Majlis Makan Malam & Gema Selawat, di puncak dua menara ikonik negara – Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar merupakan program berteraskan Islamik yang luar biasa itu telah berjaya diadakan oleh NHMall Worldwide bersama AM Entertainment. Program ini bertujuan untuk mengajak umat Islam, tidak kira usia, untuk bersama-sama menyemarakkan gema selawat di puncak-puncak menara tersebut dalam suasana yang penuh keberkatan, sebagai penghujung tahun 2024 dan penyambut kedatangan 1 Rejab 2025.
Program ini menawarkan pengalaman yang luar biasa di mana para pengunjung dapat merasai keberkatan dan kedamaian sambil bersama-sama memuji kebesaran Allah dan mengingati perjuangan Rasulullah SAW. Gema selawat yang berkumandang di puncak kedua menara ini, memberikan suasana yang sangat mengasyikkan dan meresap ke dalam jiwa. Selain itu, acara ini turut diserikan dengan tayangan dokumentari mengenai sirah Nabi Muhammad SAW, mengenang perjuangan Baginda dalam menyebarkan Islam ke seluruh dunia.
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan cinta umat Islam terhadap Nabi Muhammad SAW, tetapi juga untuk mendekatkan masyarakat dengan ajaran Islam yang sebenar. Selawat yang dialunkan dengan penuh khusyuk adalah sebagai tanda kecintaan umat Islam terhadap Nabi, yang menjadi suri teladan utama dalam kehidupan mereka.
Program ini dirancang dengan beberapa objektif utama yang amat relevan dalam kehidupan umat Islam masa kini, antaranya:
- Menanamkan rasa cinta yang mendalam kepada Nabi Muhammad SAW, memperkukuhkan ikatan kasih sayang terhadap Baginda.
- Menggalakkan penyatuan umat Islam, dengan mempereratkan hubungan silaturahim sesama muslim melalui program yang penuh keberkatan.
- Meningkatkan keimanan dan pengamalan ajaran Islam, bagi membentuk sahsiah diri umat Islam yang lebih baik.
- Mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan sehari-hari sebagai pedoman hidup yang membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat.
Menambah kemeriahan acara, majlis makan malam turut dianjurkan dengan tema Islamik, membawa suasana yang tenang dan santai di tengah-tengah keindahan pemandangan kota. Majlis ini juga diserikan dengan persembahan qosidah, marhaban, dan tausiah yang penuh pengajaran. Kumpulan qosidah yang diundang mempersembahkan lagu-lagu yang memuji Nabi Muhammad SAW, memberikan suasana yang penuh makna kepada hadirin, sementara tausiah yang disampaikan memberikan pengetahuan dan motivasi bagi meningkatkan amalan keagamaan.
Acara ini bukan sahaja memberi ruang kepada para tetamu untuk berinteraksi, tetapi juga memberi mereka peluang untuk mendalami ajaran Islam melalui pendekatan seni yang mendalam dan penuh pengajaran. Selain itu, para tetamu dapat merasai kemeriahan suasana yang dibaluti dengan keberkatan dan kerohanian yang tinggi.
Program Majlis Makan Malam & Gema Selawat di Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar ini hanya merupakan permulaan kepada siri acara yang akan berlangsung di pelbagai puncak menara terkenal di seluruh Malaysia serta negara-negara terpilih di luar negara. Program ini bertujuan untuk menyebarkan semangat Islamik dan memperkukuhkan ukhuwah Islamiyyah di peringkat global.