Author: Linda

  • Pengambilan Jawatan Guru Gred41

    Pengambilan Jawatan Guru Gred41

    Berita baik buat semua rakyat Malaysia. Bagi yang menganggur, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuka kekosongan jawatan tetap bagi tahun 2022.

    Calon boleh membaca kriteria kelayakan, mendaftar, memohon dan kemaskini permohonan dalam talian melalui Portal SPP.

    Guru-Guru Di Malaysia Adalah Antara Guru Yang Paling Berdedikasi Di Dunia!

    Syarat Kelayakan Pengambilan Jawatan Guru Gred41 SPP 2022

    Untuk kelayakan pengambilan jawatan guru gred41 SPP 2022 adalah seperti PDF file dibawah :

    [adinserter block=”11″]

    Graduan Pendidikan Yang Tidak Layak Memohon

    Antara mereka yang tidak layak memohon adalah seperti berikut :

    1. Guru Interim
    2. Guru Kontrak (Lantikan SPP)
    3. Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam
    4. Bukan seorang yang bankrap
    5. Telah tamat pengajian tetapi belum memperolehi keputusan Senat Universiti

    Cara Permohonan

    Permohonan dan pengemaskinian maklumat permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) di
    https://myspp.spp.gov.my/ sebelum 27 Mei 2022 (Jumaat)

    Anda diingatkan agar memastikan semua maklumat dalam SPP adalah lengkap dan tepat kerana sebarang kesilapan boleh menjejaskan peluang anda dipanggil temuduga.

    Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

  • Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022

    Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022

     

    Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022. Berita baik untuk semua golongan belia kerana pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan belia RM1000 dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 lepas.

    Bantuan ini terbuka kepada golongan yang berusia 18 tahun sehingga 30 tahun dan bantuan ini masih terbuka sehingga 2022. Bermula 1 Januari 2022 lepas setiap majikan yang memiliki pekerja yang berusia 18 sehingga 30 tahun layak memohon bantuan insentif sebanyak RM1000 menerusi Program Perantisan

    Tujuan Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022

    Tujuan bantuan ini diberikan adalah kerana memberi peluang kepada penganggur / belia yang tidak memiliki pekerjaan tetap. Turut membantu belia menambah pengalaman dalam pekerjaan serta meninggkatkan mutu kemahiran bekerja melalui on-the-job-training.

    Maklumat Bantuan

    • Bayaran sebanyak RM 1,000 untuk majikan yang memiliki lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
    • Gaji minimum adalah RM 1,200 sebulan.
    • Majikan akan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantisan dengan kos minimum RM 4,000.
    • Pekerja turut layak menerima elaun kesedian kerja / insentif.

    Syarat Kelayakan

    • Seorang warganegara Malaysia
    • Merupakan lepasan sekolah / graduan yang berusia 18 hingga 30 tahun
    • Masih menganggur dan tidak memiliki pekerjaan tetap
    • Pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.

    Maklumat Tambahan

    • Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan perlu membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
    • Setiap Perantis yang diambil bekerja di bawah program ini hendaklah melakukan caruman dengan pihak PEKERSO.

    Cara Permohonan Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022

    [adinserter block=”11″]

    Pihak memohon Penjana Kerjaya secara atas talian (Online) melalui portal PERKESO https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

    Untuk para belia yang ingin menyertai program ini, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna serta isi setiap maklumat bagi melakukan permohonan menerusi program yang telah ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs

    Maklumat Lanjut Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022

    Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022, anda boleh hubungi :

    03 – 8091 300 atau 1-300-88-2000

    atau emel ke penjanakerjaya@perkeso.gov.my

    Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

  • Jawatan Kosong Terkini Di TEKUN Nasional Mei 2022

    Jawatan Kosong Terkini Di TEKUN Nasional Mei 2022

    Jawatan Kosong Terkini Di TEKUN Nasional Mei 2022. TEKUN Nasional telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong kepada semua waragnegara Malaysia yang layak untuk menyandang jawatan seperti maklumat dibawah :

