Tag: AdriannaCinta

  • Adrianna Cinta dan Joey Leong Berkolaborasi Untuk Dua Versi ‘Semesta’

    Adrianna Cinta dan Joey Leong Berkolaborasi Untuk Dua Versi ‘Semesta’

    Label hiburan tanah air paling berpengaruh masa kini, Rocketfuel Entertainment bersama-sama Sony Music Malaysia bersepakat menjalinkan usahasama bagi melahirkan runut bunyi untuk X-Changed. Drama bersiri ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Arfie Shah sebagai Khalif, Joey Long sebagai Lilian, Dato’ Rosyam Nor sebagai Yakob, dan Marisa Yasmin sebagai Mariam.

    Penyanyi muda yang kian mendapat perhatian, Adrianna Cinta muncul dengan single terbarunya yang bertajuk “Semesta”. Lagu ini mengisahkan seseorang yang sedang mencari dan mengenali dirinya dalam masa yang sama harus membuat pilihan besar dalam hidup sehingga dia merasakan tekanan dalam dirinya.

    “Semesta menceritakan seseorang yang sedang mengalami krisis dengan diri sendiri, selalu rasa sedih dan menangis pada waktu malam dan bila bangun pagi dia berharap semuanya akan berakhir. Dia juga berharap semesta akan memihak kepada dirinya dan membimbing hidupnya.” jelas Adrianna.

    Adrianna turut berkongsi bahawa cabaran utama dalam menulis lagu ini adalah menentukan kisah siapa yang harus ditonjolkan dan bagaimana cerita tersebut harus disampaikan. Setelah diberikan skrip filem “X-Change”, Adrianna mengambil keputusan untuk menulis tentang watak utama yang sedang berhadapan dengan krisis memahami diri sendiri sehingga mengalami masalah seperti kemurungan.

    Menurut Adrianna, proses penulisan lagu “Semesta” berlaku dengan sangat pantas. Dia berterima kasih kepada Farouk Roman yang merupakan komposer bagi lagu ini dan beliau sangat membantu dalam pembikinan lagu ini. Menariknya, Adrianna hanya mengambil masa selama 30 minit untuk merakamkan lagu ini di studio, dan ini menjadikan rakaman lagu ini merupakan antara yang paling pantas pernah dilakukan olehnya.

    Lebih istimewa lagi, runut bunyi untuk drama bersiri X-Changed ini bukan sahaja mempunyai versi Bahasa Melayu namun ianya turut mempunyai versi Bahasa Mandarin berjudul 迷雾 (Fog) yang dinyanyikan Joey Leong yang merupakan salah seorang pelakon untuk drama bersiri ini.

    Menurut Joey, cabaran utama dalam merakam lagu ini adalah bagaimana beliau mahu menyampaikan lagu ini dari wataknya sendiri, Lilian.

    “Saya perlu mengambil sedikit masa untuk mendapatkan emosi yang betul sebagaimana saya gambarkan penceritaan lagu dan juga keseluruhan drama bersiri ini.”

    Joey juga menyatakan beliau hampir menitiskan air mata kerana lirik dan lagu tersebut sangat dekat dengan dirinya. Selain itu, beliau berasa sangat gembira kerana pihak produksi telah memilihnya untuk menyanyikan lagu ini.

    “Saya merasakan lagu ini sangat istimewa. Jadi, saya sangat-sangat berterima kasih kepada pihak produksi kerana memilih saya untuk menyanyikan lagu ini.” kata Joey.

    Sepanjang pembikinan lagu ini juga segala-galanya turut mudah dan kerjasama bersama Farouk Roman memudahkan lagi proses rakaman yang dilakukan dalam versi Mandarin.

    Untuk makluman, lagu Semesta & 迷雾 (Fog) bakal dilancarkan pada 28 Jun 2024 dan juga boleh dimuat turun melalui iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKbox, Spotify, YouTube dan YouTube Music pada hari yang sama. Manakala, lirik video Semesta dari Adrianna Cinta akan ditayangkan secara rasminya pada 28 Jun 2024 bermula jam 9 Malam pada saluran YouTube Adrianna Cinta Vevo dan Fog dari Joey Leong pada saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.

  • Adrianna Cinta berjaya mengeluarkan single terbaru beliau, bertajuk ‘Cinta Berlalu.’

