Author: Linda

  • Jawatan Kosong Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11 Di JPNIN

    Jawatan Kosong Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11 Di JPNIN

    Jawatan Kosong Penolong Guru Tabika Perpaduan Di JPNIN 2021 kini dibuka. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan di seperti di bawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11 (Pembantu Operasi)
    Lokasi Jawatan :Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    Nama Majikan : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)
    Gaji : Minima RM1,216 dan Maksima RM2,983
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Tarikh Tutup Permohonan : 26 September 2021

    Bilangan Kekosongan : 14 orang (Simpanan : 42)

    Elaun :
    Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
    Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM95.00
    Elaun Bantuan Sara Hidup : RM350.00

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11 adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    1. Calon yang memiliki PMR atau setaraf dengannya hendaklah memperolehi sekurang- kurangnya Gred C dalam Subjek Bahasa Melayu serta sekurang-kurangnya Gred D dalam empat (4) Subjek lain termasuk Matematik.
    2. Calon yang memiliki PT3 atau setaraf dengannya hendaklah memperolehi sekurang- kurangnya Gred C dalam Subjek Bahasa Melayu serta sekurang-kurangnya Gred E dalam empat (4) Subjek lain termasuk pelajaran Matematik.
    3. Keutamaan adalah bagi pemohon kalangan wanita berasal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Selangor / Putrajaya.

    DISKRIPSI TUGAS PENOLONG GURU TABIKA

    • Bertanggungjawab membantu tugas-tugas guru.
    • Menguruskan kewangan dan kawalan akaun kelas
    • Menguruskan kebersihan dan keceriaan kelas
    • Menyediakan makanan kanak-kanak mengikut menu yang telah ditetapkan.
    • Serta melaksanakan tugas yang diarahkan daripada masa ke semasa.

    PERMOHONAN JAWATAN

    Permohonan jawatan Penolong Guru Tabika Perpaduan Gred N11 hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang dilampirkan bersama iklan ini. Salinan Sijil atau lain-lain dokumen yang telah disahkan oleh (Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas atau Pengetua Sekolah, Ketua Kampung, Pesuruhjaya Sumpah) seperti dibawah hendaklah disertakan bersama-sama borang permohonan:

    • a) Kad Pengenalan;
      b) Sijil Kelahiran;
      c) Sijil Berhenti Sekolah;
      d) Sijil Peperiksaan PMR, PT3 atau yang setaraf dengannya; dan
      e) Lesen Memandu jika ada.

    Muat Turun Borang Permohonan (Klik Disini)

    Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dokumen-dokumen yang telah disahkan mestilah dihantar sebelum atau pada 30 September 2021 ke alamat seperti berikut:-

    Pengarah,
    Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    (Kementerian Perpaduan Negara)
    Tingkat 27, Menara TH Selborn,
    No.153, Jalan Tun Razak
    50400 KUALA LUMPUR

    Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

    Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri dan Jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.

    Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada talian 03 – 2602 4500 atau email ke ppnkl@perpaduan.gov.my

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya di Majlis Amanah Rakyat

  • Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor – September 2021

    Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor – September 2021

    Yayasan Selangor adalah dengan ini membuka Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah bagi Sesi September 2021 kepada pelajar yang telah menerima tawaran atau sedang dalam pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja) dalam negara.

    SYARAT KELAYAKAN TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN

    • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
    • Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01 Februari, 1974 atau; Pemohon telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun dan mendapat pengesahan daripada Ahli Dewan Negeri / Penghulu/ Ketua Kampung di kawasan tempat tinggal pemohon di negeri Selangor.
    • Pendapatan per kapita keluarga di bawah RM 3,000.00
    • Pelajar belum menerima sebarang pembiayaan pendidikan daripada mana-mana badan penajaan pembiayaan pendidikan.
    • Keutamaan tawaran akan diberikan kepada pelajar Tajaan Yayasan Selangor di bawah program RKPYS/HIPERS dan status kelahiran anak Selangor. Lain-lain keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad.

    TARIKH TAWARAN

    • Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh dimuat turun dan dicetak di pautan : BorangPinjaman Pelajaran YS
    • Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama salinan dokumen yang diperlukan, hendaklah dihantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor sebelum tarikh tutup tawaran di alamat seperti berikut:

    Bahagian Pembiayaan Pendidikan
    Yayasan Selangor
    Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
    No.18A, Persiaran Barat
    46000 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan

    Telefon: 03 – 7669 1237 / 188 / 243 / 162
    Email: tajaan@yselangor.com

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh terus rujuk di laman web rasmi Yayasan Selangor –  (Klik Disini)

    Klik Sini untuk lebih info pendidikan untuk anda

  • Jawatan Kosong Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera Gred JA29

    Jawatan Kosong Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera Gred JA29

    Jawatan Kosong Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera Gred JA29 di Jabatan Kementerian Sumber Manusia kini dibuka. Jabatan Kementerian Sumber Manusia melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA) mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan ini.