    Maklumat Jawatan

    Jawatan1. Pembantu Pegawai Kutipan
    2. Pembantu Pegawai
    3. Pembandu Peribadi
    MajikanTEKUN Nasional
    LokasiKuala Lumpur
    GajiRujuk Iklan Penuh
    Tarikh Tutup14 April 2022

    Syarat Utama Lantikan

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Terkini Di TEKUN Nasional Mei 2022 :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
    TEKUN Nasional lancar skim pembiayaan tanpa caj

    Syarat Lantikan Khusus Jawatan Kosong Terkini Di TEKUN Nasional Mei 2022

    Untuk syarat lantikan khusus Jawatan Kosong Terkini Di TEKUN Nasional Mei 2022, anda boleh terus ke pautan laman MyFutureJobs di :

    [adinserter block=”11″]

    Cara Permohonan

    Untuk membuat permohonan Jawatan Kosong Terkini Di TEKUN Nasional Mei 2022, anda boleh layari laman web rasmi MYFutureJob di https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ dan daftar masuk. Anda boleh terus membuat permohonan jawatan yang diinginkan.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkenaan, anda boleh hubungi :

    T5-01-01, Menara 5,
    Jalan Lingkaran Tengah, Lingkaran Maju ( Maju Link ),
    57000 Bandar Tasik Selatan,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    No Tel : 03-9059 8888
    No Fax : 03-9059 9292
    Email: mailbox@tekun.gov.my

    Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

  • Permohonan Geran PKS Makmur Johor

    Permohonan Geran PKS Makmur Johor

    Permohonan Geran PKS Makmur Johor. Geran PKS Makmur Johor merupakan bantuan berbentuk mesin atau peralatan dan merupakan kesinambungan Geran Orang Lokal (GOL). Nilai bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja.

    Bantuan ini terbuka kepada usahawan yang bertaraf mikro sahaja. Mikro bermaksud perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang (Merujuk Definisi oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK), 2013).

    Kelayakan Permohonan Geran PKS Makmur Johor

    Kluster yang Layak memohon adalah seperti berikut :

    1. Gunting rambut
    2. Pemprosesan makanan dan minuman
    3. Percetakan
    4. Kimpalan
    5. Pertukangan kayu

    Kluster yang Tidak Layak adalah seperti berikut :

    1. Agro/Perikanan/Penternakan
    2. Elektrik dan Plumbing
    3. Kedai makan dan minum
    4. Pelancongan dan Penginapan
    5. Sukan dan Hobi
    6. Teknologi Maklumat / Komputer / Gajet
    7. Pemborong dan Peruncitan
    8. Lain- lain kluster yagn tidak dinyatakan diatas
    May be an image of ‎text that says '‎PUJE PERBADANAN USAHAWAN AHAW Johor JohorSdnBhd JohorSdnBh Bhd 25 GERAN PKS MAKMUR JOHOR 2022 BANTUAN PERNIAGAAN SEHINGGA RM5,000 DALAM BENTUK MESIN & PERALATAN Terbuka Kepada Permohonan Baru Bagi Usahawan Mikro Mengikut Kluster Berikut: Percetakan Pemprosesan Makanan & Minuman Pertukangan Kayu Kimpalan Gunting Rambut Permohonan bermula pada 20 MOHON SEKARANG DI 26 April 2022 f WWW.PADU.PUJB.MY *Sila Baca Manual Am Terlebih Dahulu Sebelum Membuat Permahonan Perbadanan Usahawan Johor PUJBTV ل #AmazingPUJB #PUJBkesayanganUsahawan #KeusahawananKerjayaPlhan pujb.official‎'‎