    Adrianna Cinta, penyanyi dan penulis lagu muda yang berbakat berusia 20 tahun, telah mencipta fenomena di TikTok dengan lagu sandurannya yang merasuk jiwa. Kini semakin berjaya dengan single terbarunya, “Cinta Berlalu,” yang mempunyai lirik yang diciptanya sendiri.

    Single terbaru ini dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia Adrianna Cinta yang sentiasa menyokongnya dalam menghasilkan lagu-lagu yang meruntun jiwa. Dengan ‘Cinta Berlalu.’, Adrianna telah menjalankan tugas bak penglipur lara yang berkongsi cerita dan luahan perasaan kepada pendengar menerusi bakat dianugerahkan dalam lagu ‘Cinta Berlalu.’. 

    “Lagu ini mengisahkan kisah tentang perasaan yang mungkin dirasakan oleh banyak individu seperti perasaan perit dan pahit yang menghantui diri apabila terpaksa melepaskan seseorang yang kita cintai, walaupun hubungan itu sudah berakhir, namun cinta itu tidak akan berlalu pergi bergitu sahaja dan berjanji untuk sentiasa disampingnya.” Jelas Adrianna apabila ditanyakan mengenai maksud lagu ini.

    Selain itu, Adrianna menjelaskan bahawa lagu ‘Cinta Berlalu.’ ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti tajuknya juga terdapat tanda noktah ‘.’ yang menunjukkan bahawa cinta akan terus berlalu dan ia adalah keputusan yang tekad yang diambil apabila berakhirnya sebuah hubugan yang sejati itu. Pengajaran yang positif iaitu bahawa kita masih boleh ada di samping seseorang yang kita kasihi sebagai tanda sokongan dan punca bantuan dikala susah dan senang walaupun hubungan itu tidak seperti yang diharapkan pada awal perhubungan.

    “Walaupun lagu ‘Cinta Berlalu.’ tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan pengalaman peribadi Adrianna, namum ia disampaikan dengan sepenuh hati kerana ia adalah luahan isi hati dalam penghayatan lagu itu. Lagu ini juga tidak hanya terhad kepada hubungan kekasih, tetapi juga hubungan antara individu yang kita rapat dan tersayang.” Tambah Adrianna lagi.

    Dalam proses mencipta lagu ‘Cinta Berlalu.’, Adrianna Cinta menulis lirik ini sepenuhnya dan tetapi lagu ini tidak akan sempurna tanpa kerjasama istimewa dengan individu seperti Mas Dewangan dan Jova Devito, yang turut memberikan sentuhan kreatif untuk melengkapkan karya ini.

    “Harapan Adrianna untuk lagu ‘Cinta Berlalu. ini adalah agar lagu ini akan memberi inspirasi kepada mereka yang sedang menghadapi cabaran dalam percintaan tidak sihat agar sentiasa bangkit dan teruskan kehidupan dengan nafas yang baru” Kata Adrianna dengan penuh penghayatan. 

    Adrianna Cinta turut berkongsi beberapa tips tentang bagaimana untuk melangkah maju dalam kehidupan selepas mengalami perasaan perit. Menurutnya, penting untuk mencari kesembuhan, dan memberi fokus kepada diri sendiri supaya dapat meningkatkan prestasi diri dan mendapat kebahagian yang sebenar.

    Selain itu, Adrianna Cinta merupakan seorang pelajar dalam bidang perniagaan di salah satu institusi pendidikan Malaysia, telah berjaya mengekalkan prestasi cemerlangnya walaupun menghadapi cabaran dalam pembahagian masa belajar dan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik. Walau bagaimanapun lagu dihasilkan dalam masa seminggu untuk menyiapkan lagu ini, 

    Lagu ‘Cinta Berlalu.’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.  

    Kredit: 

    Artis: Adrianna Cinta  

    Tajuk: Cinta Berlalu.

    Produser: Mas Dewangga

    Komposer: Adrianna Cinta, Jova Devito dan Mas Dewangga

    Penulis Lirik: Adrianna Cinta

     

    Akaun Media Sosial Adrianna Cinta

    Instagram: https://www.instagram.com/adriannacinta/ 

    TikTok: https://www.tiktok.com/@adriannacinta 

    YouTube: https://www.youtube.com/@adriannacinta