Program Dana Didik Johor YPJ

Program Dana Didik Johor YPJ (Yayasan Pelajaran Johor) adalah program yang memberikan caruman percuma sebanyak RM100 bagi setiap kelahiran bayi di negeri Johor dalam akaun SSPN-i. Simpanan berkenaan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

SYARAT KELAYAKAN DANA DIDIK JOHOR YPJ

Syarat-syarat kelayakan untuk mengambil bahagian dalam program ini adalah :

  1. Ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia
  2. Bayi yang dilahirkan di Negeri Johor mulai 1hb Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021
  3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM 7,000 sebulan. Pendapatan merujuk kepada semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan, perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun, sewa dan lain-lain.

CARA PERMOHONAN

Untuk ibubapa yang ingin memohon dan menepati syarat-syarat yang diberikan, boleh terus mengisi borang secara atas talian melalui pautan ini [Klik Disini]

Untuk pengisian borang secara bertulis, borang boleh didapati di :

  1. Wad-wad bersalin hospital utama di Negeri Johor
  2. Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor
  3. Pejabat PTPTN Cawangan di Negeri Johor
  4. Pejabat Yayasan Pelajaran Johor

Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui :

  • Emel ke [email protected] ( borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang telah discan dalam bentuk PDF sebelum dihantar melalui emel )
  • Atau ; serahan di pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor.

May be an image of child and text that says 'TABUNG DANA DIDIK Η OR YAYASAN PELAJARAN JOHOR Syarat-syarat kelayakan PERCUMA CARUMAN RM100 BAGI SETIAP KELAHIRAN BAYI DI NEGERI JOHOR DALAM AKAUN SSPN- BERMULA JANUARI 2021 01 Ibu dan adalah warganegara Malaysia 02 yang dilahirkan di Negeri Johor mulai Januari 2021 03 Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM sebulan 04 Simpanan boleh dikeluarkan apabila manfaat 18 tahun dilaman web boleh Wad-wad bersalin hospital Jabatan Pendaftaran Pejabat PTPTN Cawangan Pejabat Yayasan Permohonan boleh dibuat atau borang permohonan kaunter Negeri Negeri Johor Negeri Johor ১ච> Permohonan lengkap berikut: Emel danadidikjohor@ypj.gov.my sesawang www.ypj.gov.my 07-234 4355 Permohonan dibuka 1Januari 7-236 1081 2021'

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman sesawang Yayasan Pelajaran Johor : [Klik Disini]

atau terus ke pautan Program Dana Didik Johor YPJ : [Klik Disini]

Klik Disini untuk banyak lagi bantuan dan permohonan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Program Dana Didik Johor YPJ" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment