”
    2. Pendaftaran boleh dibuat melalui no telefon atau emel
    3. Sekiranya mendaftar melalui no telefon, anda akan menerima notofikasi sms yang mempunyai kod OTP. ~Masukkan kod OTP di ruangan yang disediakan
    4. Jika mendaftar melalui emel, anda akan menerima emel daripada MySejahtera dan klik pada pautan untuk pengesahan
    5. Masukkan butiran pendaftaran, tetapkan kata laluan dan klik sahkan
    6. Jika pendaftaran berjaya, tekan tutup untuk kembali kepada paparan log masuk.

    CARA  “CHECK IN & CHECK OUT” MYSEJAHTERA

    Pengguna yang telah berjaya mendaftar boleh menggunakan aplikasi MySejahtera di mana-mana premis berdaftar dengan MySejahtera Check In. Dengan kemaskini terbaru, butang tambahan “check-out’ telah ditambah, dan juga status vaksin pengguna akan dipaparkan sekali.

    Berikut adalah langkah mudah untuk menggunakan “Check In & Check Out”

    1. Buat pemeriksaan suhu badan yang disediakan di depan pintu masuk premis
    2. Buka aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke premis
    3. Paparan MySejahtera akan menunjukkan nama pengguna dan emel atau no telefon
    4. Klik pada bahagian “Check-in” untuk mendaftar masuk ke premis terbabit

    1. Scan QR Code yang disediakan

    6. Masuk ke premis
    7. Setelah selesai urusan di premis terbabit, keluar dari premis dan membuka aplikasi MySejahtera sekali lagi.
    8. Kali ini Klik pada bahagian “Check-out” pula untuk mendaftar keluar dari premis terbabit.

    DAFTAR MYSEJAHTERA CHECK-IN

    MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tanbahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

    Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Pengguna MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan.

    Klik Sini untuk mendaftar MySejahtera Check-In

    Klik Sini untuk log masuk ke MySejahtera Check-In

    MySejahtera Check-In menggunakan maklumat dari aplikasi mudah alih MySejahtera di mana pengguna diklasifikasi berdasarkan status risiko terhadap COVID-19, lokasi dan tanggungan yang berisiko di rumah. Ini dapat membantu majikan membuat pelan perancangan bagi kakitangan yang perlu bekerja dari rumah.

    KEMUDAHAN MYSEJAHTERA

    1. Membantu Kerajaan dalam usaha memustuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak Covid-19
    2. Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak Covid-19
    3. Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti Covid-19
    4. Membantu individu mengenal pasti hospital dan Klinik terdekat untuk mendapatkan pemerikasaan dan rawatan Covid-19

    Klik Sini untuk pelbagai lagi info untuk anda layari

  • 3 Alat Utama Pantau Gejala Covid-19

    3 Alat Utama Pantau Gejala Covid-19

    3 Alat Utama Pantau Gejala Covid-19 : Di musim pandemik Covid-19 di seluruh dunia, anda haruslah mengambil langkah berjaga-jaga dan juga mengambil langkah awal dalam membendung penyakit ini dari terus merebak. Tambahan juga, banyak varian-varian baru yang muncul dan pesakit sendiri kadang-kala tidak sedar mereka telah dijangkiti.

    SIMPTOM /  GEJALA COVID-19

    1. Menghidapi demam biasa / demam panas berpanjangan
    2.  Kelesuan yang bertambah teruk
    3. Kesukaran bernafas
    4. Sakit di bahagaian dada
    5. Batuk, muntah dan cirit-birit yang teruk

    CARA CEGAH ASAS

    1. Kerap membasuh tangan dengan cara yang betul
    2. Memakai pelitup muke atau pelindung muka
    3. Elakkan berada di tempat yang sesak atau mengelakkan bersentuhan dengan mana-mana individu

    3 ALAT PANTAU GEJALA COVID-19

    1.Thermometer / Alat Pengukur Suhu

    Ia merupakan salah satu alat pantau gejala Covid-19 yang paling penting dan asas yang perlu ada di setiap premis dan rumah anda. Fungsinya yang mudah iaitu untuk mengetahui suhu badan anda dari semsa ke semasa. Terdapat beberapa jenis thermometer yang terdapat di pasaran. Thermometer jenis infra-red adalah pilihan utama kerana mudah dan pantas.
    Elakkan untuk membeli thermometer yang murah dan tidak mempunyai taraf sah kerana mungkin keputusan suhu yang kurang tepat.

    Jadual untuk rujukan

    2. Blood Pressure Monitor / Alat Pengukur Tekanan Darah

    Tekanan darah tinggi adalah antara punca kematian Covid-19 yang paling kritikal. Dalam mencegah awal gejala covid 19, amatlah disarankan agar mengawal tekanan darah anda dan mengamalkan gaya hidup sihat dan cara pemakanan yang betul.

    Jadual untuk rujukan

    3. Pulse Oximeter /  Alat Pengukur Denyutan Nadi & Paras Oksigen

    Paras oksigen dalam badan adalah penting dalam menjalani kehidupan sihat. Alat ini adalah untuk mengukur denyutan nadi dan paras oksigen dalam darah. Dengan ada alat ini, ia dapat mengesan satu fenomena yang menjadi pembunuh senyap dipanggil Happy Hypoxia. Untuk mereka yang mempunyai gejala covid-19, ia boleh berlaku di mana keadaan paras kandungan oksigen dalam badan terlalu rendah.

    Jadual untuk rujukan

    Dinasihatkan supaya membeli pulse oximeter yang mempunyai kelulusan Malaysian Device Authority (MDA).

    PEMBELIAN 3 ALAT UTAMA PANTAU GEJALA COVID-19

    3 alat asas untuk pencegahan awal gejala Covid-19 di atas boleh didapati di :-

    1. Farmasi bedekatan anda.
    2. Platform pembelian atas talian seperti Shopee dan Lazada.
    3. Di dalam Apps MySejahtera.

    FAEDAH ALAT UTAMA PANTAU GEJALA COVID-19

    1. Mengetahui tahap kesihatan anda dan keluarga
    2. Membuat pencegahan awal sekiranya terdapat gejala
    3. Dapat membuat kuarantin kendiri di rumah jika mempunyai gejala.

     

    Klik Sini untuk lebih info berkaitan vaksinasi covid-19