YEF2023 Ke Arah Membangunkan Belia Sebagai Peneraju Gagasan Malaysia MADANI

Forum Pemerkasaan Belia 2023, yang juga dikenali sebagai “Pameran Pemerkasaan Belia,” akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Mac. Majlis ini akan memberikan perspektif baharu tentang bagaimana pembangunan belia dapat memenuhi keperluan semasa dan sentiasa dipatuhi. dengan matlamat CIVIL Malaysia, yang diperakui oleh kerajaan. YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim, Menteri Kabinet, dan eksekutif perniagaan adalah antara barisan peserta yang cemerlang.

Selain memberi peluang untuk Perdana Menteri dan wakil-wakil kerajaan berkongsi perancangan mereka dalam misi memperkasakan belia melalui segmen-segmen masing-masing khususnya bagi merealisasikan gagasan Malaysia MADANI, YEF2023 akan turut menjadi platform untuk golongan belia menyuarakan pandangan mereka; sekali gus memberikan pendekatan yang holistik dalam membina semula negara dengan golongan belia sebagai pemacu kepada reformasi ini.

Demi membangunkan Malaysia MADANI selaras dengan falsafah Kerajaan pimpinan YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim, para pemimpinnya komited untuk melaksanakan dasar-dasar yang berpegang kepada prinsip-prinsip Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan; yang dijuruskan untuk  memeta hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera. Dalam merealisasikan misi ini, polisi dan program Kerajaan akan bertunjangkan kepada empat Teras Strategik Utama untuk membina semula ekonomi, menjamin kesejahteraan insan, melaksanakan reformasi institusi demokrasi dan perundangan; serta mewujudkan pentadbiran beramanah.

Ia, sekali gus menjadikan penganjuran YEF2023, yang bertemakan ‘Melakar Masa Depan’, amat bertepatan masanya selaras dengan kempen Malaysia MADANI baru mengorak langkah awalan sejak dilancarkan Perdana Menteri pada Januari lepas. YEF 2023, yang merupakan susulan kepada  Persidangan Maya Minds for Malaysia (M4M) 2021, dianjur, untuk merangka bentuk pemikiran kerjaya berwawasan di kalangan generasi muda negara.

“Kami berharap golongan belia dan anak-anak muda akan menggunakan sepenuhnya platform yang disediakan oleh YEF 2023 ini untuk bersama-sama menyahut seruan Kerajaan dalam membangunkan negara khususnya mengambil peluang daripada pelbagai inisiatif yang diumumkan di bawah bajet yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru- baru ini,” kata Tuan Ruzaini Hamzah, Pengerusi Penganjuran YEF2023 pada sidang media yang diadakan di sini hari ini.

Komitmen Kerajaan dalam memperkasakan golongan belia jelas terserlah dalam pelbagai cadangan yang disenaraikan di Bajet 2023, yang dibentang oleh Perdana Menteri di Parlimen baru-baru ini. Antaranya termasuklah penyediaan pelbagai kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Serderhana (PMKS) dengan nilai keseluruhan sehingga 40 bilion ringgit; sokongan perniagaan di bawah program TEKUN termasuk pemberian modal untuk belia memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal; dan juga persetujuan Kerajaan untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan bayaran lesen teksi, bas dan ‘e-hailing’ kepada belia B40.

“Melalui segmen-segmen forum dan eksposisi yang disusun, YEF2023 juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para belia tentang peluang pekerjaan di era Ekonomi Digital dan IR 4.0, di samping mengetengahkan keusahawanan belia dan keusahawanan sosial serta kemahiran Teknikal dan Vokasional,” tambah beliau.

Selain Perdana Menteri, yang bakal menemui para pengunjung di bawah segmen khas ‘Temu Anwar di YEF 2023 pada hari kedua acara, forum berkenaan akan turut menampilkan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil; Menteri Sumber Manusia, YB V. Sivakumar, bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; dan tokoh belia, Encik Kamil Munim, yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan.

