BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, telah menyerahkan lebih daripada 100 unit model terbaharu BYD SEAL 6 dalam tempoh hanya seminggu selepas pelancaran rasminya di negara ini. Pencapaian ini membuktikan kecekapan syarikat dalam proses penghantaran serta tahap kesiapsiagaan dalam memenuhi permintaan pelanggan.
Hasil kecekapan dan komitmen tinggi, BYD Sime Motors berjaya menghantar model BYD SEAL 6 yang dinanti-nantikan — ditawarkan dalam pilihan warna Arctic White, Harbour Grey, dan Misty Blue — ke bilik pameran di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur dalam tempoh hanya satu minggu. Kumpulan pertama pelanggan telah mula menerima kenderaan mereka, menandakan kemunculan rasmi BYD SEAL 6 di jalan raya Malaysia.
Dengan selesainya penghantaran di seluruh negara, rakyat Malaysia kini berpeluang melihat, menyentuh dan memandu uji sedan elektrik segmen C ini, serta merasai sendiri pemanduan lancar dan responsif yang menetapkan penanda aras baharu bagi kenderaan elektrik (EV).
Adeline Lew, Pengarah Urusan BYD Sime Motors, berkata: “Malaysia berbangga menjadi pasaran antarabangsa pertama yang menyambut kehadiran BYD SEAL 6 — satu pencapaian penting yang bukan sahaja menandakan kemunculan sebuah kenderaan baharu yang dinamik, tetapi turut mencerminkan komitmen kami untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan profesionalisme dan semangat yang tinggi. Kami menghargai penyelarasan lancar oleh pasukan kami yang memastikan BYD SEAL 6 berjaya dihantar ke seluruh negara tanpa sebarang kelewatan. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membina kepercayaan pelanggan sambil memperluaskan akses terhadap mobiliti elektrik dalam kalangan rakyat Malaysia.”
BYD SEAL 6 menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh pembangunan landskap EV di Malaysia. Melihat ke depan, BYD Sime Motors akan memperluas rangkaiannya dari 37 kepada 50 cawangan pada 2026, meningkatkan akses terhadap kemudahan jualan, servis dan pengecasan — mencerminkan komitmen jangka panjang dalam memacu penerimaan EV di Malaysia.
Antara ciri terbaik BYD SEAL 6 termasuk sistem Dual Ball-joint MacPherson Strut bersama suspensi belakang Multi-Link, pacuan roda belakang (RWD) yang sporty, reka bentuk sedan segmen C terbesar dalam kelasnya, kawalan pemanduan unggul dengan jejari pusingan 5.5 meter, 24 ruang penyimpanan pintar dengan kapasiti kargo 525 liter, serta prestasi mantap dengan 160 kW kuasa, 330 Nm tork dan pecutan 0–100 km/j dalam 7.5 saat.
Di Malaysia, BYD SEAL 6 hadir dalam dua varian iaitu Dynamic pada harga RM100,000 dan Premium pada harga RM115,800. Pelanggan terawal turut menikmati pakej pelancaran eksklusif bernilai sehingga RM6,288 termasuk pengecas dinding percuma, rebat pelancaran, serta aksesori percuma seperti penyesuai Vehicle-to-Load (V2L) dan kabel pengecas Type 2.
Selain itu, setiap pembelian disertakan dengan pakej jaminan komprehensif termasuk jaminan kenderaan selama enam tahun atau 150,000 km, jaminan unit pemanduan lapan tahun atau 160,000 km, dan jaminan bateri Blade Battery selama lapan tahun atau 160,000 km.
Tempahan bagi BYD SEAL 6 kini dibuka di semua pusat jualan BYD di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rasmi https://byd.simemotors.my/ atau menghubungi talian 1300-38-1888.