Author: Destina Asia

  • ACIGOLD MEMBUAT INOVATIF TEKNOLOGI BAHARU MELALUI PRA PELANCARAN BERASASKAN ‘WEB3 BLOCKCHAIN-BASED ECOSYSTEM’

    ACIGOLD MEMBUAT INOVATIF TEKNOLOGI BAHARU MELALUI PRA PELANCARAN BERASASKAN ‘WEB3 BLOCKCHAIN-BASED ECOSYSTEM’

    PRA PEMBUKAAN ACIGOLD WEB3 BLOCKCHAIN
    ACIGOLD WEB3 BLOCKCHAIN

    Kuala Lumpur: 3hb Ogos, 2023: ACIGOLD® ialah syarikat yang bermula di Amerika Syarikat dan Dubai, dan kini mereka telah membuka cawangan baharu di Malaysia. Mereka teruja untuk memperkenalkan aplikasi baharu bernama ACI CHAT® dengan kerjasama kumpulan yang mengajar tentang teknologi blockchain di Sabah, Malaysia. Aplikasi ini membolehkan orang ramai bercakap dengan orang yang mereka sayangi dan juga memperoleh wang semasa menggunakannya. Ia boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS.

    ACIGOLD® juga menawarkan ekosistem pelbagai fungsi yang merangkumi sebuah lagi aplikasi Mesyuarat Langsung (Online Meeting) dalam talian ACI LIVE®, aplikasi mesyuarat ACI LIVE® membolehkan pengguna menjalankan mesyuarat, seminar dan persidangan dengan rakan sekerja dan pelanggan dari seluruh dunia, menghapuskan keperluan untuk perjalanan fizikal dan mengurangkan kos yang berkaitan, aplikasi ini juga tersedia pada versi Android(PlayStore) dan iOS (Appstore).

    Teknologi blockchain Web3 terbina memastikan semua interaksi dan transaksi pada platform ACIGOLD® adalah selamat dan telus. Dengan menggunakan decentralised rangkaian, ACIGOLD® menghapuskan keperluan untuk pengantara, membolehkan ekosistem yang lebih cekap dan kos efektif untuk penggunanya di seluruh dunia.

    (more…)

  • RIDING THE WAVES OF BUSINESS EVENTS AT THE MALAYSIA BUSINESS EVENTS WEEK 2023

    RIDING THE WAVES OF BUSINESS EVENTS AT THE MALAYSIA BUSINESS EVENTS WEEK 2023

    The Malaysia Business Events Week 2023 (MBEW 2023) will be held at the Kuala Lumpur Convention Centre (the Centre) from August 21–26 for the eighth consecutive year as the flagship event of the Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB).

    Themed “Riding the Waves”, the event is centered around fostering a strong sense of regional spirit which positions business events as a catalyst that initiates a sequence of positive impacts on Southeast Asia’s sustainable socio-economic growth.

    MBEW 2023 will be officiated by YB Dato Sri Tiong King Sing, Minister of Tourism, Arts & Culture (MOTAC) and is slated to welcome 400 industry players including association management companies, professional congress and exhibition organisers, event management companies and more. The event will also feature a lineup of panel speakers consisting of both local and international experts to provide invaluable global insights.

    This flagship event stands as a testament to our nation’s commitment to excellence, innovation, and collaboration in the world of business events. This year, we are proud to go big and bold for the industry as we introduce our lineup of programmes which will certainly provide industry players with fresh ideas and perspectives to further enhance their businesses. I also believe that through the networking sessions which provide a platform for knowledge exchange, our delegates will leave this event with a renewed sense of inspiration and a strengthened network of valuable connections. They will be equipped with the tools and insights needed to tackle the challenges of the ever-evolving business landscape and drive their ventures towards greater success in the global market,” said Mr. Zain Azrai Rashid, Acting Chief Executive Officer of MyCEB.

    During the event, delegates can engage in a wide range of activities, including topic discussions, workshops, training sessions, and forums addressing crucial industry points. They can also anticipate the launch of MyCEB’s latest support programme, aimed at attracting more international business events to the country, with the goal of boosting the business events industry and creating increased employment opportunities. Furthermore, MyCEB will introduce the BE Exchange (Business-to-Business) session, dedicated to discussing the International Journal of Business Events and Legacies, as well as the Business Events National Challenge 2023, designed to nurture future industry leaders. Beyond business, MBEW is actively giving back to the community through MyCSR initiatives for a tree planting activity and blood donation drive.

    “My heartfelt gratitude to our esteemed partners who have been instrumental in making MBEW 2023 a resounding success. A special thank you goes out to Malaysian Association of Convention and Exhibition Organisers and Suppliers (MACEOS), International Congress and Convention Association (ICCA), Global Association of the Exhibition Industry (UFI), Professional Convention Management Association (PCMA), Malaysia Society of Association Executives (MSAE), Evenesis, Tourism Selangor, Business Events Sarawak, Langkawi Development Authority (LADA), National Blood Centre and more. I cherish our collaborative partnerships and look forward to continued success together in shaping the future of the business events industry. Furthermore, I would like to express my heartfelt appreciation to the Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC), the Ministry of Finance (MOF), and the Ministry of Economy (MOE) for their unwavering support and commitment in ensuring the seamless execution of MBEW 2023. We are grateful for the trust you have placed in us and the confidence you have shown in our ability to organise such a significant occasion. Your support has been instrumental in strengthening Malaysia’s position as a premier hub for business events in the global arena,” Mr. Zain Azrai Rashid concluded.

    To know more and be part of MBEW 2023, visit https://www.myceb.com.my/mbew.

     

  • MEMBERI SINAR HARAPAN JALAN CHOW KIT

    MEMBERI SINAR HARAPAN JALAN CHOW KIT

    Program yang berlangsung di Jalan Chow kit merupakan program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah mendapat kerjasama dan sokongan dari pihak MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) yang prihatin terhadap nasib orang kurang bernasib baik ketika masih di bulan syawal. Syawal merupakan hari meraikan kemengan tetapi masih ada yang berjuang untuk melangsungkan kehidupan seharian. Tujuan progaram ini dijalankan supaya dapat membuka mata orang awan.

    Dalam program tersebut, telah pun berjaya mengagihkan sumbangan buat rakan jalanan di sana. Dalam yang sama telah menyumbangkan saguhati dalam bentuk duit. Pada masa sama, katanya, program bertujuan memberikan penerangan mengenai `Self-Care Kit’ bagi menerapkan nilai kebersihan dalam diri gelandangan.

    Terima kasih juga kepada MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) yang telah memberi peluang kepada pihak Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah bersama Rakan Jalanan Chow Kit untuk bersama-sama menjayakan program menyantuni rakan jalanan di bulan Syawal baru-baru ini.

    Dengan Aktiviti menyantuni rakan jalanan ini akan diteruskan di bulan-bulan lain dimana golongan rakan jalanan ini termasuk dari kalangan golongan asnaf yang menjadi sasaran Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah untuk dibantu. Selain membantu menerima keperluaan asas, pendekatan ini adalah salah satu cara untuk kita menyampaikan pendidikan Islam kepada mereka disamping menimbulkan rasa selesa dijiwa mereka bahawa masih ada yang mengambil berat tentang penderitaan mereka. Insha’Allah.

  • 3 Isu Rakyat Yang Sengsara di Tanah Tumpah Darah

    Usaha gigih mengemudi negara di bawah naungan pentadbiran perpaduan dan mengucapkan syabas.

    Projek Lebuhraya persisiran Pantai Banting

    Taiping di bawah Pembinaan Konsortium WCE Holdings telah mengakibatkan banyak tanah diambil oleh pihak kerajaan bagi memberi laluan kepada projek tersebut. Maka begitu juga berlakunya pengambilan tanah di Kawasan Parlimen Kota Raja & DUN Sentosa Klang, Selangor. Kawasan yang tersebut ialah Kg Jawa, Klang. Terdapat lebih kurang 250 keluarga yang tinggal di sana lebih daripada 70 tahun. Mereka tinggal dengan membayar TOL dan cukai taksiran. Pihak JKPTG telah menjemput pihak penduduk Kawasan tersebut dan memaklumkan bahawa pengambilan tanah perlu dibuat dan mengadakan beberapa pertemuan mengesyorkan penduduk-penduduk Kg jawa tersebut untuk mengemukakan penilaian untuk tanah yang diambil dan juga untuk bangunan yang penduduk tinggal. Perkara ini berlanjutan dari tahun 2015 hingga ke hari ini. (8 tahun)

    Pihak Penduduk telah mencari penilai yang bertauliah dan membawa segala penilaian yang telah dipersetujui oleh Pentadbir Tanah semasa sesi mesyuarat bersama penduduk-penduduk kampung terbabit. Pihak JKPTG telah mengeluarkan satu Borang H (muktamad) yang nilai bayaran untuk tanah dan bangunan telah diturunkan. Dipercayai satu konspirasi telah berlaku di pejabat JKPTG dimana pentadbir tanah dan galian JKPTG telah membuat satu keputusan membatalkan Borang H yang di beri (dengan satu pertemuan diadakan bersama penduduk-penduduk yang terbabit, ADUN Sentosa dan wakil Ahli Parlimen Kota Raja yang turut dipercayai kemungkinan besar berkomplot dalam pembatalan Borang H tersebut).

    Justeru demkian pentadbir tanah mencari jalan menggunakan teknik tipu helah kepada penduduk-penduduk yang terbabit dengan berjanji bahawa nilai baru yang lebih tinggi akan dipelawa maka Borang H lama dibatalkan dan akan membuat bayaran untuk tambahan nilai baru. Tetapi akhirnya baharu penduduk-penduduk kampung terbabit sedar bahawa Pentadbir Tanah telah menipu mereka dan segera mengeluarkan satu Borang LC untuk membayar gantirugi yang lagi kurang seperti yang tertera di Borang H. Penduduk-penduduk telah membantah dan akhirnya memohon bantuan kami NGO (Nambikkai) bagi penyelesaian masalah mereka.

    Pihak pejabat YAB Menteri Besar Selangor hanya menerima Memorandum kami tetapi masih tiada apa-apa prubahan berlaku untuk penduduk Kg Jawa. Pihak JKPTG telah memanggil penduduk-penduduk kampung terbabit dan memberitahu bahawa JKPTG hanya akan membayar harga lama dan bukannya harga baru. Untuk pengetahuan, sekiranya Borang H telah dikeluarkan maka besar maknanya pembayaran harus berlaku dan sekiranya wang gantirugi & pampasan tidak dibayar maka pihak JKPG harus membayar tambahan bunga sekadar 8%

    Dalam hal Kg Jawa ini pihak JKPTG membuat segala undang-undang tersendiri dengan mencipta satu rekod baru yang sangat menyokong kepada pihak Konsortium WCE dalam masa 8 tahun ini. Terdapat juga bayaran yang telah dbuat kepada lebih daripada 37 penduduk dengan mengikut apa yang tertera dalam Borang H tetapi kebanyakan penduduk-penduduk Kg jawa menjadi mangsa JKPTG.ADUN Sentosa & Ahli Parlimen Kota Raja yang mengetahui segala perkara ini sehingga hari ini belum mengambil sebarang inisiatif untuk menghulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalah penduduk yang merana ini.

    Keperluan Penduduk2 yang menjadi mangsa JKPTG ialah:

    1. Pihak JKPTG harus membuat bayaran mengikut penilai yang bertauliah (harga semasa) untuk tanah yang diambil
    2. Pihak JKPTG harus membayar bayaran gantirugi bangunan yang diduduki penduduk2 seperti yang tertera dalam enakmen Akta Kanun Tanah Negara.
    3. Pihak JKPTG juga harus membayar segala pembayaran 8% lewat bayar dan kos penyelengaraan yang sepertimana dipersetujui dalam Borang H terdahulu.

    Isu kedua (2) Perobohan Bengkel2 di DUN Sg Tuah, Selangor (DUN YAB MB jadi ADUN)

    Pihak Pentadbir Tanah dan Galian Gombak, Majlis Perbadaran Selayang dan beberapa agensi2 kerajaan telah memberi satu notis dan membuat satu perobohan Bengkel2 di belakang Sekolah Kebangsaan Selayang , Batu Caves. Terdapat 13 pengusaha2 Bengkel yang menjalankan pengelolaan usaha mencari rezeki mereka di sana lebih 27 tahun. Pihak pentadbir tanah dan galian Gombak mengarahkan peroboha bengkel2 tersebut bagi memberi (Konon) laluan untuk melebarkan parit di belakang Bengkel2 tidak meghalang sebarang usaha kerjaan dalam aspek ini dan sedia sentiasa untuk berkerjasama.

    Yang dikehendaki oleh Pengusaha2 bengkel:-

    1. Satu lokasi baharu untuk menjalankan usaha Bengkel mereka tanpa sebarang ganggu kacau daripada mana-mana pihak.
    2. Satu penempatan yang dengan segera boleh dibina bagi pengusaha2 menjalankan aktiviti mereka dalam masa yang segere iaitu sebelum PRN yang akan datang.

    Isu ketiga (3) Penduduk2 Kampong Pinang, Sektor C, Sg Besi, Kuala Lumpur menghadapi pencerobohan pihak pemaju yang tuntut tanah yang diduduki penduduk sejak 1875. Penduduk-penduduk Kampung Pinang Sektor C, Sg Besi telah didatangi beberapa pihak yang dipercayai telah menceroboh tanah kedudukan mereka dan menuntut bahawa tanah tersebut adalah tanah mereka dan mengugut serta mengusir penduduk2 yang kian lama tinggal disana.

    Yang dikehendaki Oleh penduduk2 Kampung Pinang, Sektor C, Sg Besi, KL ialah sattu rumah diberi mereka oleh pemaju yang akan membina satu kondominium mewah dan juga dengan segera membayar wang pampasan yang setimpal bagi semua keluarga yang menjadi mangsa dianiayai.

    Justeru demikian ialah isu2 yang dibawa kepada perhatian dan penilaian YAB Perdana Menteri yang dipercayai sungguh oleh rakyat Malaysia. Rakyat telah dahagakan satu wadah yang baharu maka besarlah rakyat telah mengundi semua DUN dan Parlimen bukan tengok muka atau profil mereka yang bertanding tetapi hanya satu sahaja iaitu memenangkan YAB yang kini menerajui kerajaan Malaysia.

  • ISU KEKURANGAN GULA DI PANTAI TIMUR DIATASI DENGAN OPS MANIS

    Susulan masalah kekurangan gula di negeri Kelantan dan Terengganu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil langkah segera dengan membentuk pasukan Task Force bagi melaksanakan operasi bersepadu yang dikenali sebagai OPS SWEET

     

    OPS MANIS dilancarkan bermula 3 Mei 2023 sehingga 9 Mei 2023 (tempoh selama 7 hari) bertujuan memulihkan gangguan bekalan gula disetiap lapisan rantaian pembekalan, memastikan tidak berlaku ‘panic buying’, memastikan pematuhan undang-undang dipraktik oleh setiap peniaga, pemantauan ke atas keberadaan inventori stok penimbal gula (stockpile) di kilang atau gudang penyimpanan serta memastikan tiada isu penyeludupan gula ke negara jiran.

     

    Sehubungan dengan itu, hasil pelaksanaan operasi di kedua-dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu pada hari ini (5 Mei 2023) mendapati seperti berikut:

    1. Bilangan pemeriksaan premis : 116 premis (pemborong & peruncit);
    2. Bilangan kes: Tiada;
    • Bilangan aduan: 2 aduan; 2
    1. Bilangan kompaun: Tiada;
    2. Jumlah pengedaran gula daripada kilang ke pemborong utama:
    3. Kelantan: 147,840 kg;
    4. Terengganu: 269,528 kg;
    5. Jumlah pemborong utama:
    6. Kelantan: 17 pemborong, dan;
    7. Terengganu: 19 pemborong.

     

    Selain itu, berdasarkan laporan yang diterima dari pasukan Task Force negeri Kelantan memaklumkan sebanyak 280 premis melibatkan 263 pemborong/peruncit dan 17 pasar raya telah diperiksa dan mendapati bekalan gula ada hasil pengedaran dan penghantaran yang dibuat oleh 6 pemborong utama pada hari ini. Pasar raya utama iaitu MYDIN telah menerima jumlah bekalan gula tertinggi pada hari ini dengan menjadikan jumlah stok bekalan gula sebanyak 71,040 kg daripada syarikat MSM. Manakala pasar raya yang mengambil bekalan dengan Distribution Centre (DC) seperti Econsave, Aeon Mall, Giant dan Lotus masih lagi mempunyai bekalan namun tidak mampu memenuhi permintaan setempat dan menunggu penghantaran dari pihak DC mereka.

     

    Tambahan, secara keseluruhan pemeriksaan dan pemantau dibuat oleh pasukan Task Force KPDN Kelantan dalam OPS MANIS 2023, sebanyak 98% bekalan yang diterima oleh pemborong utama telah dibuat edaran keseluruhan pemborong/peruncit serta pasar raya dibawah seliaannya. Satu (1) pemborong utama yang masih belum menerima bekalan daripada pihak kilang iaitu Link Holder dijangka bekalan sampai 9 dan 16 Mei 2023 daripada pihak MSM dan CSR.

     

    Seterusnya, berdasarkan laporan yang diterima dari pasukan Task Force KPDN Terengganu pula memaklumkan, sebanyak 148 premis melibat pemborong, peruncit dan pasar raya telah menerima bekalan hasil edaran daripada 10 pemborong utama negeri Terengganu. Pemborong utama iaitu Shanghai Hung Chong Sdn Bhd telah menerima jumlah bekalan gula tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 45,360kg daripada syarikat CSR. Hasil laporan yang diterima mendapati negeri Terengganu menerima bekalan gula tertinggi iaitu sebanyak 141,768kg daripada MSM dan 127,760kg daripada CSR.

     

    Bagi isu kekurangan gula di negeri Terengganu pada hari ini mendapati, pasar raya utama yang menerima edaran dari Distribution Centre (DC) juga menerima pembelian yang tinggi dan berlaku kehabisan bekalan. Pasar raya yang menerima bekalan dari DC adalah Mydin, Giant, Tunas Manja, Econsave dan Nirwana.

     

    KPDN akan sentiasa komited mempergiatkan serta mempertingkatkan kawal seliaan dan operasi ke atas pengedaran barang-barang kawalan di seluruh negara bagi memastikan bekalan barang kawalan untuk kegunaan rakyat Malaysia sentiasa mencukupi dan tidak berlaku ketirisan barangbarang kawalan bersubsidi yang akan merugikan negara.

     

    YBHG DATUK AZMAN BIN MOHD YUSOF, KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP, PUTRAJAYA, 5 MEI 2023