Tokoh-tokoh korporat yang akan turut serta dalam YEF 2023 pula termasuk Pengarah Eksekutif Rinani Group, Encik Noor Azri Noor Azerai; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aerodyne Group, Encik Kamarul A.Muhamed; Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Puan Dzuleira Abu Bakar; dan Dato’ Bruce Lim, Pengasas dan Pengarah Urusan Technoriant Sdn Bhd.

Para pengunjung akan turut mendapat tips mengenai karier dan peluang pengajian daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kolej Cosmopoint, Encik Najmie Noordin; Ketua Pegawai Sumber Manusia SP Setia, Puan Nadiah Tan Abdullah; Pengarah Sunway Education Group, Encik Danial Rahman; Ketua Integrasi Bisnes GENTARI, Encik Zaman Ahmad; dan pakar transformasi, Encik Aziph Mustapha, Ketua Budaya Transformasi dan Hubungan Kakitangan CelcomDigi Berhad.

Forum dua hari dengan program padat itu akan bermula dengan ucaptama oleh Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafudin Shah Al Haj, yang kini cukup aktif dengan program-program pembangunan belia khususnya melalui pergerakan Selangor Youth Community (SAY), yang baginda asaskan untuk membuka peluang dan ruang kepada belia dalam membantu komuniti di samping mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada di dalam diri belia.

Selain sesi-sesi forum yang bakal membuka minda dan menyemarakkan semangat, YEF2023 turut menyediakan platform dan ruang yang membolehkan kumpulan belia berinteraksi secara terus dengan bakal majikan dan agensi kerajaan. Antara tajuk-tajuk forum yang menarik termasuk ‘Gig Economy and Freelancing – A Whole New Future of Work’, ‘Breaking Stigmas – Cultivating TVET Talents with the rise of IR 4.0’ dan ‘Empowering Youths Through Entrepreneurship and Social Entreprises’.

Dipersembahkan oleh Minds 4 Malaysia, penganjur utama untuk YEF2023 ialah Yayasan Go Strong Malaysia. Sehingga kini Yayasan Go Strong Malaysia telahpun melaksanakan pelbagai program pembangunan belia, khususnya untuk para belia yang berada di kelompok B40 serta mereka yang kurang berkemampuan.

Di YEF2023, para peserta dan pengunjung turut berpeluang untuk melihat pameran-pameran dari pihak agensi kerajaan, badan-badan korporat serta para usahawan yang bukan sahaja mempamerkan dan menjual produk serta perkhidmatan mereka bahkan juga menawarkan peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi usahawan atau memulakan perniagaan mereka sendiri.

Melalui acara ini juga, pengunjung akan berpeluang untuk mempelajari pelbagai panduan dan persediaan ke alam pekerjaan daripada pakar sumber manusia. Pengunjung juga boleh memohon pekerjaan melalui aktiviti ‘speed interview’ dan ‘job matching’ yang disediakan.

YEF2023 ini terbuka untuk para belia, yang terdiri dari penuntut pusat pengajian tinggi, kolej atau lepasan sekolah, lepasan ijazah dan mereka yang baru bekerja.

Mengenai M4M

Minds for Malaysia (M4M) merupakan satu program yang mensasarkan untuk membina kemahiran serta kebolehpasaran di kalangan para graduan dan belia kita untuk sentiasa relevan, sejajar dengan perubahan iklim pekerjaan dan industri di masa hadapan. Pemain dan pemimpin industri akan berkongsi pandangan dan pendapat serta panduan untuk membantu para belia dan graduan kita supaya kekal relevan dan lebih bersedia dalam pekerjaan di era baharu IR 4.0 dan Ekonomi Digital.

Untuk menyertai YEF2023, daftar di 010-2334508 atau laman web www.mindsformalaysia.com

 

Leave a Comment