Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja

Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja. Pemberian vaksinasi bagi remaja dilakukan berdasarkan peringkat umur iaitu 17 tahun dan ke bawah. Buat masa ini, tiada dasar berkenaan pemberian vaksinasi secara bersama dalam keluarga yang sama. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan diperluaskan kepada remaja-remaja bagi kategori seperti berikut:

  • Individu berumur 12 hingga 15 tahun dengan masalah kesihatan tertentu; dan
  • Semua individu berumur 16-17 tahun dengan atau tanpa masalah kesihatan tertentu.

Walau bagaimanapun, implementasi pemberian vaksinasi untuk remaja berumur 12-17 tahun ini adalah bergantung kepada bekalan vaksin yang tersedia. Sehingga kini, vaksin COVID-19 yang telah disetujui untuk didaftarkan melalui mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk diberikan kepada remaja berusia 12-17 tahun di Malaysia di bawah Program Imunisasi COVID-19 Nasional (PICK) adalah Pfizer-BioNTech.

PERSEDIAAN KE PPV OLEH IBUBAPA PENJAGA DAN REMAJA

Ibubapa / Penjaga

Selepas anak anda telah mendapat tarikh janji temu untuk mendaptkan vaksinasi. Berikut adalah senarai semak oleh ibubapa atau penjaga kepada anak remaja jagaan mereka sebelum, semasa dan selepas pengambilan vaksinasi di PPV terpilih. Pastikan anak remaja jagaan anda :

Sebelum 

  1. Tidur dan rehat secukupnya
  2. Makan secukupnya sebelum ke pusat pemberian vaksin
  3. Jika anak tidak sihat bawa jumpa doktor dahulu untuk penilaian kesihatan

Semasa

  1. Pakai baju yang longgar dan sesuai
  2. Pakai pelitup muka
  3. Bawa kad pengenalan/ dokumen pengenalan diri

Selepas

  1. Beritahu jika tidak sihat atau tidak selesa
  2. Tetap mematuhi SOP sedia ada
  3. Ingat tarikh janji temu dos kedua anak anda
  4. Pastikan anak tidak melakukansenama atau aktiviti berat dalam masa seminggu selepas vaksinasi

20210922 PersediaanKePPV

Remaja

Didalam Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja ini juga persediaan yang perlu remaja lakukan apabila telah mendapat temujanji vaksinasi :

Sebelum

  1. Tidur atau rehat secukupnya
  2. Makan secukupnya sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin
  3. Maklumkan kepada Ibu bapa / penjaga jika anda tidak sihat

Semasa

  1. Pakai baju yang longgar dan sesuai
  2. Pakai pelitup muka
  3. Bawa kad pengenalan/ passport semasa hari vaksinasi

Selepas

  1. Terus amalkan SOP untuk elakkan jangkitan COVID-19
  2. Jangan melakukan senaman atau aktiviti berat dalam masa seminggu selepas vaksinasi
  3. Beritahu ibu bapa / penjaga jika badan berasa tidak sihat atau tidak selesa.
  4. Jangan lupa untuk menyimpan kad vaksinasi dengan selamat dan tidak lupa untuk hadir ke temujanji dos kedua.

20210922 PersediaanKePPV2

Untuk info lanjut berkaitan Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja boleh terus ke portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia [Klik Disini]

Klik Sini untuk info lanjut berkaitan program vaksinasi negara untuk remaja

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment