Tag: UND3RGROUND

  • Persembahan Hebat 3 Band Indie Dalam Showcase UND3RGROUND Bagi Meraikan Ulang Tahun Ke-15 Hitman Group

    Showcase ‘UND3RGROUND’ mengumpulkan tiga kumpulan rock indie yang ikonik – Butterfingers, Hujan, dan Bunkface untuk meraikan ulang tahun ke-15 Hitman Group dengan kehadiran penonton seramai 6,000 orang di Surf Beach, Sunway Lagoon.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, En. Rohit Rampal, “Kami memilih showcase UND3RGROUND bagi meraikan tahun ke-15 penubuhan Hitman Group sebagai penghargaan kepada perjalanan perniagaan yang kami terajui dengan kerja keras yang telah diusahakan selama beberapa dekad ini yang selari dengan pengalaman band-band yang terlibat dalam showcase ini.

    “Ia adalah kombinasi yang bersesuaian dengan kejayaan yang telah diraih oleh pengkarya indie negara, bermula dari bawah sehingga dikenali dan disegani, disamping menyediakan platform untuk pengusaha bebas.

    Showcase yang bermula pada jam 8:00 malam dan berlangsung sekitar 3 jam menyaksikan persembahan hebat dari ketiga-tiga band indie yang beraksi bersama-sama di atas satu pentas semasa pembukaan Showcase UND3RGROUND. Showcase kemudiannya dihiburkan dengan persembahan selama 45 minit dari setiap band.

    Butterfingers yang dianggotai Loque, Emmett, Loko dan Kadax telah mempersembahkan karya-karya nostalgia mereka seperti Taman Tasik Perdana, Tentang Tentang, Garden City Of Lights dan lain-lainnya yang nyata mengimbau kenangan masa lalu.

    Seterusnya, kumpulan Hujan pula yang terdiri daripada Noh Salleh, AG Coco, Azham dan Izzat mengubati rindu peminat mereka dengan lagu-lagu yang pernah mengangkat nama band tersebut seperti Lonely Soldier Boy, Kotak Hati dan Mencari Konklusi.

    Manakala band Bunkface yang muncul sekitar tahun 2005 menggamatkan keadaan dengan nukilan hits mereka seperti Darah Muda, Ekstravaganza, Revolusi dan juga beberapa lagu baharu.

    Tambah En. Rohit, “ Kami menggabungkan showcase UND3RGROUND dengan sambutan ulang tahun ke-15 ini yang merangkumi segala aspek perkhidmatan yang kami sediakan, dari pengurusan acara, penerbitan acara, sehingga rangka promosi showcase, kepada pakar teknikal AV (audiovisual), pemasaran dan juga reka bentuk, bagi memberikan yang terbaik.

    Permulaan sejak 15 tahun lalu banyak memberikan pengalaman yang berharga buat En. Rohit sendiri, katanya, “Saya amat bersyukur dan berbangga dengan semua yang terlibat dalam perjalanan ini, keluarga, rakan-rakan dan dedikasi dari pasukan yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam semua hal.

    “Semuanya bermula ketika saya masih lagi remaja dengan menceburi acara kecil-kecilan sehingga berkembang menjadi syarikat pengurusan acara yang menyediakan bukan sahaja perkhidmatan penerbitan acara serta melabur dalam peralatan showcase, dan kini, kami menawarkan perkhidmatan 360 darjah untuk pakej lengkap. Saya terharu melihat tahap yang telah kami kecapi, dengan sikap yang positif dan pasukan yang betul, semuanya bakal menjadi.

    Tahun 2024 menjadi permulaan baharu buat Hitman Group yang semakin menerajui industri pengurusan acara di negara ini dan apabila ditanya apakah perancangan seterusnya buat penggemar muzik, kata En. Rohit, “Jikalau saya diajukan soalan ini 15 tahun lalu, tidak saya jangka pengalaman yang kami tempuhi sekarang ini. Tetapi hakikatnya kami di sini, dan apa yang direncanakan seterusnya? Pastinya lebih besar, lebih hebat dengan industri yang pelbagai dan berskala besar.

    “Matlamat kami adalah memberikan pengalaman menakjubkan yang berterusan buat rakyat Malaysia, samada pengalaman showcase, berkongsi momen dengan yang tersayang atau sentuhan istimewa pada acara korporat, kami hanya mahu membina memori yang berpanjangan.

  • TIGA BAND GERGASI BAKAL BERGABUNG DI KONSERT ‘UND3RGROUND’.

    Peminat indie tempatan, adakah anda bersiap sedia? Sebagai penganjur acara terkemuka di negara ini, Hitman Solutions sekali lagi akan menyajikan konsert gabungan 3 buah band gergasi buat penggemar muzik, terutamanya peminat muzik rock, dengan konsert yang sangat dinantikan “UND3RGROUND”—BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE pada 2 Mac 2024 di Surf Beach, Sunway Lagoon.

    Bertempat di The Estate On Federal Hill jam 2 petang , sebuah sidang media eksklusif diadakan bersama rakan – rakan media bagi mewar-warkan rencana konsert yang bakal diadakan oleh Hitman Solutions pada bulan Mac ini.

    Selaku salah satu pemain utama  penganjuran konsert di Malaysia, Hitman Solutions sentiasa berfikiran ke hadapan demi memenuhi citarasa penggemar muzik tempatan yang dahagakan hiburan langsung secara fizikal dan buat tahun 2024, mereka sudah pun menyediakan satu acara istimewa untuk peminat rock indie di Malaysia.

    Konsert UND3RGROUND (underground) direncanakan akan berlangsung selama 3 jam di mana setiap band akan membuat persembahan selama 45 minit dengan menyanyikan karya – karya klasik mereka, dan istimewanya pada hari ini, sebagai tanda pelancaran, sebuah replika gitar gergasi setinggi 10 meter dijadikan ikon promosi konsert UND3RGROUND, yang akan diiktirafkan sebagai ‘The Biggest Inflatable Guitar in Malaysia’ oleh Malaysian Book of Records.

    “Sebagai resolusi tahun baharu, kami melangkah ke hadapan dengan momentum positif dengan beberapa acara yang sudah pun direncanakan dan bakal berlangsung tidak lama lagi, konsert ‘Jilid Akhir’. Ella ‘Puteri Kota’ di Kota Kinabalu, Sabah serta hiburan istimewa dari band rock antarabangsa, ‘Incubus : Live In Malaysia’.

    “Nama – nama besar seperti Butterfingers, Hujan dan Bunkface meninggalkan legasi yang kuat dalam arena indie ketika era ‘band’ berkembang, jadi kami ingin raikan setiap perjalanan karier mereka melalui sebuah konsert rock epik yang mengiktiraf pencapaian mereka dalam industri muzik kita,” kata En. Rohit Rmpal, selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions.

    “Kami mengambil pendekatan konsep ‘underground’ yang membawa semula era dan atmosfera gig yang menyatukan ketiga-tiga band legenda ini untuk beraksi bersama sambil memberikan pengalaman yang unik khusus buat peminat indie tempatan,” ujar En. Rohit.

    Tambah En. Rohit lagi, “Konsert ini bukan sekadar satu acara, tetapi sebuah pengalaman indie yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, kami ingin penonton yang hadir merasai sendiri ‘feel’ sebenar konsert indie dalam semua aspek dengan menyaksikan sendiri perintis genre ini di atas satu pentas, dengan harapan agar ia menjadi pengalaman yang tidak terlupakan.

    Bermain peranan penting dalam mewujudkan acara sebesar ini, UND3RGROUND disokong oleh beberapa pihak seperti Hot FM, Fly FM, Molek FM, Kool101 FM dan Eight FM (Rakan Radio Rasmi), dan Lobak Merah dan Good Foodie Media (Rakan Media Rasmi), serta Sunway Lagoon (Lokasi Rasmi).

    Tiket konsert boleh diperolehi dalam 5 kategori berbeza, Rockzone – Early Bird (RM149), Rockzone – Phase 1 (RM199), Rockzone- Phase 2 (RM299) serta Vibers Pit (RM499), dan penjualan bagi kategori Rockzone akan dikeluarkan secara berperingkat.

    Pembelian tiket konsert boleh dilakukan mulai 11hb Januari 2024, jam 2 petang di http://www.hitmanlive.com, jadi dapatkan tiket-tiket ke konsert UND3RGROUND – BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE dengan segera !

    Sebarang pertanyaan berkenaan konsert boleh hubungi +6012-2655783 atau info@hitman.group.