Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 maksimum Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri , berikut kami kongsikan berkaitan semakan status permohonan sama ada permohonan yang dibuat telah diterima atau ditolak.

Perincian Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

  1. Permohonan boleh dibuat di portal khas Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
  2. Permohonan dibuka kepada pemohon yang berumur 55 tahun kebawah
  3. Permohonan dibuka pada 1 April 2022 sehingga 20 April 2022
  4. Pembayaran akan dibuat dalam 1 bayaran sahaja.
  5. Pembayaran akan dikreditkan kedalam akaun bank simpanan semasa ahli
  6. Akaun bersama atau akaun syarikat tidak dibenarkan
  7. Ahli digalakkan untuk menyemak baki simpanan KWSP sebelum membaut permohonan
  8. Jumlah Maksimum yang boleh dikeluarkan adalah RM10,000 dan minimum adalah RM50.
  9. Pembayaran akan dikreditkan bermula 20 April 2022
Pengeluaran khas kwsp

Portal Khas Permohonan

Jika anda pencarum KWSP yang berkelayakan, dan berminat untuk membuat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000, anda boleh layari Portal Rasmi Pengeluaran Khas di :

  1. Pilih MOHON SEKARANG
  2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  3. Tekan Teruskan dan sahkan Identiti anda melalui pengesahan nombor OTP (melalui SMS) atau soalan keselamatan
  4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN, Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN.
  5. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
  6. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
  7. Tekan TERUSKAN.
  8. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.
  9. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan HANTAR.
  10. Anda boleh mencetak dan atau memuat turun borang permohonan untuk tujuan rujukan dimasa akan datang.

Cara Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Cara Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat bermula 9 April 2022 di portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau melalui menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli).

Maklumat Tambahan

  1. Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  2. Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  3. Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  4. Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  5. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
This image has an empty alt attribute; its file name is pengeluaran-khas-kwsp-00-1024x1024.jpg

Maklumat Lanjut

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP :

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  • Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment