Setelah mencetak pelbagai kejayaan menerusi penganjuran demi penganjuran konsert yang dilaksanakan, ICON Entertainment by Iman Tang meneruskan perjuangan memartabatkan industri seni tempatan di tahun 2026.
25 Tahun Inteam Nur Kasih yang direncana berlangsung pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil pukul 8.20 malam akan menjadi tanda aras penganjuran konsert berunsur Islamik dalam skala besar.
Inteam yang ditubuhkan pada tahun 2000 cukup sohor sebagai salah sebuah kumpulan nasyid atau kerohanian. Dan di sebalik lambakan banyak konsert berskala besar yang membabitkan kugiran dan solo wanita atau lelaki, ICON Entertainment tidak mahu melupakan genre kerohanian yang patut diangkat sama rata dalam penganjuran konsert.
“Sebagai penganjur, ICON Entertainment meraikan karyawan seni dalam pelbagai sektor dan genre muzik. Tentu sahaja salah satu genre yang tidak kami lupakan adalah yang bersifat nasyid atau kerohanian.
“Ini juga bukan penganjuran konsert bersifat kerohanian pertama yang pernah ICON Entertainment anjurkan.
“Tapi 25 Tahun Inteam Nur Kasih yang direncana pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur ini sangat istimewa.
“Penganjuran ini istimewa buat kami dan sangat memberi makna kepada Inteam dalam perjalanan lebih dua dekad keberadaan mereka dalam industri hiburan tanah air,” ujar Pengasas ICON Entertainment, Iman Tang.
Iman juga menyifatkan Inteam yang dianggotai Muhammad Hazamin bin Harun, Mohd Syahril Ab Khalid, Abdul Rahim Osman dan Hisyam Ahmad layak menyemarakkan nilai karya kerohanian yang diperjuangkan selama ini.
“Inteam adalah sebuah kumpulan nasyid yang membawa karya kerohanian dengan cara mereka sendiri. Lagu-lagu seperti Nur Kasih, Dia, Kerana Cinta dan Kasih Kekasih misalnya sangat akrab dengan pendengar kerana penyampaian yang sederhana tetapi menyentuh hati dan berkesan.
“Maka peminat tidak akan rugi hadir ke 25 Tahun Inteam Nur Kasih pada 1 Februari 2026 ini kerana karya-karya kerohanian mereka yang cukup memberi kesan kepada semua,” kata Iman lagi.
Cabutan bertuah, pakej umrah dan baucer istimewa dari Jay Ibrahim Al Islam
Lebih mengujakan, 25 Tahun Inteam Nur Kasih bukan hanya tentang keraian atau konsert mendengar bunyi-bunyian dan muzik. Sebaliknya penganjur mengambil peluang merayakan peminat Inteam dengan menyantuni mereka menerusi peluang keemasan yang belum pernah dilakukan sebelum ini.
Pakej umrah tajaan Jay Ibrahim Al Islam Travel & Tour Sdn Bhd dihadiahkan buat pembeli tiket bertuah dan Icon Entertainment serta Inteam mengucapkan jutaan terima kasih untuk pakej-pakej yang diberikan.
Enam orang peminat bertuah akan berpeluang memenangi pakej umrah bernilai RM8,999 setiap seorang tajaan Jay Ibrahim Al Islam.
Tempoh perjalanan: 19 Ogos – 30 Ogos 2026
Itinerari ringkas: 5 MALAM MAKKAH, 5 MALAM MADINAH
Pakej Termasuk: Penginapan di Swissotel Makkah + Hayah Golden Madinah
Manakala 10 orang peminat bertuah akan memenangi baucer istimewa Jay Ibrahim Al Islam yang bernilai RM5,000.
Manakala hadiah kedua yang disediakan oleh Icon Entertainment merupakan dua unit skuter jenama Modenas Elit 150s.
Hadiah ketiga pula yang diberikan merupakan 1-unit telefon pintar terbaru di pasaran buat pembeli tiket bertuah.
“ICON Entertainment dan Inteam bersetuju agar 25 Tahun Inteam Nur Kasih bukan semata-mata tentang hiburan tetapi menjadi acara menyantuni peminat dengan takzim kerana kesetiaan lebih dua dekad ini.
“Jadi kami mahu sesuatu yang sangat bernilai untuk diberikan kepada peminat. Maka idea kami adalah memberikan cabutan bertuah tajaan Jay Ibrahim Al Islam kepada peminat yang merupakan pembeli tiket fizikal. Pihak Icon juga menyediakan skuter dan telefon pintar sebagai hadiah kedua dan ketiga,” ujar Iman Tang.
Sebelum dapat memperoleh nikmat menonton 25 Tahun Inteam Nur Kasih dan berpeluang menjadi pemenang, peminat sudah boleh mengintai harga tiket yang ditetapkan penganjur.

Berikut merupakan harga dan kategori tiket 25 Tahun Inteam Nur Kasih:
RM168 (DIA), RM258 (KERANA CINTA), RM288 (BISIKAN NURANI), RM328 (KASIHKU ABADI), RM368 (KIAS CINTA), RM388 (SELIMUT KASIH), RM428 (NUR KASIH), RM488 (KASIH KEKASIH).
Jangan terlepas membeli kategori pilihan agar 25 Tahun Inteam Nur Kasih menjadi konsert paling bermakna buat anda di awal tahun 2026.
INFORMASI
ARTIS: INTEAM
ACARA: 25 TAHUN INTEAM NUR KASIH
TARIKH: 1 FEBRUARI 2026
LOKASI: AXIATA ARENA BUKIT JALIL KUALA LUMPUR
MASA: 8.20 MALAM
PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT
HARGA TIKET: RM168 (DIA), RM258 (KERANA CINTA), RM288 (BISIKAN NURANI), RM328 (KASIHKU ABADI), RM368 (KIAS CINTA), RM388 (SELIMUT KASIH), RM428 (NUR KASIH), RM488 (KASIH KEKASIH)
PLATFORM PEMBELIAN TIKET: https://www.ticket2u.com.my/InteamNurKasih
Mulai 24 Oktober jam 11 pagi.