Tag: #SingleBaru

  • Syazluna “Cinta TickTock” Single Terbaru

    Syazluna “Cinta TickTock” Single Terbaru

    Cinta TickTock, “single” baru Syazluna, mengisahkan tentang dua orang yang tidak mengenali antara satu sama lain yang tidak pernah berjumpa, bertemu satu sama lain, berbual atau jatuh cinta melalui media sosial. Muzik yang “catchy” dan rancak dengan lirik yang ekspresif tetapi mudah difahami pasti akan menarik perhatian pendengar, terutamanya generasi muda.

    Bermula sebagai hobi memuatnaik video nyanyian beliau sebagai “content” di TikTok. TikToker wanita muda ini kini memperoleh 64 ribu pengikut dan 1.4 juta “likes” di platform tersebut memulakan Langkah di tahun 2024 baharunya dan kerjayanya dalam bidang muzik dengan mengeluarkan “single” pertamanya bertajuk “Cinta TickTock” yang akan dilancarkan dan tersedia untuk semua platform penstriman pada 9 Februari 2024.

    Syazluna merupakan seorang penyanyi yang baru berkecimpung dalam industri nyanyian. Syazluna mula menyanyi di pentas pada usia 12 tahun dan beliau meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian dengan menonjolkan bakat beliau di media sosial seperti Instagram dan TikTok dan mendapat sambutan yang baik dari pihak ‘Netizen’. Anak kelahiran Selangor ini lahir daripada kedua ibu bapa yang cacat pendengaran dan percakapan, namun, itu bukanlah satu halangan yang membuat beliau untuk tidak meneruskan bakat yang beliau miliki dalam bidang nyanyian. Syazluna juga menyatakan bahawa penyanyi terkenal tanah air Ernie Zakri sebagai pengaruh terkuat dalam perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi.

    Syazluna pernah meluaskan bakat beliau ke peringkat yang lebih komersil melalui sebuah program TV astro iaitu “All Together Now” Musim Kedua. Walaupun beliau meminati genre ‘Ballad’ namun Syazluna mengambil langkah yang baru untuk mencuba genre yang berbeza daripada minatnya dengan mempertaruhkan ‘Cinta TickTock’ sebagai single pertamanya yang berkonsepkan ‘Pop” sesuai dengan citarasa anak muda zaman kini. ‘Cinta TickTock’ hasil karya komposer Mimpi dan liriknya ditulis oleh Mimpi & Syko G mempunyai melodi yang sangat ‘fresh’ dan lirik yang sangat mudah difahami serta sesuai ditujukan untuk remaja pada zaman kini.

    Sebagai salah seorang dari artis baru di bawah label MAPMUSIC, Syazluna sangat berbesar hati untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan single ‘Cinta TickTock’ khususnya pihak produksi. ‘Cinta TickTock’ akan dapat didengari melalui platform digital seperti YouTube, Spotify, Joox, dan banyak lagi.

  • VOKAL PUTERI KHAREEZA DITONJOLKAN MENERUSI SINGLE TERBARUNYA ‘HELAH’.

    This image has an empty alt attribute; its file name is Poster%20Helah.jpg Single terbaru berjudul Helah dinyanyikan oleh penyanyi yang mempunyai vokal mantap iaitu Puteri Khareeza. Bagi drama bersiri ‘Haloba’, lagu ini akan yang mewarnai slot Samarinda di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam dan di platform Tonton. Lagu ini merupakan hasil nukilan sepenuhnya daripada komposer muda yang berbakat iaitu Iqie Hugh & Shazriz Azeman. Menurut Puteri Khareeza, “Saya berasa amat bertuah apabila diberi kepercayaan untuk membawakan lagu yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik yang sangat berpengalaman. Saya harap single terbaharu ‘Helah’ ini mendapat sambutan daripada pendengar. Impian saya adalah untuk menjadi artis yang versatil. Saya bersyukur walaupun dalam kesibukan menerbitkan album, rezeki saya menerusi lakonan juga tidak putus. Saya perlu membahagikan masa antara lakonan dan nyanyian supaya ia seimbang. Mana tahu kalau ada rezeki boleh jadi pengacara pula,” tambahnya berseloroh. Terdahulu, Puteri Khareeza telah memperolehi 1.8 juta tontonan di YouTube dalam masa sebulan apabila membawakan lagu ‘Duka Sebalik Tawa’ yang menjadi runut bunyi Melur Untuk Firdaus dan berjaya menduduki tempat ketiga di Spotify Carta Pop Terkini dan ‘trending’ di YouTube di mana menduduki tangga ke 23 untuk muzik. Lagu Duka Sebalik Tawa juga telah mendapat jumlah streaming yang memberangsangkan (15.9 M) dan  tontonan Tik Tok (386 M). Adakah lagu ‘Helah ’ini juga bakal mendapat sambutan yang memberansangkan? Lirik lagu ‘Helah’ ini sememangnya sesuai dengan runut bunyi bagi drama bersiri ‘Haloba’ yang menceritakan tentang kisah seorang ahli perniagaan yang menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bernama Raif bersama dua orang isterinya iaitu Aliya dan Misya. Kedua-dua isteri beliau telah dipermainkan oleh Erina, seorang pelatih wanita di syarikat tersebut yang ingin merampas suaminya. Berjayakah ‘Helah’ Erina memenangi hati Raif dan menyingkirkan Aliya dan Misya? Jangan lupa saksikan drama ‘Haloba’ lakonan mantap Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim dan Shikin kamal pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di TV3. Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Helah”  di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Puteri Khareeza  menerusi: Instagram: @puterikhareeza Tiktok: @puterikhareeza , Facebook: @Puteri Khareeza   Turut disertakan adalah lirik lagu  “Helah ”:  
    Verse1:
    Ku berpijak
    Dalam hidup tanpa jarak
    Antara gelap dan cahaya

    Ku dibawa
    Arus bayangan yang lama
    Luka yang dalam jadi dendam

    Pre Chorus:
    Kan ku hembuskan bisikan halus bagaikan
    Suara tangisan yang merana

    Chorus:
    Aku disentuh 
    Helah sumpahan cintamu
    Madahmu menyesatkanku
    Hingga di hujung

    Aku terjatuh
    Tersungkur jauh dalam mu 
    Terjerat jiwa belenggu
    Kisah yang lalu
    Verse2:
    Ku terlepas
    Dari jerat yang menewas
    Antara cinta dan nestapa

    Bridge:

    Menjadikan ku, 
    Diri yang baru
    Dalam waktu

    Tersudah yang lalu
    Kini hidup baru
    Tinggalkan kisah terseksa
    Kisah duka dan lara