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera Gred JA29
    (kekosongan 1, SImpanan 8)
    Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia
    Nama Majikan : Jabatan Kementerian Sumber Manusia
    Gaji : Minima RM1,549 dan Maksima RM5,701
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Tarikh Tutup Permohonan : 27 September 2021

    Bidang Jawatan :

    1. Kejuruteraan Kimia

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera Gred JA29 adalah :

    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN PENOLONG PEMERIKSA KILANG DAN JENTERA GRED JA29

    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
      2. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

    PERMOHONAN DAN DESKRIPSI JAWATAN

    Pembantu kepada Pemeriksa Kilang dan Jentera. Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.

    Untuk calon yang berminat untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di : https://spa9.spa.gov.my/login

    Untuk Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera Gred JA29  (Klik Sini)

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

  • Positif Covid-19. Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

    Positif Covid-19. Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

    Apabila anda sudah membuat pemeriksaan saringan covid-19, dan juga mendapati anda positif Covid-19, apa yang perlu anda lakukan? Bagaimana pula dengan ahli rumah anda yang lain?

    WAJIB PATUHI

    Mana-mana orang yang telah disahkan positif Covid-19 oleh mana-mana fasilti kesihatan perlu menjalani kuarantin secara kendiri walaupun belum dikeluarkan perintah pengawasan dan pemerhatian.

    “Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [akta 342] memperuntukkan bahawa orang yang dijangkiti tidak boleh bertindak mengikut cara yang boleh merebakkan penyakit berjangkit”

    Kegagalan menjalani kurantin kendiri oleh mana-mana orang yang dijangkiti merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 12 (3) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [akta 342] dan jika disabitkan bersalah, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

    ANDA KES POSITIF COVID-19 YANG BERADA DI RUMAH?

    Apa yang perlu anda lakukan jika anda positif Covid-19 yang berada di rumah, samada berseorangan atau bersama orang lain. ini yang perlu anda lakukan :

    1. Anda perlu duduk di bilik yang berasingan daripada ahli rumah yang lain. Dan lebih elok jika bilik berkenaan ada kemudahan bilik air.
    2. Jika terpaksa berkongsi bilik air, pastikan bilik air dibersihkan atau disinfeksi setiap kali selepas digunakan
    3. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer.
    4. Pakailah pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal 1-2 meter dengan ahli rumah yang lain
    5. Pantau diri sendiri setiap hari untuk gejala yang lebih teruk. Hubungi 999 jika gejala bertambah teruk seperti sesak nafas dan demam dengan suhu yang tinggi

    ANDA DUDUK SERUMAH DENGAN KES POSITIF COVID-19?

    Bagaimana pula jika ahli rumah lain pula yang positif Covid-19? Ini yang perlu anda lakukan :

    1. Kekal duduk dirumah selama 10 hari.
    2. Tidak berkongsi bilik bersama ahli rumah yang positif Covid-19
    3. Sentiasa memakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal 1-2 meter daripada kes positif
    4. Letak makanan dan minuman di luar pintu bilik untuk diambil sendiri oleh ahli rumah yang positif Covid-19
    5. Pakai sarung tangan semasa mengendalikan perkakas yang digunakan oleh kes positif.
    6. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan hans sanitizer
    7. Pantau diri setiap hari untuk gejala menggunakan aplikasi MySejahtera

    PERINTAH PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN (HSO)

    Jika anda berada dalam Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian (HSO) yang berada di rumah, ini yang perlu anda lakukan :

    1. Pastikan anda boleh dihubungi pada setiap masa
    2. Sentiasa berada dirumah sepanjang tempoh pengawasan dan pemerhatian. Digalakkan untuk berada dalam bilik yang ada bilik air berasingan dengan orang lain
    3. Hadkan pelawat atau tetamu yang datang kerumah
    4. Senaraikan amalkan adab batuk dan bersin yang betul
    5. Sekiranya bergejala, sentiasa pakai pelitup muka.
    6. Hadkan penjarakan fizikal anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter
    7. Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap
    8. Pada hari ke-8, anda perlu pergi jalani ujian serologi Covid-19 di klinik kesihatan / klinik swasta yang diiktiraf oleh KKM. Pastikan anda mendapat salinan keputusan ujian tersebut.
    9. Pada hari ke-10, hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan laporan ujian serologi untuk mendapatkan pelepasan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, serta menaggalkan gelang perintah pengawasan

    CARTA ALIRAN PENGURUSAN PESAKIT COVID-19

    Untuk info lanjut berkenaan pemantauan kendiri kes positif Covid-19 di rumah boleh ke pautan Kementerian Kesihatan Malaysia (Klik Sini)