    Syarat Permohonan

    Syarat untuk membuat permohonan Geran PKS Makmur Johor adalah

    1. Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di negeri Johor sekurang – kurangnya 5 tahun dan berumur 18 – 65 tahun semasa permohonan dibuat.
    2. Mempunyai premis perniagaan atau perniagaan yang dijalankan mestilah berasingan dengan rumah.
    3. Telah menjalankan perniagaan selama 3 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
    4. Perniagaan hendaklah dijalankan secara sepenuh masa dan bukan sambilan.
    5. Ketika permohonan dibuat perlu mengemukakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang dalam satu muka surat), salinan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu merangkumi Maklumat Pemilik Perniagaan dan Maklumat Perniagaan, gambar premis perniagaan, gambar produk yang dihasilkan, mengemukakan salinan penyata akaun syarikat atau penyata akaun simpanan peribadi yang aktif untuk 1 bulan terkini dan gambar mesin atau peralatan yang diperlukan.
    6. Hanya permohonan Lengkap dan memenuhi kriteria sahaja akan diproses dan disaring ke fasa seterusnya
    7. Keutamaan permohonan kepda yang Belum pernah menerima mana-mana bantuan dari Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan dibuat.

    Skop Bantuan Yang Akan Diberikan

    Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk mesin atau peralatan bernilai sehingga RM5,000 sahaja

    Cara Membuat Permohonan

    Borang permohonan Geran PKS Makmur Johor boleh diisi menerusi Website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd di :

    [adinserter block=”11″]
    1. Hanya permohonan yang layak sahaja akan dihubungi oleh PUJB
    2. Bagi permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh 3 buan dari tarikh tutup permohonan Dianggap Tidak Berjaya. Tiada sebarang pemakluman bagi permohonan yang tidak berjaya.
    3. Permohonan dibuka semula 20 April 2022 (Rabu), Jam 8 malam hingga 26 April 2022 (selasa) Jam 5 petang
    4. Satu permohonan hanya layak untuk satu syarikat sahaja
    5. Sila pastikan setiap ejaan dan nombor telefon yang diberikan semasa permohonan dibuat adalah tepat dan aktif bagi mengelakkan sebarang masalah komunikasi atau masalah tidak dapat dihubungi.
    6. Pihak PUJB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan ejaan perkataan atau nombor telefon serta maklumat yang diberikan yang mengakibatkan permohonan tidak berjaya.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkenaan Permohonan Geran PKS Makmur Johor, anda boleh hubungi melalui aplikasi Whatsapp dan juga email :

    Whatsapp : 011 – 2075 5135

    Emel : jabatanprogram.pujb@gmail.com

    Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

  • Bantuan Laptop Percuma B40

    Bantuan Laptop Percuma B40

    Bantuan Laptop Percuma B40. Untuk makluman anda, Bantuan Laptop Percuma ini bertujuan untuk memudahkan para pelajar meneruskan pembelajaran secara atas talian (online) dan membantu meringankan beban keluarga golongan B40

    Syarat Permohonan Bantuan Laptop Percuma B40

    Bagi syarat dan permohonan, semua pelajar ataupun mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) layak untuk memohon bantuan ini tanpa mengira sama ada mereka adalah merupakan pelajar Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS, dan Universiti Awam (UA)

    5 Laptop Harga 5 Jutaan Berkualitas, Pas Buat Pelajar dan Mahasiswa

    Untuk menyemak kelayakan mendapatkan Bantuan Laptop Percuma B40, anda perlu membuat semakan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) pusat pengajian anda masing-masing.

    Permohonan Bantuan Laptop Percuma B40

    Cara permohonan bantuan laptop percuma B40 boleh dilakukan dengan cara membuat permohonan secara atas talian mengikut jenis atau jenama laptop yang diinginkan.

    Klik Pautan dibawah mengikut jenama laptop yang diinginkan :

    [adinserter block=”11″]

    Tarikh Permohonan

    Tarikh permohonan ini boleh dibuat adalah bermula dari 15 April 2022. Permohonan boleh dibuat melalui patutan terus ke portal rasmi jenama laptop yang diinginkan pelajar seperti diatas.

    Kerajaan Janji Beri Peranti Yang Terbaik

    Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia turut menyatakan bahawa sebanyak 450,000 peranti dijangka akan diedarkan untuk tahun ini melalui tiga fasa pemberian.

    Dalam masa sama, pihaknya juga memberikan jaminan, peranti yang akan diberikan adalah yang berkualiti tinggi, dan bukan ‘cap ayam’.

    Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.