Tag: tiket

  • Jamal Abdillah Kembali Lagi

    Jamal Abdillah Kembali Lagi

    KUALA LUMPUR — Datuk Jamal Abdillah mengadakan ‘Konsert Jamal Abdillah LIve In Concert’ baru-baru ini. Konsert ini anjuran Shiraz Projects yang diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Konsert bertambah meriah dengan kehadiran peminat-peminat dari yang tua mahupun muda. 

    Beliau yang  berusia 64 tahun  menyampaikan 21 buah lagu antaranya Azura, Di Sudut Kamar Hatiku, Kehebatan Cinta, Kau Lupa Janji, Penghujung Rindu, Kekasih Awal dan Akhir dan Seniman Menangis.

    Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali turut mengundang anak-anaknya Yamani Abdillah dan Zaki Yamani untuk sepentas bernyanyi bersamanya pada malam konsert tersebut. Bagi meriahkan lagi konsert beliau menjemput anak-anak beliau.

    Selain itu, konsert juga dimeriahkan lagi dengan kemunculan Wany Hasrita dengan kelunakan suaranya dalam menyampaikan lagi duet, Kehebatan Cinta, bersama Jamal Abdillah.

    Apa yang lebih menarik konsert itu mencuri perhatian seluruh penonton apabila dihadiri oleh seorang peminat yang dipanggil opah (nenek), Rohani Abdullah yang berusia 69 tahun dan berasal dari Terengganu. Peminat ini menikmati konsert Jamal dengan bernyanyi bersama-sama.Menceritakan detik pertemuan, Jamal berkata dia bertemu dengan Rohani serta cucunya di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur.

    “Dia beritahu bahawa dia  peminat setia saya dan tidak pernah menonton konsert saya seumur hidupnya.“Jadi, saya terus memberinya tiket VIP untuk menonton konsert saya bersama cucunya, Haikal malam ini.

    “Terima kasih ‘opah’ kerana sudi datang konsert saya malam ini,” katanya sambil turun ke arah opah yang duduk di kerusi baris hadapan pentas. Opah sangat gembira dan menikmati konsert bersama Jamal.

  • Jojet Kembali Lagi

    Jojet Kembali Lagi

    Peminat dram lagenda jangan lepaskan peluang menonton Jojet dengan pukulan dram yang sangat groovy dan double paddle yang memukau. Beliau membuat kemunculan lagi setelah lama berdiam diri dalam industry muzik tanah akhir. Akhirnya Jojet kembali lagi kepada peminat-peminat dram lagenda  tanah air.

     

    Jojet akan kembali menggegarkan pentas di Showcase Jojet & Friends pada 9 Disember 2023, jam 9.45 malam bertempat di Studio RTH.FM. Showcase anjuran RTH FM Entertainment, sebuah radio atas talian yang semakin berkembang pesat di ruangan media social, Tiktok, bakal menyaksikan Jojet sebagai artis utama pada showcase tersebut, buat julung-julung kalinya bergandingan dengan ikon-ikon muzik tanah air seperti Rahmad MEGA, Omar Akira dan Is Wow. 

     

    Tujuan showcase ini dibuat adalah untuk memberikan peluang kepada peminat-peminat melepaskan kerinduan mereka kepada legenda dram tanah air yang masih lagi bersama dengan kita. Selain itu, penganjur berasa terpanggil untuk membantu Jojet, kini bergantung harap dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, 

    This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2023-12-07-at-15.48.50-1024x683.jpeg

    Penglibatan selama 38 tahun dalam industri muzik bersama dengan Gersang, Wings dan Dragon Malaya, Jojet merupakan sosok ikon anak muda dalam sejarah rock Malaysia pada satu ketika dulu, seharusnya diberikan penghormatan sewajarnya. 

     

    Showcase ini akan diadakan secara fizikal dan live streaming. Bagi menonton showcase ini, tontonan fizikal, tiket akan dijual pada RM 60.00 dan bagi tontonan secara live streaming, pautan (link) akan dijual pada RM 25.00. Tiket boleh dibeli dengan menghubungi pihak penganjur melalui pesanan Whatsapp di 0193604595.

    RTH FM Entertainment