    Klik Sini untuk info berkaitan Covid-19 berkenaan 3 alat utama pantau gejala Covid-19

  • Jawatan Kosong Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang

    Jawatan Kosong Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang

    Jawatan Kosong Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang kini dibuka. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG merupakan sebuah Universiti Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berwibawa untuk mengisi jawatan berikut :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Naib Canselor Gred Utama A (VU5) Terbuka
    Lokasi Jawatan : Universiti Malaysia Pahang
    Nama Majikan : Universiti Malaysia Pahang
    Gaji : Minima RM9,038 dan Maksima RM24,465
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Tarikh Tutup Permohonan : 27 September 2021

    Tempoh Lantikan : Tiga (3) tahun (Tertakluk kepada keputusan Kementerian Pengajian Tinggi)
    Taraf Lantikan : Secara Pertukaran Sementara, Pelantikan Pinjaman atau Pelantikan Sementara.

    KRITERIA UMUM

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Naib Canselor Gred Utama A (VU5) Terbuka di Universiti Malaysia Pahang adalah :

    1. Kecemerlangan Akademik
      Penyandang mestilah mempunyai kelayakan PhD, mendapat command of respect dari kalangan rakan sejawat, mempunyai rekod cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan jurnal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran dan cemerlang dalam khidmat profesional.
    2. Pengiktirafan Antarabangsa
      Penyandang mestilah diiktiraf oleh peers antarabangsa sebagai pakar dalam bidangnya, mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh, pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari organisasi terkemuka luar negara.
    3. Kebolehan Memimpin dan Mengurus
      Penyandang mestilah mempunyai people skills yang boleh menerajui transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik. Ditambah dengan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap. Pengalaman dan rekod kecemerlangan pimpinan akademik merupakan antara ciri utama dalam menentukan kebolehmampuan calon.
    4. Reputasi
      Menjadi role model kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan proven track record serta disanjungi baik serta dihormati oleh masyarakat kampus dan luar.
    5. Personaliti
      Penyandang mestilah seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player, serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan universiti. Calon juga mestilah memahami aspirasi Negara untuk membangunkan modal insan bermentaliti kelas pertama.
    6. Berfikiran Jauh Dan Kritis
      Penyandang mestilah berkemampuan untuk berfikiran jauh dalam menentukan hala tuju dan visi pembangunan dan kecemerlangan organisasi selain mempunyai kemampuan untuk menganalisis, mensintesis, dan membuat penilaian secara holistik dalam menyelesaikan masalah.
    7. Berintegriti
      Penyandang perlulah mempunyai tahap integriti yang tinggi, tidak pernah terlibat dalam mana-mana kesalahan jenayah dan tatatertib serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jawatan dan peranan yang diamanahkan.
    8. Kapasiti Menjana Pendapatan
      Penyandang mestilah mempunyai minda keusahawanan seperti cekap melihat peluang, berani mengambil risiko bagi meneroka peluang-peluang baharu serta berfikiran kreatif dan inovatif dalam menggunakan sumber secara optimum untuk menjana pendapatan universiti.
    9. Menghayati Agenda Nasional
      Penyandang perlu menangani perubahan dan membawa organisasi ke arah kecemerlangan serta bersedia untuk melaksanakan transformasi demi melonjakkan reputasi organisasi. Penyandang juga perlu mampu untuk menghargai kepelbagaian serta merealisasikan dasar-dasar negara dan agenda nasional.

    KRITERIA KHUSUS

    i. Mempunyai kapasiti dalam penjanaan dana Universiti;
    ii. Mempunyai integriti akademik;
    iii. Mempunyai ciri-ciri pemimpin bertransformasi;
    iv. Mempunyai kecenderungan politik selari dengan arus perdana;
    v. Berfikiran jauh dan kritis (thought leader);
    vi. Menghayati agenda nasional;
    vii. Mempunyai minda keusahawanan; dan
    x. Lain-lain kriteria yang difikirkan sesuai berdasarkan niche area Universiti

    PERMOHONAN JAWATAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

    Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan surat permohonan, curriculum vitae, mengisi borang permohonan berserta dokumen sokongan lain yang berkaitan dihantar kepada :

    NAIB CANSELOR,
    UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
    CANSELERI TUN ABDUL RAZAK,
    UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
    26600 PEKAN,
    PAHANG DARUL MAKMUR

    Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukan kepada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMP di talian 09-424 5221/5226/5232, No. Faks: 09-424 2222 atau e-mel :
    saifulbahri@ump.edu.my / liza@ump.edu.my / hr.promo@ump.edu.my .

    Untuk Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (Klik Sini)

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.